Friday 31 January 2014

BRUNHES-MATUYAMA REVERSAL

 
Pembalikan Brunhes -Matuyama dinamakan sempena nama dua orang ahli geology iaitu Bernard Brunhes (1876-1910) dan Motonori Matuyama (1884-1958) berhubung kejadian pembalikan medan magnetic bumi yang bermula sejak 780, 000 tahun yang lalu. Dikatakan bahawa Monotori Matuyama merupakan orang pertama yang surmise that the Earth's magnetic field telah mengalami perubahan di masa lampau. Manakala Bernard Brunhes, seorang ahli geologi dari Perancis pula membuat penemuan berhubung geomagnetic reversal ini pada tahun 1906 semasa beliau membuat permerhatian berhubung kehilangan gunung berapi di Auvergne yakni salah satu wilayah di France. Penemuan kedua-dua orang ahli geology ini kemudiannya dinamakan sebagai Brunhes–Matuyama reversal atau pembalikan Brunhes-Matuyma.
 
Proses pembalikan ini dikatakan berlaku secara perlahan sehingga tidak kita sedari namun ade sesetengah pendapat yang mengatakan ia berlaku lebih pantas sejak kebelakangan ini.

 
"The Brunhes–Matuyama reversal, named after Bernard Brunhes and Motonori Matuyama, was a geologic event, approximately 780,000 years ago, when the Earth's magnetic field last underwent reversal. The reversal may have occurred slowly over several thousand years, or more quickly; opinions vary.[1][2][3] The apparent duration at any particular location varied from 1,200 to 10,000 years depending on geomagnetic latitude and local effects of non-dipole components of the Earth's field during the transition.[4] The event is useful in dating ocean sediment cores and sub aerially erupted volcanics." - petikan daripada en.Wikipedia
 
 
Terdapat beberapa pautan lain yang korang boleh klik di sini dan di sini berhubung Medan magnet bumi (incase korang nak study dengan lebih lanjut la) Bukan tak nak translate untuk korang tapi biasalah bila melibatkan macam-macam terma yang masa aku sekolah dulu tak belajar rasa tak konfiden lak teman nak menterjemahkannya. Tak pasal-pasal lak korang salah info kan..kan...
 

Thursday 30 January 2014

PERANCANGAN SUKU TAHUN PERTAMA

Di kala rakan-rakan kita yang menganut agama Buddha sibuk membuat persiapan terakhir adelah sorang kawan kita ni pun turut sama menyibukkan diri buat persiapan gak (sibuk macam raya dia je...) Dalam kepala ligat plan nak buat ini, nak buat itu, sarat sampai tak tau dah nak buat yang mana dulu walhal kederat tu bukan kuat mana pun... hihihihihihiii. Kononnya azam baru di awal tahun kan.... (azamlah sangat yer...) masa sedang berkobar-kobar semangat tu baik kita buat, betul tak? Harap-harapnya semangat tu tak lah suam-suam kuku....
 
So, sebagai peringatan dan pencetus semangat untuk diri sendiri, kusenaraikan di sini aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang suku tahun pertama bagi tahun 2014. Hopefully, tercapailah semua yang aku plan untuk tahun ni.
 
 
Januari 2014:
 
 - plan nak siapkan projek dapur such as kitchen cabinet installation, cooker hood and hub,
   blind and lain-lain finishing. Memandangkan sekarang dah pun penghujung bulan Januari,
   progress projek setakat ni dah capai 60%. Mostly barang-barang yang aku nak dah ada.
   Installation of KC akan dibuat selepas Tahun Baru Cina. So kene tunggu habis major
   installation baru boleh organize barang-barang and deco sikit-sikit.

- awal tahun hari tu dah berazam nak buatkan abang Hadif kudapan homemade 
  Alhamdulillah, setakat ni dah buat 2 jenis cupcake kat dia, bread pudding pun dah 2 kali
  buat. Ada juga dia request soh buat karipap.... cuti Raya Cina ni ibu buat ye sayang.

- aktiviti yang wajib dibuat setiap bulan ialah mengemas kebun cenonet and taman mini
  di depan rumah. Yang ni kene jadi program wajib bulanan....sebab ni program
  usahasama dengan AJK Rumah (ahlijawatankuasa dalam rumah aku je hehehehe)

Febuari 2014:

 - Sambung projek dapur

 - Start projek ruang rehat family

 - spend more time dengan family (wajib...sebab sejak kebelakangan ni rasa macam kurang
   bagi tumpuan kat abang Hadif. Kesian anak ibu.....)  


Mac 2014:

 - Projek SOHO

 - update semua aktiviti dalam blog (termasuk entry terperam.... hehehe)

 - family trip (dekat pun ok kan... janji ade. Trip naik tren pun menarik gak. Macam
   SIS MASYA punya trip. Budak-budak kan suka trip macam tu)


Setakat ini itu sajalah main project for this first three months. Lain-lain aktiviti harian berjalan macam biasa. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan supaya ape yang dirancang jadi kenyataan... amiiiinnnn...

SELINGAN DI PAGI KHAMIS



iT's All aBout uS: Info dari pegawai bank CIMB, terdapat gangguan pada
                               perkhidmatan perbankan CIMB termasuklah ATM dari 31/01/2014
                               hingga 03/02/2014

Wednesday 29 January 2014

MY THERAPIST ???

Dah lama sebenarnya nak upload entry ni tapi asyik tak berkesempatan je (memanjang je tak sempat kan ...kan.....kan...) Bak kata masya, nak berbloging nie kene pandai atur masa kalau tak jawapnye berdebulah blog kita kan.... betul tak Masya? hehehehhehe. So, kugigihkan juga lah merangka sebait dua coretan setiap hari.
 
Sebenarnya inilah cara terbaru aku menghilangkan stress seharian bekerja. Yelah, kekadang satu hari suntuk kat ofis, ada masanya mood tak baik tu mengikut juga sampai ke pintu rumah. Tu yang tak seronok kan? So ape yang aku buat lately, sampai je kat rumah aku akan spend lebih kurang 5 minit je untuk tengok mini garden aku yang cenonet tu. (Nama pun mini garden... memang lah cenonet... huhuhuhu).
 
Dalam banyak-banyak bunga yang aku tanam ewah... aku ke yang tanam hahahaha yang paling mujarab menenangkan hati yang gundah gulana nie adelah cik Matahari. Honestly, tiap kali aku tengok this charming fellow, aku akan tersenyum sendiri. Time tu hati pun manyak munge-munge... hihihihi. Teringat lagu Maya, 'bunga-bunga matahari, senyum mekar idaman hati....' eh betul ke lirik aku nie?
 
Selain cik Matahari, my other half ade la juga tolong tanamkan untuk pujaan hati dia ni portulaca/ ros jepun, Mexican petunia and of coz la macam-macam jenis kaktus. Oh ya, pokok bunga burung (aku tak tau ape nama dia tapi bunga dia keluar bentuk sebiji cam burung bersaiz kecil) yang my sis in-law bagi pun dah mula berburung (sebab bunga dia bentuk burung.... hehehehe)
 
Ni la sebahagian view mini garden kami yang tak seberapa.
Masih belum siap sepenuhnya sebab tak pasti lagi nak susun macam mane 
 
Haaa... nie lah dia pokok bunga burung tu
 

Bunga dia macam burung bertenggek... sape ye yang tau nama pokok ni


Inilah dia pengubat stress selain dari intan payung yang dua orang tu... hehehehe


warna dia yang terang wat hari yang suram pun jadi terang


Excited sangat nak post cik Matahari dalam blog sampai lupa snap gambo jiran dia si Mexican Petunia and si comel Portulaca. Kalau korang perasan, selain dari bunga-bunga ni, ade juga pokok-pokok hiasan lain yang my other half tanamkan dalam pasu macam Si Tanduk Rusa, pokok lipan (sebab daun bentuk lipan aku pon panggil pokok lipan... suke hati je kan?) and pokok buluh madu... cik asben cakap buluh madu, (madu ye banggggg???.....................)
 
 
 

Tuesday 28 January 2014

JOM ME'NGAKU' BERAMAI-RAMAI

Assalamualaikum...
 
Wah, Tahun Baru Cina dah makin hampir, so di kesempatan ni It's All About Us nak wish Selamat Tahun Baru Cina untuk semua rakyat Malaysia yang menyambut dan yang sama-sama berkongsi meraikannya (untungnya masyarakat majmuk.. cuti pun majmuk gak... hikhikihik)
 
Pagi tadi sebaik je on PC and sign in to blog terus terpapar kisah pengakuan yang dibuat oleh KAK GEE-HUT. Nampaknya musim orang me'ngaku dah mula lah ni. Last week pun masa pergi beli barang dapur di NSK Johan Setia, punyalah banyak ngaku dan ramailah yang berpusu-pusu memilih ngaku. Besar-besar pulak saiznya kalau nak dibandingkan dengan yang dibeli sebelum ni.
 
Niat di hati tu nak lah juga me'ngaku beramai-ramai tapi mengenangkan nak beratur panjang just untuk timbang ngaku saja, cam tak kuasa pulak... (malas tu namanya ibu Hadif... issshhh..isshhh...issshhh). Tapi bila terpandang kerepek ngaku Kak Gee yang bersinar-sinar tu, cam terliur lak dibuatnya. Serius memang sedap kerepek ngaku ni, rasa dia lemak-lemak gitu. Pernah buat sebelum ni, guna resepi yang sama macam Kak Gee cuma lepas goreng tu aku tak taburkan garam halus sebab rasanya dah cukup lemak.
 
Nampak gayanya, kena pergi cari juga ubi ngaku ni sebab Abang Hadif pun dah request soh buat lagi... (kalau dah jadi ibu tu, melayan tekak anak-anak jadi satu kepuasan kat kita... lagi pula kalau seleranya sama dengan ibunya.....hehehehe)
 
 
iT's All aBout Us: Abang Hadif tetiba je demam malam tadi, moga cepat sembuh ye.

Monday 27 January 2014

MATAHARI MENYEJUK, PART 2

 
Masih lagi tak jemu searching pasal fenomena perubahan kutub bumi dan hubungkaitnya dengan dakwaan matahari menyejuk... (sabar jelah ye... tunggu sampai aku boringlah baru tak posting benda-benda ni.. hehehhee)
 
Actually, bagus sebenarnya bila kita study dulu satu-satu berita, kalau tak habislah kita percaya je bulat-bulat semua berita yang kita dengar walhal, zaman serba canggih ni macam-macam benda orang boleh eksploitasikan... tu tak masuk lagi isu kangkung yang dah mula suam-suam kuku....
 
Kesimpulannya, apa saja berita yang kita dengar, baca atau terima dari mana-mana sumber kena dipastikan dulu kebenarannya sebelum forward pada orang lain.
 
Berbalik pada tajuk entry ni, (masih bersumberkan akhbar Sinar) inilah antara rentetan berita atau desas desus yang kita dengar kebelakangan ini.
 

 
 


CUACA tidak menentu sejak akhir-akhir ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut menjadi topik hangat yang sering diperkatakan oleh pengguna laman sosial.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyebarkan mesej berantai berhubung pelbagai teori perubahan cuaca ekstrem pada masa ini hingga menyebabkan masyarakat mudah percaya tanpa mengambil kira fakta sains.

Dakwaan salji turun di negara beriklim tropika, Indonesia juga adalah satu lagi laporan berita palsu pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemaskan masyarakat selepas insiden penurunan salji di Vietnam dan Mesir.

Fenomena salji di Malaysia juga adalah satu perkara mustahil walaupun cuaca sejuk luar biasa sedang melanda negara ini.

Hal ini kerana, Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang mempunyai dua musim sepanjang tahun.

Sebelum ini, isu anjakan kutub bumi yang dikaitkan dengan hari kiamat juga heboh di kebanyakan blog, namun wujud pertikaian berhubung kebenaran perkara itu.

Bagaimanapun, teori sains yang dijelaskan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) ini diharap dapat merungkai kekeliruan paparan sebelum ini.
 
 
 

Medan magnet bumi pernah menyongsang

Menurut saintis, medan magnet bumi sebenarnya menyongsang beberapa kali sejak beribu tahun lalu.

Dalam kata lain, jika manusia hidup kira-kira 800,000 tahun lalu dan memegang kompas di tangan mereka, ia akan menunjuk ke arah selatan.

Ini kerana, kedudukan kompas magnetik ditentukan berdasarkan kutub bumi dan arah Utara-Selatan akan berubah 180 darjah jika kutub medan magnet terbalik.

Persoalannya kini adalah, adakah keadaan tersebut akan memberi kesan dramatik?

Hasil daripada rekod fosil dan geologi diperoleh daripada ratusan tahun ketika berlakunya penyongsangan kutub menunjukkan ia sebenarnya tidak memberi kesan dahsyat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Proses penyongsangan kutub adalah satu peraturan alam yang tidak dapat dielakkan sejak 20 juta tahun lalu dan ia berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

Bagaimanapun, kutub tidak menyongsang sepenuhnya kerana medan magnet saling menarik dan menolak antara satu sama lain, di mana beberapa kutub turut muncul pada latitud pelik ketika proses tersebut.

Saintis meramalkan proses pembalikan terbabit telah berlaku beratus kali sejak lebih tiga bilion tahun lalu, namun ia dikatakan berlaku lebih kerap atau setiap sejuta tahun sekali selepas Zaman Dinosaur.     
       

Tiada perubahan drastik pada flora, fauna

Kajian ke atas aktiviti medan magnet dan rekod fosil diperoleh dari endapan teras pada permukaan laut dalam dikatakan boleh memberi penjelasan kepada saintis berhubung perubahan kutub magnetik.

Medan magnet bumi ditentukan berdasarkan pemagnetan lava kerana ia berada di dasar laut di Rabung Tengah Atlantik, di mana benua Amerika Utara dan Eropah berpecah.

Difahamkan, lava membeku itu sebenarnya mampu mewujudkan rekod orientasi medan magnet pada masa lalu seperti bunyi rekod pita rakaman.

Kali terakhir kutub bumi menyongsang adalah kira-kira 780,000 tahun lalu yang turut digelar saintis sebagai pembalikan Brunhes-Matuyama.

Rekod fosil menunjukkan proses tersebut tidak memberi perubahan drastik terhadap flora dan fauna.

Selain itu, endapan teras pada zaman terbabit juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam aktiviti glasier berdasarkan jumlah isotop oksigen pada permukaan tersebut.

Keadaan itu membuktikan proses penyongsangan kutub tidak akan menjejaskan putaran paksi bumi walaupun kecondongan paksi bumi memberi kesan besar kepada iklim dan pengglasieran.    
  
Proses penyongsangan kutub juga sebenarnya tidak tetap dan ahli geofizik agak pasti bumi mempunyai medan magnet kerana teras besi padunya dikelilingi lautan cecair logam panas.

Aliran cecair besi di dalam teras bumi mencipta arus elektrik yang seterusnya mewujudkan medan magnet.
   
Saintis dapat mengukur pergerakan dalam teras dengan memerhatikan perubahan di dalam medan magnet,

Menurut kajian mereka, kutub magnet bumi telah berganjak pada jarak lebih 1,100 kilometer (km) sejak awal abad ke-19.

Bagaimanapun, anjakan tersebut didakwa berlaku lebih cepat pada masa ini dengan anggaran jarak kira-kira 64 km setahun berbanding kira-kira 16 km setahun pada awal abad ke-20.


Medan magnet tidak hilang

Satu lagi hipotesis mengenai penyongsangan kutub mengandaikan proses itu akan menyebabkan bumi kehilangan medan magnet yang berfungsi sebagai pelindung daripada ribut solar.

Saintis mendakwa medan magnet sememangnya boleh berubah-ubah tetapi tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan hilang sepenuhnya.

Medan magnet yang lemah akan menyebabkan peningkatan jumlah kecil radiasi solar tetapi kesan itu tidak membawa maut kerana atmosfera tebal bumi mampu memberi perlindungan terhadap kemasukan zarah matahari secara terus.   

Kajian sains menunjukkan penyongsangan kutub magnet dari skala masa geologi adalah satu fenomena yang biasa berlaku sejak ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan yang menyebabkan proses itu berlaku tidak dapat diramalkan sepenuhnya kerana sebagai contoh gerakan kutub utara mungkin boleh bertukar haluan.

Rekod geologi berusia jutaan tahun juga menunjukkan pembalikan kutub tiada kaitan dengan senario hari kiamat seperti yang dihebohkan banyak pihak dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat pada ketika ini.

Sumber: http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012-poleReversal.html


INFO

- Berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

- Kutub magnet bumi berganjak kira-kira 64km setahun pada masa ini.

- Pembalikan Brunhes- Matuyama berlaku kira-kira 780,000 tahun lalu.
 
 
Oh ya, for the next entry, kita akan selongkar pula peristiwa Pembalikan Brunhes-Matuyama.

MATAHARI MENYEJUK, YEKE???

 
 
Baru-baru ni aku ade terbaca satu artikel di dalam akhbar Metro, kecil je kolumnye tapi besar isunya. Pembacaan aku tu diteruskan lagi dengan sesi gugel-menggugel di Internet sebab kurang puas hati dengan info yang ada.... (bukan kolum tu tak lengkap cumanya keinginan aku nak tau tu melampau-lampau.... hehehe). Walaupun cerita nie dah beberapa hari lepas tapi aku nak share juga. Manalah tau ade lagi insan-insan yang terlepas macam aku ni kan..kan..... hikhikhikkk
 
Berita ni aku copy paste dari akhbar Sinar.....
 
 
 
"KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku"

Wednesday 22 January 2014

ALLERGIC

Haaa jangan allergic ye dengan blog yang tak seberapa ni... hehehhee. Isunya tak besar mana pun tapi nak juga share dengan kawan-kawan kat luar tu. Manalah tau kalau-kalau berdepan dengan situasi yang sama kan....
 
Asalnya macam malas nak share sebab kekadang ade orang allergic dengan cerita bab anak-anak ni (macam lah aku sorang je ade anak kan.... hahahahaha) tapi dah terang lagi bersuluh, nama blog aku pon dah menjelaskan hala tuju blog ni, so jalan jelah. Tompang lalu ye.....
 
Kisahnya bermula bila stok susu anak dara aku yang sorang tu mula menyusut (hadoiiiii.... sedang motivate diri ni) entah macam mane azam aku nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya bagi tempoh 2 tahun terkulai layu dihujung mekarnya... Mungkin Allah menguji aku dan aku cepat sangat putus asa, natijahnya (hahahaha... jangan gelak ye, lama tak guna perkataan tu..) malam tadi jam 12.00 malam kami berangkut ke Klinik di Shah Alam (nama klinik dirahsiakan) sebab Mirza mengalami allergic selepas minum susu formula for the first time. Allah ajelah yang tahu betapa cuaknya aku masa tu. Dari kepala membawa ke seluruh abdomen dia penuh dengan bintat-bintat merah. Aku pun tak tau nak gambarkan macam mane.... lebih kurang macam kene gigit nyamuklah tapi bintatnye besar-besar.
 
Sepanjang perjalanan aku salahkan diri sendiri... memang rasa berat hati nak bagi dia susu formula tapi mengenangkan stok untuk hari esok seakan tak cukup, aku gagahkan juga minta cik abang cari susu formula (mujur aku try bagi kat rumah.. kalau pengasuh yang bagi tak taula macam mane jadinya). En. Suami pun macam was-was juga nak bagi tapi sebab aku yang berkeras nak start kenalkan Mirza dengan susu formula, dia pun menurut aje. Lagi kuat rasa bersalah aku pada anak kecil ni. Hanya doa je yang tak putus-putus aku mohon, janganlah Mirza allergic to lactose.
 
Gelabah memang tak boleh nak cakaplah... dengan baju merah tudung kaler purple aku redah klinik malam-malam buta. Lantak pi lah orang nak cakap ape. Sampai kat klinik aku tengok ramai betul yang sedang tunggu giliran. Nombor yang tertera 179 and nombor giliran aku 211..... alaahaaaiii lagi senak perut aku dibuatnya. Puas ku pujuk anak dara supaya dia tak mula menggaru atau menangis tapi badannya dah makin panas.
 
En. suami terus ke kaunter pendaftaran, mohon diberi pengecualian bagi kes kami. Lama nurse tu termenung. Lastly, dia call doctor and doctor terus suruh kami tunggu di bilik treatment yang terletak berasingan dengan bilik rawatan biasa. Kami faham dilema mereka, nak jaga customer and dalam masa yang sama nak selamatkan nyawa. Tak sampai 5 minit menunggu doctor pon muncul. Baik and cantik orangnye. Siap minta maaf sebab terpaksa buat rawatan dibilik yang tak berapa nak selesa (siap ade gunting, jarum and macam2 equipment mostly untuk emergency cases). Takpelah doctor, janji anak kami selamat.
 
Alhamdulillah, nasib baik saluran pernafasan Mirza tak tersumbat. Allergic yang dia alami pon mungkin berpunca dari kandungan bahan yang terdapat dalam susu. Menurut doctor tu lagi kalau Mirza alah pada laktosa dia akan tunjukkan symptom muntah dan cirit-birit selain dari bengkak-bengkak. Tapi Mirza tak muntah and cirit-birit. Syukur.... doctor bekalkan kami syrup untuk redakan gatal-gatal tu. Dia juga advise kami supaya tukar susu lain. Kene try and error gitu. Aku angguk je tapi dalam hati tobat tak mau dah bagi susu formula kat Mirza. Moga Allah cukupkan susu untuk bekalan anakku nanti.
 
Masa tidurkan Mirza aku teringat. Ada satu bahan yang mungkin sebabkan Mirza allergic. Before this aku ade try bagi Mirza makan isi ikan, and unfortunately, lepas je makan ikan tu tumbuh bintik-bintik merah kecil disekeliling mulutnya. Mungkin jumlah yang diambil sedikit, so tak seteruk malam tadi. Aku check balik packaging susu formula tu. Yes, memang terdapat minyak ikan dalam susu tersebut.
 
Pagi ni, aku dapat panggilan dari mama, so aku ceritakan semuanya pada mama.
"Eh, dulu kan Hadif pernah kene macam tu"
Yelah... macam mane aku boleh lupa ya. Hadif pun pernah bengkak-bengkak satu badan. Sampai luka-luka badan dia kene garu. Masa tu umur dia pun lebih kurang Mirza. Puncanya dia makan bubur nasi yang dicampur isi ikan. Time tu juga aku teringat pesanan seorang doctor yang advise untuk elak beri scott's emulsion pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke bawah sebab memang ade segelintir kanak-kanak yang ellergic pada ikan.
 
Buat Mirza, insyaallah... selagi daya ibu akan susukan Mirza. Buat diri sendiri, you must have a checklist ape yang boleh dan tak boleh anak-anak makan. Jangan main try test cuba je.  

JOM TIDUR

 

 
 
 
 
 
 
 
 


Sila klik sini untuk maklumat lanjut

Wednesday 15 January 2014

KELAPA MUDA DI POKOK CERI

Kenal tak pokok ceri, selalu di tanam orang sebab feature dia seakan payung gitu. Kalau ditanam depan rumah (biasa kat kampong-kampong la), tinggal buat pangkin jadilah tempat lepak paling nyaman sekali. Nak pulak time panas terik, memang sayup-sayup je duduk sambil-sambil minum petang.
 
Entry aku kali nie ade la bersangkut-paut sikit dengan pokok ceri ni. Kalau di area Rantau Panjang, Klang (mesti korang ingat Kelantan kan...kan... kan...) kelapa muda di pokok ceri ni bukan lagi satu perkara yang asing. Boleh dikatakan sepanjang jalan nak ke north port tu boleh jumpa fenomena ni (fenomena gitu...... hikhikhikhik).

Asal jumpe pokok ceri adelah orang berniaga kelapa muda, asal ade kelapa muda adelah pokok ceri.... haaaa, macam tu la lebih kurangnye. Selain dari air kelapa muda, gerai-gerai ni turut menawarkan kudapan seperti laksa, jeli kelapa cucur udang dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga ni pon kreatif dalam mempromosikan gerai-gerai mereka.

So, kepada sesiapa yang ade plan nak jalan-jalan cari makan ke area Klang, ape kata korang try singgah di gerai-gerai tersebut. Lokasi gerai-gerai ni adalah di sepanjang Lebuhraya Selat Klang (dari Jalan Kapar menghala ke North Port) klik sini untuk peta lokasi.
Air kelapa muda and jeli kelapanya memang marbeles....
 

 
 
Kreatif kan cara dia orang display kelapa.... hehehehehe
 
 
 
 

Thursday 9 January 2014

HARI TANPA POST

 
 
PENGUMUMAN PENTING 
(hahahahhaha pentinglah sangat kan)
 
Dengan rasa sayu dan terkilan, tuan punye blog nak maklumkan untuk hari-hari berikutnya tidak akan ada entry baru bagi satu tempoh sehingga diberitahu kelak.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali..... (apekah???)
.
.
.
.
.
.
.
.
(sumber: Mr. Google)
 
 
Nota Kakitangan:
    - untuk tempoh waktu yang terdekat ni, tuan punye blog agak ke'buzy'an sedikit. Makanya (makanya?????) tuan punye blog tidak akan post any entry for this few days kalau ade maknanya dia sedang curi tulang.... oopppppsssssss jaangan mareee.
 
Kepada diri sendiri, tuan punye blog mohon dikuatkan semangat untuk terus menjalankan tugas dengan efisiennya (konoooonnnnnnnnnnn....) dan kepada uollls out there, TUNGGUUUUUUUU .......... heheheee. Nantikan kepulanganku yer. Lots of luv...........
 
Sumber: Mr. Google
 
 

Monday 6 January 2014

THE TERUNA, MR. B'ROCK AND TAMAN ALAM

Cuba baca title entry ni.... hehehehehe. Cam suspen je kan? Siapa The Teruna and Mr. B'rock? Ape kaitan keduanya dengan Taman Alam? Taman Alam tu hape?
 
Tak ada apa yang suspen pun pasal entry ni. Just nak story pasal pengalaman Abang Hadif a.k.a The Teruna yang first time tengok encik berok je (walhal dah pernah bawa ke zoo pun...)
 
Entry ni sebenarnya adalah kesinambungan entry yang lepas (klik sini ye). Sepertimana yang tertera pada entry yang lalu, kami sekeluarga pun singgah ke Bukit Malawati on the way balik dari Pasir Penambang. Sampai je kat kaki Bukit Malawati, my other half pun dengan konfidennya nak 'drive thru' ke bukit tersebut. Sila hayati perbualan di bawah:
 
'Eh bang, kereta tak boleh masuk la. Kene jalan kaki ni.'
'Yeke? Habis camne? Nak balik ke nak turun?' Tanya En. Suami.
'Balik jelah. Mirza pun macam nak lelap je ni.' (Ceh, menggunakan alasan anak nak tido, padahal malas nak jalan.... hihihihihiik)
Dengan wajah yang tergambar kecewanya, encik suami tadi pun buat pusingan U. Tidak semena-mena si isteri tadi menjerit.
 
'Eh bang, sana kereta boleh masuk la,' ujarnya sambil menuding ke arah sebatang jalan.
'Jalan tu masuk ke mana?'
'Bukit tu la kot sebab tren pelancong tu keluar dari jalan tu.'
'Sure?'
'Sure bang.'
 
Mengenangkan dah berjanji dengan anak bujangnya nak pergi jalan-jalan kononnya, encik suami tadi pun buat pusingan U berbalas (istilah untuk buat U-turn after a U-turn... suke hati je kan....). Dalam pada kepalanya sarat dengan tanda Tanya (cewah....), pedal minyak ditekan lalu kereta Myvi pun meluncur ke depan.
 
'Jalan mati ni Yang'
'Ha'ahla ibu. Jalan mati.' Si bujang yang dari tadi menyepi akhirnya bersuara.
'Kita nak pegi mana lagi ni ayah?'
En. suami dan isterinya saling berpandangan. Di hadapan mereka tertera signboard 'Taman Alam, Kuala Selangor'
 
hehehhehee... itu je ceritanya. Kerana malas nak turun mendaki bukit, I pon bagi lah alternative lain kat my other half. Tapi kami tak masuk pun Taman Alam tu. Just parking kat luar je sambil perati gelagat berok-berok yang berkeliaran. The Teruna punya la excited nengok berok-berok tu jaga parking. Mana idaknye, habis kereta di parking lot tu dipanjatnya. Asal ade je kereta masuk, dia yang dulu mengekor kereta masuk parking.
 
Ade jugalah 2 ke 3 buah kereta yang penumpangnya tak jadi turun termasuklah kami. Sebabnya mungkin sama dengan I (takut la beb....). Lebih kurang setengah jam juga kami spend masa kat parking tu. Sepanjang sight viewing tu, The Teruna asyik la ketawa melihat gelagat Mr. B'rock. Dalam pada tu sempat juga la dia request pada my other half, 'Nanti kita datang lagi ye ayah.'





  
(Seronok memang seronok tapi dah sampai rumah baru perasan yang selipar kesayangan Hadif tertinggal di Pasir Penambang... hahahahhaa. Tak senonoh betul ibu Hadif ni - macam mane boleh tertinggal ekkk?)
 
  
 
 

Sunday 5 January 2014

HUJUNG MINGGU DI PASIR PENAMBANG

Living in the middle of Klang and Shah Alam give us a lot of choice especially dalam hal berbelanja. Usually we bought our home supplies at NSK, Johan Setia or at Econsave, Klang Utama. Bukan nak promote this supermarket tapi orang ada-ada macam kami ni, mane yang boleh jimat di situlah kami jimatkan. Macam yang tak boleh nak dijimatkan, kami terima lah seadanya walaupun kekadang tu mengeluh juga (oopppsss....)
 
But for the fresh supplies macam seafood, ayam, daging and sayur-mayur tu we prefer beli time nak masak. Bila difikir and dicongak-congak semula, it's cost a lot bila beli cara macam tu. We all jimat bab 'barang kering' tapi kalah bila beli 'barang basah'. So, bila one of my other half punya officemate bagi tau dia beli stok fresh seafood di Pasir Penambang, where you can get cheaper fresh seafood, me and my other half pun decide to spend our weekend ke sana.
 
(sumber: Mr. Google)
 
Of course la ade yang akan cakap tak berbaloi dengan kenaikan harga petrol you nak jalan berbatu-batu ke sana semata-mata nak beli ikan, tapi bagi kami yang duduk  di area Rantau Panjang, Klang...... it's worth it. Sambil berbelanja kami cuci mata.
 
It's a package to spend your money to buy fresh seafood in Pasir Penambang because there's a lot of tourist attraction place where you can hop down. Pasir Penambang itself is actually  a Chinese fishing village town. Located at left right after crossing the bridge of Kuala Selangor's river, the town is now an important hub for tourism, with a wide chain of seafood restaurants, traditional markets and rustic shops. Believe me or not, it's much more different today and afterward because along the way to Pekan Pasir Penambang you can see a construction of Pasir Penambang Waterfront and the Giant Hypermarket which have operated already beside all the new modern shoplots.
 
 
 
 
 
 
(Sumber: Mr. Google)
 
Sepanjang perjalanan ke Pasir Penambang, ada beberapa kawasan pelancongan menarik yang you guys boleh singgah, antaranya Pantai Remis, Taman Alam Kuala Selangor and Bukit Malawati di samping beberapa hentian lain untuk mereka yang gemar jalan-jalan sambil cari makan. Bagi mereka yang melalui jalan Kapar, one of my friend suggest  to stop at Pekan Kapar where you can get Karipap Besar. It's a gigantic hot and fluffy (hahahhahaa... what a word) malay typical currypuff  with lots of filling. Other than that, exactly 100 meter before you turn to Pantai Remis, ada sebuah food court, Aroma namanya (lalu tak silap la...) which serve the best seafood yang dimasak mengikut permintaan pelanggan dengan harga yang sangat berbaloi. Tapi kalau teringin nak makan kerang bakar yang fresh, terus je ke Pantai Remis. Food court lama kat sana pun tak kurang hebatnya. Kat sini you all juga boleh beli macam-macam jenis seafood seperti kerang, siput, lala, retak seribu, mentarang, ikan masin dan lain-lain dengan harga yang sangat berbaloi. Sebelum tiba ke destinasi (Pasar Pasir Penambang la of course... huhuhu), you all akan jumpa dengan gerai Cendol pulut durian dan Mee Udang tak ingat pulak apa nama kedainya (bukan Mee Udang Kuala Sepetang ye...).
 
 
 
 
 
(Sumber: Mr. Google)
 
Beberapa kilometer selepas Pejabat Daerah Kuala Selangor, korang akan jumpa Bukit Malawati. Boleh pilih samada nak singgah terus ataupun singgah on the way balik dari Pasir Penambang. Macam kami yang dah tak sempat-sempat nak menyauk seafood yang baru naik dari laut, kami pilih untuk singgah on the way balik. No need to worry about your seafood sebab peniaga di Pasir Penambang akan bekalkan ais secukupnya untuk menjamin kesegaran makanan laut anda (baik punya promote... hikhikhik). Tak pun standby je bekas polisterin (ala... bekas empat segi warna putih yang biasa orang jual ikan dok letak ikan tu.....) dari rumah atau boleh je beli bekas tu di Pasar Pasir Penambang nanti. Oh ya, sebelum terlupa, tips nak beli ikan di Pasir Penambang..... harus ye beli seafood tu pada waktu petang (lebih kurang lepas jam 2 petang la). Sebab ikan-ikan, udang dan lain-lain hasil laut tersebut baru je naik dari laut. Kalau pergi waktu pagi, korang akan dapat lebihan jualan hari yang semalamnya.
 
So guys out there, ini la hasil tangkapan kami yang tak seberapa (hahahhahaa), Berbekalkan modal RM 60.00 kami dapat seekor ikan tongkol hitam saiz sederhana besar, ikan cencaru, kerisi, senangin, udang, sotong dan udang gertak. Cukuplah jumlahnya untuk bekalan 2 ke 3 minggu (makan bertiga je kan...... hehehe). Yang bestnya peniaga di sana dengan senang hati sedia memberikan khidmat menyiang ikan-ikan anda. Kredit to my other half yang tolong snap this picture. Kalau nak harapkan cik puan yang sorang ni, memang tak bergambo lah blog ni. For the next entry, kita kongsi pulak cerita The Teruna, Mr B'rock and Taman Alam Kuala Selangor. Till then, sayonara and enjoy the picture ye.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday 3 January 2014


 
 
It's already 2014. Wah, kita melangkah satu angka lagi  ke depan. Moga kematangan kita turut beranjak sama. Kita abadikan 2013, kita perteguh 2014 dan kita bersiap menghadapi 2015 yang masih jauh di depan. Moga hari-hari yang bakal ditempuhi menjadi hari-hari yang paling bermakna untuk diri kita... insyaallah.
 
Macam biasa, masuk je tahun baru orang mesti akan tanya apa azam tahun baru. Bagi kita umat Islam, kita dah pun tanam azam tahun baru kita lebih awal dari kalender masihi. So, bagi aku sendiri, takde ape yang baru pun kecuali semangat itu diperbaharui. Moga segalanya dipermudahkan dan diperkenankan oleh Allah s.w.t
 
Mungkin selepas ini, bukan saja aku tapi blog ini juga akan lebih jelas arah tujunya. Buat masa ni, jika di tanya apa hala tuju blog kerdil ini, masih sukar nak aku jelaskan. Tapi apa yang aku pasti, blog inilah yang akan menjadi diari kecil untuk tatapan anak-anak ku kelak. Moga ia akan menjadi naskah berharga untuk mereka meneruskan kesinambungan hidup di kemudian hari.