Wednesday 18 February 2015

BILA DIA MULA SEKOLAH

Sebenarnya post ni dah banyak kali aku pinda
tang tajuknya lah.. tang isi kandungannya lah
pendek kata semua serba tak kena
entah kenapa pun aku tak tau...
mood belum mari kot... hihihihi

Tapi bila aku fikirkan semula...
kalau tak sekarang, entah tahun bila baru aku nak post
macam rugi lak kalau aku tak kongsi moment ni kat blog
bukan nak canang kat orang sekampung bagai
tapi lebih kepada buah tangan for my 'pengarang jantung'
at least, kalau satu hari ibunya ni dah tiada
ade something yang dia boleh rujuk untuk future life dia

Ermmm... 2015 adalah tahun pertama bermulanya sesi persekolahan Abang Hadif
after looking for a few options
ayah and ibu decide untuk hantar Abang Hadif ke Tadika Tazkiroh
nama tak lah se'gah' lain-lain tadika cam Little Caliph, Smart Reader and lain-lain
tapi kami pilih sebab tadika ni because of its own history and achievements

Bab memilih sekolah pun bukan perkara yang mudah
Selain dari subjek, tenaga pengajar, kemudahan dan reputasi sekolah itu sendiri
kedudukan sekolah pun kena diambil kira di samping kemampuan 'poket' ibu bapa
maksud kemampuan tu, bukan lah bererti aku ni berkira
tapi bagi aku, apa yang abang dapat, adik perlu juga dapat hak yang sama
sebab aku tak mahu ada istilah pilih kasih
jadi kami suami isteri sepakat membuat keputusan bahawa ini yang terbaik
untuk anak-anak kami... cewaaahhhh

Hampir 2 bulan bersekolah... Alhamdulillah
banyak perubahan yang positif pada Abang Hadif
sudah semakin kurang agresif especially masa bermain dengan kawan-kawan
which sangat merisaukan hati ibunya di ofis
yelah, Abang Hadif ni kalau main memang bersungguh-sungguh
takut-takut ter'over' nanti, ada pulak yang meraung
setiap hari berbuih la mulut si Ibu ni berpesan
jangan main lawan-lawan... behave kat school, dengar cakap cikgu ... bla..blaa...blaa
phuuuuhhhhh, berpeluh gaklah nak menyudahkan ayat-ayat tu setiap pagi

Abang Hadif juga dah semakin tekun and sabar
dia dah mula kenal erti 'responsibility'
maklumbalas cikgu pun positif
kata cikgu, Hadif matured compared to his age
kurang kebergantungan pada cikgu
even baju di Day Care pun Abang Hadif simpan sendiri lepas mandi
berbaloi juga ibu pesan panjang lebar setiap pagi

setiap hari, on the way balik ke rumah dia akan report aktiviti dia sepanjang hari
but... there's always some 'krik...krik..' situation in each report
for example:

Situasi 1:
Ibu:      Abang Hadif breakfast makan apa? Lunch makan apa? Petang makan ke tak?
Hadif:  Pada suatu hari, Abang makan.....
Ibu:      ....... ok, fine

Situasi 2:
Ibu:     Abang belajar apa hari ni?
Hadif: Kejap ye... Abang fikir. Ermmm otak abang ni tak boleh fikir la ibu. Dia tido.
Ibu:    ...... hmmmm

Situasi 3:
Ibu sedang cuba membetulkan bacaan surah-surah pendek yang Abang Hadif hafal. Instead of membetulkan bacaannya, bacaan ibu pulak yang dibetulkan. Eh.... kata dia:-

Hadif:  Ibu, cikgu cakap kalau ayah ngan ibu kita tak pandai, kita boleh ajar.

......... hadoiiii laaaa anak.

Walau apa pun, doa ibu dan ayah moga Abang Hadif jadi anak yang soleh
biar tak bergelar doctor, lawyer, pilot dan sebagainya
yang paling penting jadi orang yang berguna
pada agama, pada ibu bapa, keluarga dan masyarakat
jadi anak yang berakhlak mulia, hormat orang tua, jujur dan amanah
laksanakan perintah Allah, jauhi yang dilarang dan ditegah
Insyaallah... selagi mampu dan terdaya,
ayah dan ibu akan sediakan bekalan yang secukupnya buat Abang Hadif dan Mirza
mengharungi hidup di hari kemudian
bukan harta benda tapi ilmu untuk santapan rohani dan jasmani
Insyaallah......



 


Special post from Abang Hadif 'n' friends



Monday 2 February 2015

POST SULUNG 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
dah lama benor rasanya tak mengomel-ngomel kat sini... kaannn
lama menyepi gara-gara tuntutan yang lebih utama perlu diselesaikan
lately, penggunaan internet di opis pun mula dipantau dek management...
tak apa la... dah itu kerja dan tanggungjawab depa kannn...
so jangan nak dipersoalkan pula... hihihiihhii (ayat pasrah....T_T)

Sepanjang kita menyepi ni banyak juga aktiviti yang dibuat
Lepas je ke MAHA tempoh hari, kami bercuti-cuti ke Langkawi
Sempena cuti sekolah bulan Disember tahun lepas...
my Sis-Law dengan nekadnya organize program kami
siap dengan tentative program sekali
yang paling best tu setiap hari pasti ke Pekan Kuah....
Kalau tak ke HIG, pasti ke Idamansuri
heaven for mokcik-mokcik cam kami ni
tapi untuk yang bapak-bapak ..... hahahahaha, menjerut rasa kata mereka
3 hari 2 malam... santak kombi dan sebiji avanza dengan hasil shopping kami yang tak seberapa itu.... (kononnnya laaa...hihihihi)
tapi tu bukan mokcik tau
mokcik dah cukup sibuk melayan anak yang berdua tu berdrama tamil sepanjang tempoh percutian kami tu
Abang Hadif moody tak kira masa, yang adiknya pula time tu pula dia tumbuh gigi
siap dengan ulser sekali.... sakan yang lain memborong,
sakan pula kami suami isteri mendodoi anak.
Serik sekejap nak berjalan jauh ni

Tapi semua tu satu pengalaman yang cukup berharga
mana tak nya, satu feri kelam kabut bila budak berdua tu menangis meraung-raung dalam feri.... abang and adik masing-masing tak mau beralah
dua-dua nak berdokong ngan ayahnya
mujur ayah gagah perkasa
dan mujur masa tu sabar ibu tahap gaban...kalau tak boleh bertukar jadi The Hulk


Pengalaman itu banyak mendidik kami selaku ibu dan ayah
Kalau nak berjalan jauh, kena pastikan bekalan ubat anak-anak dibawa
standby untuk sebarang kemungkinan
bekalan susu pun perlu dibawa lebih especially bagi kes anak seperti Mirza
Mirza ni ada alahan... tak boleh minum sebarangan susu
setakat ni susu yang dia boleh minum tanpa sebarang kesan sampingan adalah KARIHOME.... tengok nama je dah tau susah nak jumpa susu ni
Nasib baik susu anak dara ni habis on the way balik ke rumah
berpeluh-peluh juga ketiak mokcik menidurkan dia sepanjang jalan
ayahnya pun tak putus-putus berdoa supaya puterinya nan satu tu tidur sepanjang jalan

Di samping itu, keselesaan anak-anak harus diambil berat
Bila bercuti ke tempat yang perlu naik feri atau lain-lain kenderaan laut or udara
jangan berkira nak ambil extra seat....
bagi kes kami bukan berkira tapi tersalah kira.... haru biru jadinya
perjalanan tu mungkin sejam
tapi bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sejam itu umpama 1 hari
dengan tempat duduk yang rapat dan pergerakan yang terbatas memang boleh bikin panas
kene pulak tiba-tiba je blackout... hadoiyaiiii, dugaan sungguh

Ini berdasarkan pengalaman mokcik la
mungkin anak-anak korang tak kisah and boleh je duduk diam-diam sejam dua... hihihi
but for me... alang-alang nak bercuti-cuti, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan diri dan keluarga....
inilah salah satu cara kita nak mengeratkan hubungan dalam keluarga....
biar percutian itu menjadi memori yang terindah
dikenang sehingga hujung usia....
serius, moment itu jauh lebih berharga buat kita and anak-anak

Lastly... walaupun agak lewat
mokcik nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meneruskan kelansungan hidup di tahun yang baru
moga apa yang telah dilewati di tahun lalu menjadi satu pengajaran dan kenangan manis buat kita... dan semoga ujian bagi waktu-waktu nan mendatang menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dan tabah.

For Abang Hadif, ibu sangat bangga dengan abang
Abang dah buktikan yang abang bukan 'baby boy' ibu dan ayah lagi
Moga jadi anak yang gigih, kuat  semangat dan tekun dalam mencari ilmu
Insyaallah, doa dan restu dari ibu dan ayah tak pernah putus buat Abang Hadif dan Mirza
Moga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya pada kami sekeluarga... Amiinnn..