Wednesday 15 October 2014

SUP TULANG YANG TERLAMPAU

 

Melampau-lampau bunyinya kan
hihihiihihi
mana tak melampau
siap orang dapur pon boleh tak perasan sup di periuk lesap
hahahahhahaa
gara-gara terlampau sedap gitu
tapi .....
post kali ni bukan nak khabor yang mokcik buat sup tulang terlampau sedap
mokcik tak pandai bab masa-masak ni
takat masak untuk keluarga sendiri boleh la

SUP TERLAMPAU sedap ni
dimasak oleh mak kepada salah seorang pegawai di opis kami
masa majlis korban tempohari
serius sedap.... menjilat jari gitew
meh mokcik belanja  SUP TERLAMPAU tu
tapi gambo jelah yang tinggal... hehe



Thursday 9 October 2014

BILA LEMBU DAH DIKORBANKAN

Alhamdulillah.... umat Islam dah pun selesai menunaikan ibadah haji dan korban
tinggal menanti Jemaah Haji kembali ke Tanah air
Entah bila la agaknya giliran aku ke Tanah Suci Makkah
Kalau ikut daftar di Tabung Haji.. tahun 2063 baru tiba turn
80 tahun umur aku time tu
hahahahhaa.... lagi 49 tahun nak menunggu tu
moga Allah kurniakan aku kesihatan and kemampuan
untuk melaksanakan ibadah haji kelak....

Bagi yang tak menunaikan ibadah haji
rata-ratanya menyertai ibadah korban
macam-macam cerita yang aku dengar
lembu bunting dikorbankan tanpa sedar la.... lembu lari la
yang penting semuanya dijalankan secara berjemaah
saat-saat macam ni la terasa eratnya jalinan ukhuwwah yang terbina

Baik di kampung mahupun di Bandar
semua sanggup beratur panjang nak ambil daging korban
bukan tak mampu nak beli sendiri
tapi manisnya daging yang disembelih atas niat kerana Allah ni
masyaAllah.....tak sama dengan beli di pasar
tak dapat banyak... merasa sedikit pun jadilah...
nikmat sebab turut sama meraikan niat orang yang berkorban

Alhamdulillah
tahun ni jabatan kami sekali lagi berjaya
menganjurkan majlis korban di peringkat negeri Selangor
majlis bermula seawal jam 8 pagi
masing-masing dengan tugas yang telah diagihkan sejak awal-awal lagi
meriah.....dah macam kenduri kahwin gayanya
moga berterusan sampai bila-bila.... aminn

Barisan hero yang baru selesai menumbangkan 3 ekor lembu

Timbang daging ke menyembang yang lebih ni?... hihihihi

tekun senior kita buat kerja...

'hah... dok jauh-jauh, takut melayang kapak ni nanti'

Alhamdulillah, siap membungkus daging korban untuk diagihkan kepada kakitangan

Team rewang dapur yang super duper cekap...
menu of the day: sup tulang, daging masak kicap, telor dadar n sayur campur
menu simple tapi sangat sedap


Wednesday 1 October 2014