Friday 28 February 2014

ALASANKU ALASANMU

At last, selepas beberapa hari mendiamkan diri dek kesibukan tugasan (alasan je tu), tuan punya blog diberi kesempatan dan ruang untuk bersantai-santai meng'up-date' blog cenonet nya.
 
TETAPI...... ada pulak tetapi nya kan... hikihikhik, meskipun tidak ada post, tuan blog ni masih aktif lagi menyinggah di rumah rakan-rakan blog yang lain. Biasalah bila kepala ni buntu and serabut, aktiviti blog-walking la yang dapat meringankan kepala ni (untung my other half sebab hobi bini dia blog-walking and bukan window shopping... kan..kan...)
 
As mention above kan... tuan punya blog busy tapi apelah sangat yang di'busy'kan dek ibu beranak 2 ni kan? Hello, orang lain lagi ramai anaknya tapi sempat je update blog, update kebun, update rumah... semua sempat. Takpe, korang layankan je alasan ibu Hadif & Mirza tu. Bab bagi alasan dia memang no 1... so sebelum dia mula bagi alasan lain baik korang blah je.. oopppsss.... memain je. Serius, memang agak busy 2 minggu ni. Hati pon panas semacam je walaupun nampak cool. Korang nak tau ape puncanya aku mula menyasau dalam blog ni? Haaaa... puncanya KC aku tak siap-siap lagi.
 
Sedih and kecewa aku dibuatnya. Konon nak tolong orang KITA tapi orang KITA lak memain tolong aku. Actually aku sign setuju terima quotation KC (kitchen cabinet) tu since 13/01/2014 lagi. Kalau ikut perjanjian dalam 3 minggu atau selewat-lewatnya sebulan dari tarikh aku sign document depa akan install KC. Yelah, tempoh yang dia orang bagi tu untuk dia orang order barang, aku faham tu. Apelah sangat 3 minggu atau sebulan jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Ada yang dah 3 bulan pun masih tak settle pasang KC kan...kan.... so, aku sabar jelah.
 
Nak dijadikan cerita, seperti yang dijanjikan akhirnya 15/02/2014 skuad yang berkenaan pon tiba. Korang bayangkan macam mana rupa dapur rumah aku masa tu. Tunggang terbalik semuanya. Jangan tak tau, sampai dalam bilik Hadif pun aku letak periuk kuali aku (tak banyak pun periuk kuali aku... hihihihi). Yelah, bila ada anak kecik yang sedang ligat ni  aku tak berani ambil risiko lambak barang-barang dapur kat ruang santai atau ruang makan... takut periuk tu jadi topi dak Mirza je nanti. Debar dalam hati ni Allah jelah yang tahu. Of coz la berdebar, takut hasilnya tak seperti yang aku harapkan.
 
Sepanjang proses installation tu aku soh en. suami jadi mandor. Sekurang-kurangnya kalau ada yang tak kena boleh segera diperbetulkan.. kan..kann. Aku pun jadi mandor gak tapi kejap-kejap hilang... hehehhehe. Aku tak curi tulang tau tapi curi masa. Al-maklumlah, sehingga hari ini aku masih lagi BF Mirza.... hoyehhhh, tertunai gak hajat aku nak menyusukan anak selama yang boleh. Yang itu cerita kat entry lain ye.
 
Sedang aku melayan anak yang berdua tu, my other half pun panggil. Dia bisik-bisik manja kat telinga aku... (manja ye.....hahahhaa). Berderau darah aku. Apa yang aku takuti telah pun berlaku. Ye kawan-kawan, berlaku kesilapan yang aku rasa boleh dibetulkan kalau owner company tu bagi tau aku awal-awal. Kalau dia bagi tau aku yang drawer yang aku nak tu akan timbulkan masalah alignment pintu cabinet, bolehlah aku cari alternative lain nak letak drawer tu tapi masa ukur hari tu semua dia cakap ok... semua boleh.... But now????
 
Dah siap pasang pon semua pintu tu kawan-kawan and en. suami pon baru perasan. Nasib baiklah cabinet aku kaler gelap and berjalur-jalur so x berapa nak nampak. Tapi bila dia pasang holder, haaaa amik... sangat ketara kecacatan KC aku. Pasrah jelah.... tapi yang paling teruk sekali bila pintu kaca wall cabinet aku salah ukuran. Satu inci dia punya renggang... haaaa, maaf ye. Yang ni aku tak boleh nak tolak ansur dah. Dengan muka manis aku tegur,
 
'Bang, salah ukur ke ni?'
'Haah la cik... maaf ye. Yang ni kene ganti lain. Tapi tak dapat pasang hari ni jugalah.' Jawab brader tu
 
'Bila boleh pasang ye?'
'Paling cepat sabtu depan sebab kene hantar ukuran baru and order kat kedai. Maaf ye'
 
Aku pandang en. Suami, mohon sokongan moral.
 
'Kalau camtu takpelah. Tapi nanti abang pasang sekali ye divider dalam cabinet bawah ni'
 
Korang nak tau... aku cakap sambil menggigil tangan aku ni. Aku tak taulah aku yang salah ke atau depa yang salah. Kabinet bawah tu memang ada para tapi divider antara ruang pintu sebelah dengan pintu yang sebelahnya tak ada. Melopong gitu. Biar betul brader ni.
 
'Oh, boleh-boleh. Yang tu tak ada masalah. Kayu banyak'
 
Banyak ye bang, tapi kenapa melopong cabinet saya tu.???
 
Mujur aku ikut nasihat blogger-blogger susun atur yang banyak pengalaman and ilmu pasal KC ni, kalau ikut percaya je..... memang habislah jawabnya. Paling aku bersyukur sekali sebab aku tak terus bagi cash balance payment. Kalau ikutkan my other half, pagi tu sebelum owner company tu nak balik dia nak bagi je cash tapi aku rasa tak sedap hati. Aku cakap kita orang bank-in kemudian. Kalau tak...... hmmm tak mampu aku nak sambung ayat.
 
Sadly... sabtu yang dijanjikan tu pintu glass KC aku still tak siap lagi. Kalau aku tak tanya memang takdelah dia nak call bagi tau. Geram beb... and dia janji lagi nak pasang Khamis 27/02/2014.... kebetulan tarikh tu aku and en. suami ambil cuti jaga anak sebab pengasuh budak berdua ni ade appointment kat IJN. Sabar tu separuh dari iman kan.... so aku sabar lagi.
 
Khamis tu, dah dekat jam 11.00 pagi aku masih tak nampak bayang depa. Tak boleh nak tunggu dah. Aku ni nak kene masak, takkan suami and anak-anak aku tak makan gara-gara pasang pintu cabinet kan... tak masuk akal namanya. Tapi aku pun tak nak dapur tu serabut ngan barang-barang aku masa dia orang buat kerja. Berhabuk beb... 2 minggu aku bersihkan baru hilang abuk kayu tu... (tu yang lagi stress sebab kene buat kerja 2 kali). Aku pon mesej brader tu. Korang nak tau ape kesudahannya? Tunggu next entry ya... hihihi
 
 
 

Wednesday 19 February 2014

POKOK TAMAR MENANGIS



Sumber: Mr. Google

Pada suatu Jumaat, warga Madinah digemparkan dengan bunyi tangisan yang amat pilu  seperti rengekan bayi dan tidak berhenti dari Masjid Nabawi. Para sahabat yang berada di masjid pun turut tertanya-tanya, siapakah yang menangis? Ketika  itu, mereka sedang berkumpul untuk melaksanakan solat jumaat.
 
Tangisan tersebut kedengaran sewaktu Rasulullah memberikan khutbah. Rasulullah pun turun dari mimbar dan menunda khutbahnya. Baginda kemudian mendekati sebatang pohon kurma. Beliau mengelus dan kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, pohon kurma itulah yang menangis. Hampir saja pohon itu terbelah kerana jerit tangisnya.
 
Pokok kurma itu telah berada di Masjid Nabawi sejak masjid itu didirikan. Ia bukan sekadar  menjadi tonggak, malah ia sering menjadi sandaran Nabi Muhammad S.A.W setiap kali baginda memberikan khutbah. Ia selalu menanti ketibaan hari Jumaat kerana pada hari itu ia akan mendampingi Nabi memberikan nasihat kepada kaum Muslimin. Sejak Jumaat pertama masjid tersebut dibangunkan, ia selalu setia dan bahagia menemani Nabi Muhammad sehinggalah hari kejadian.
 
Beberapa hari sebelum itu, seorang wanita tua Ansar mendatangi Rasulullah. Ia memiliki seorang anak lelaki yang bekerja sebagai  tukang kayu dan wanita itu menawarkan sebuah mimbar untuk Rasul.
 
Wahai Rasulullah, maukah kami buatkan mimbar untuk mu?” ujarnya.
 
Rasulullah pun menjawab, “Silakan jika kalian ingin melakukannya.
 
Maka, keesokan harinya, mimbar tersebut pun diletakkan di dalam masjid. Saat Rasul menaiki mimbar, menangislah pohon kurma kerana ia tak lagi menjadi “teman” Rasulullah dalam khutbah Jumaat sepertimana biasa.
 
Pohon ini menangis kerana tak lagi mendengar nasihat yang biasa disampaikan di sampingnya,” ujar Rasul setelah memeluk pohon tersebut.
 
Setelah dipeluk Nabi Allah itu, pohon tersebut rasa bahagia. Ia tidak lagi menangis dan dirundung kesedihan. Meskipun tidak lagi mendampingi Nabi, mendapat pelukan dari Nabi cukup mengubati rasa sedihnya. Rasulullah pun berkata kepada para sahabat,
 
“Kalau tidak aku peluk dia, sungguh dia akan terus menangis hingga hari kiamat,” sabda Nabi.
 
Kisah pohon kurma yang menangis ini sangat popular. Banyak rawi yang meriwayatkan hadis tersebut, sehingga tak perlu lagi dipersoalkan kesahihannya. Para sahabat banyak meriwayatkannya, baik Ibnu Abbas, Anas bin Malik, Jabir, Ibnu Umar, dan lain-lain. Kisah ini menunjukkan betapa seluruh makhluk, bahkan pokok sekalipun, mencintai Rasulullah. Maka, sangat menghairankan jika manusia yang berakal dan mengetahui keluhuran akhlak baginda tidak jatuh cinta kepada kekasih Allah ini.
 
Rasulullah pernah bersabda, Terdapat tiga hal yang apabila dimiliki seseorang tentu dia merasakan manisnya iman, Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada yang selain keduanya, dia tidaklah mencintai seseorang melainkan kerana Allah, serta dia benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke dalam api.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim dari Anas bin Malik).

Saturday 15 February 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PART 2

Assalamualaikum w.w

Haisshhhhh.... penat betul bersihkan habuk kat blog ni. Siap bersin-bersin lagi... hamik ko. Kena rajin lah empunya blog. Tak boleh malas-malas. Dah berazam kena la usaha untuk tunaikan... kan..kan...
 
Apa sajalah aku merapukan ni? Penangan kene habuk tu kot... hahahhahaa. Ok guys, lupakan je bebelan mak budak ni ye. Seperti yang dah dijanjikan dalam entry  sebelum ni, inilah perkongsian hasil dari ketekunan aku mendengar ceramah Ustaz Tarmizi tanpa sangap walau sekali pun.... (kagum jap dengan diri sendiri..... hehehehhe)
 
Tajuk ceramah kalau tak silap akulah,  Bagaimana Mencintai Rasulullah S.A.W (ehem...ehem, yeke aku tak sangap??? macam iye je.. macam idak je....)
 
Ayat pertama yang Ustaz tu lafazkan (as my note) yang menunjukkan bukti betapa Allah S.W.T amat mencintai rasulNya itu berbunyi (lebih kurang gini lah maksudnya, lama tak amik nota sampai terkejar-kejar menyalin ceramah ustaz... momentum dah lari.. hihihi)
 
"Jika kau cinta kepada AKU (yakni Allah) maka ikutlah akan Muhammad bin Abdullah, maka akan AKU (ALLAH) hapuskan dosa-dosa kamu yang telah lalu" (maaf kawan-kawan, tak sempat salin ayat and surah ape untuk rujukan)
 
Sabda Rasulullah S.A.W, "Beruntunglah umatku yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku"
 
Secara jelasnya disini, sangat beruntung bagi kita umat Islam yang beriman dengan Nabi Muhammad kerana sudah ada janji yang jelas di situ bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu. So, bagi orang yang tidak terdetik dihati mereka rasa cinta dan kasih kepada rasul junjungan kita ini, sangatlah berada dalam kerugian yang amat besar.......
 
Menurut Ustaz lagi, yang paling menyayangi Nabi Muhammad S.A.W terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
 
       a) ALLAH (yang paling menyayangi kekasih-NYA)
       b) Malaikat
       c) Haiwan - Unta (yang ni ada kisahnya. Ramai yang dah tau tapi takpe, lain kali kita
                          kongsikan ye)
       d) Pokok - Tamar (yang ini pun sama....)
 
Mulianya haiwan dan pokok kerana menyayangi Rasulullah, kalau kita umat akhir zaman ni tak sayang pada Rasulullah, gamaknya kita lagi hina dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
 
Nak menunjukkan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W tu tak susah pun kawan-kawan. Ada 3 cara iaitu :
 
      a) Dengan lafaz - kalau kita cinta and sayang kat suami kita mesti kita cakap I love You
                                  ke (contoh ye kawan-kawan... I tak cakap sebab malu tapi I sms je kat
                                  cik abang I tu.. hihihihi). Jadi kita boleh menunjukkan rasa cinta kita itu
                                  dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda. Boleh juga
                                  dikirimkan bacaan Al-Fatihah untuk baginda dan ahli kelurga baginda.
 
      b) Ikrar yakni mempertahankan kesucian rasul kita. Jangan sesekali kita
          memperlekehkan baginda especially tindakan kaum laknatullah yang selalu
          mempersendakan baginda. Wajib untuk kita perangi mereka itu dan kita pelihara
          martabat serta kesucian kekasih Allah ini.
 
      c) Dengan mengikut sunnah baginda. Yang inilah perkara paling asas yang boleh kita
          terapkan di rumah samada dengan suami atau isteri, dengan ibu bapa and
          mertua, dengan adik beradik / ipar duai dan dengan anak-anak serta ahli keluarga
          yang lain. Contoh paling mudah adalah dengan memberikan salam serta senyuman.
          Masyaallah, begitu mudah nak dapat pahala and syafaat dari nabi kita. Betapa
          pemurahnya baginda sedangkan kita tak pernah pun berjumpa dengannya.
 
 
Oh ya, bercerita tentang bab memberi salam, kita perlu tau adab-adabnya juga. Mungkin ramai yang dah tau tapi tetap nak kongsikan disini... manalah tau terlupa.. kan..kan...
 
Salam yang tidak boleh dijawab:
 
1. Salam orang kafir. Jika diberi salam oleh golongan ini, memadai menjawab alaikum. Tak
    jawab pun tak menjadi kesalahan.
 
2. Salam orang yang mempermainkan salam. Hah, yang ni teringat zaman-zaman anak
    dara dulu. Selalu dengar orang bagi salam tapi ade sambungan dihujung salam tu "tak
    jawab dosa, kalau jawab gatal" Istighfar panjang dibuatnya tapi orang tu tak bagi salam
    kat 'akak' salam tu untuk member 'akak' (I tak glamer you... serius tau... jujur dari hati
    kecil aku....huhuhuhu). Kata ustaz, salam-salam sebegini tidak wajib jawab and boleh
    diabaikan. Sekali lagi aku ulang DIABAIKAN.... hamik, siap bold lagi. So, abang-abang
    kat luar tu tak reti-reti lagi ke? Bagi salam elok-elok, orang yang menjawab pun
   (walaupun dalam hati je) mesti sejuk je hati dia.... rasa syok je.... gituuu.
 
3. Salam orang yang berkata-kata dahulu kemudian baru beri salam. Ini pun dikategorikan
    tidak wajib jawab. Contohnya seperti yang kita selalu dengar especially bila jawab phone
    call. Dialog biasa berbunyi .... tutttt..tutttt (bunyi tepon) "hello, assalamualaikum...." camtu
    lah lebih kurang. Tak pun time taklimat ke " Yang berbahagia, puan seri, datuk seri, cucu
    cicit.....assalamualaikum w.w diucapkan"...... Yang ini pon salah ye kawan-kawan. Pasni
    kene tukar kepada " Assalamualaikum w.w dan selamat sejahtera diucapkan kepada
    yang berbahagia...." Gitu caranya. Boleh?
 
4. Yang terakhir ni memang tak boleh jawab langsung. Kalau dijawab juga memang cari
    pasal namanya. Salam tok imam dalam solat. Jangan ye kawan-kawan, jangan rosakkan
    Jemaah..... jangan pandai-pandai jawab salam ni. Upin-ipin pon tak jawab salam ni...hihi
 
 
Banyak lagi perkongsian dalam ceramah tu tapi tak bestla cerita abis kat entry ni... Nanti tuan punya blog abis modal lak nak membebel. So, rajin-rajin singgah blog aku yang tak seberapanya ni, insyaallah akan aku kongsikan ceramah ustaz Tarmizi dalam entry yang lain ye.
 
 
 
 
 

Wednesday 12 February 2014

WORDLESS WEDNESDAY


 
 
THE MOST basic of all human needs is the need to understand and be understood
THE BEST way to understand people is to listen to them
 
~Ralph Nichols~


Saturday 8 February 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Di waktu ramai yang posting pasal sambutan Maulidurrasul, aku lak dok blogwalking je berkongsi kemeriahan majlis di tempat kawan-kawan. Dalam hati terselit gak rasa kecewa sebab kat ofis aku takde pulak buat sambutan di peringkat negeri. Walaupun surau-surau di rumah ada buat sambutan tapi aku tak dapat nak join gara-gara kekangan anak kecil di rumah (alasan je tuuuuuuu... kan..kan..kannn). Jadi aku sangat mengharapkan pengurusan pejabat buat satu majlis untuk mengisi kekosongan sambutan tahun ini.... (bajet cam bos faham je rintihan hati tu... huhuhu)
 
Eh, sapa sangka bos aku pon ade telepati ngan aku... hahahhaha (walhal memang pihak pengurusan dah plan nak buat pon... cuma tunggu masa yang sesuai je). So, majlis kami yang seadanya pun berlangsung dengan jayanya semalam.
 
Sambutan tahun ni agak sederhana. Program 3 dalam 1 namanya. Sebelum majlis bermula kami berselawat beramai-ramai. Yang lelaki berbaju melayu lengkap bersampin, yang perempuan pula tak kurang hebatnya. Ada yang berjubah and ada juga yang berbaju kurung. Meriah-meriah sebab staf daerah pun turut serta. Walaupun tak berarak, tapi yang PENTING.... yang penting tu kene highlight skit..... hihihihiihhi (asal ko bahagia la yeee...) pengisiannya tu ada.
 
Bak kata aku tadi program ni program 3 dalam 1 yang menghimpunkan assembly, Sambutan Maulidurrasul and bowling tournament di sebelah petang. Maklumlah, pejabat kami ni terbahagi kepada pejabat negeri, pejabat daerah, pejabat stesen and sub stesen. Lokasi antara pejabat pulak jauh-jauh jaraknya. Bukan senang nak kumpul semua, sebab tu program asyik bertangguh je. Alang-alang semua staf berkumpul, baiklah program dibuat sepanjang hari... (bijak betul bos aku ni.... jimat gak la tang belanja program)
 
Majlis dimulakan dengan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W secara beramai-ramai. Sayu beb dalam hati ni. Kalaulah Rasulullah S.A.W ada di masa and ketika ini..............
 
Disebabkan program utama adalah Sambutan Maulidurrasul, tuan pengarah hanya mengambil masa yang pendek je beramah mesra dengan kami semua. Sempat lah bagi dua tiga amanat and info tentang latest program yang telah and bakal dianjurkan di peringkat kebangsaan. Majlis diteruskan dengan ceramah khas dari Ustaz Dr Ahmad Tarmizi bin Abdul Razak yang bertajuk Bagaimana Untuk Mencintai Rasulullah S.A.W
 
Banyak pengisian yang aku perolehi dari ceramah beliau walaupun ceramah disampaikan secara santai and 'huru-hara' bak kata ustaz. Mana tak huru hara, pakat dok ketawa dari mula sampai abis ceramah. Karekter ustaz ni macam Harith Iskandar pon ade... hehehehehe. Nanti aku kongsi isi kandungan ceramah nya ye. Moga perkongsian tu nanti bagi manfaat pada kita semua.... insyaallahh
 
Inilah Ustaz Dr Ahmad Tarmizi bin Abdul Razak. Ceria and hebat orangnya.
Dah penuh kuata katanya... hehehehe... jangan marah ye ustaz.
Oh ya, picture ni aku google, gambar semasa majlis akan aku upload next time ye
 
 

Friday 7 February 2014

JAHIL KAH KITA?



Istighfar panjang aku dibuatnya. Yelah, aku admit yang satu kelemahan aku adalah tak suka baca suratkhabor sebabnya aku ada penyampai berita aku sendiri (credits to cik abang.. hehehe) So, apa saja berita terkini aku akan tau dari En. Suami di samping ahli mesyuarat tingkap ofis aku... hihihihihi
 
Tapi pagi ni aku dapat tau info ni dari Ustaz Dr Tarmizi Abdul Razak (maaf ye ustaz kalau saya tersalah eja nama) yang kebetulan dijemput khas bagi menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidurrasul ofis kami (walaupun agak lewat kami buat sambutan tapi bak kata orang kampong aku, better late than never ... kan). Nasib ustaz ada mention nama suratkhabor and usai majlis aku pon terus google and baca berita ni PERMAINAN HINA NABI 
 
Macam manalah mereka-mereka ni boleh sampai akal nak buat game sebegini? And sangat-sangatlah meremang bulu roma aku mengenangkan anak-anak Islam kita leka melayan game tersebut tanpa mengerti ape yang tersirat di sebaliknya. Selain dari game ni ada juga beberapa game lain yang menghina Islam. Antara yang masih aku ingat adalah game Guitar Hero 3, Prince of Persia and banyak lagi lah. Aku share link yang korang boleh akses and baca sendiri ye http://ilmu-chead.blogspot.com.
 
Daripada pemerhatian aku sendiri, rata-rata gamers tak perasan tentang kewujudan plot-plot penghinaan ni sebab terlalu obsess bermain game. Diharapkan pihak yang berwajib dapat ambil langkah segera untuk mengelakkan perkara ni berterusan yang akhirnya hanya akan merosakkan aqidah anak-anak kita. Di samping tu kita sebagai ibu bapa pon kena main peranan juga, ambil tau apa yang anak kita tengok and buat. Takut-takut nanti kita dok ingat dia tengok kartun tapi sebaliknya kartun yang terselit agenda kaum laknatullah tu pulak (serius.... masih meremang bulu roma aku masa menaip entry ni). Moga Allah jauhkan dan lindungi kita dari semua itu...
 
~  It's All aBout uS :  Jahil kah kita atau malas nak ambil tau???  ~

Thursday 6 February 2014

REZEKI YANG TAK KELIHATAN

Assalamualaikum... moga semua yang membaca blog ni sihat-sihat hendaknya.
 
Baru masuk kerja hari ni, semalam bercuti sakan... (sakan mengadap gegurl yang sorang tu). Rasanya baru 2 minggu lepas Mirza demam, minggu ni demam lagi. Abangnya pula baru nak baik. Harap-harap hari ni Mirza dah ok la.
 
Terlanjur bercerita tentang anak-anak ni, (aku nak tarbiyah diri aku sendiri sebenarnya.. hehehe) aku nak kaitkan sikit dengan rezeki. Allah kurniakan kita rezeki dalam macam-macam bentuk. Ade bentuk wang ringgit, ada gak secara tak langsung contohnya seperti anak yang ramai. Kalau kaya wang ringgit and kaya anak lagi murah rezekinya.. hehehhe
 
Satu lagi bentuk rezeki yang kita tak berapa nak perasan ialah kesihatan. Mungkin kita hidup susah, makan pakai pun cukup-cukup je. Anak pon secoet je bilangannya and worst langsung takde waris. Tapi insan-insan ini diberi kesihatan yang berpanjangan. Sangat jarang and kekadang tak pernah ambil MC. Ada juga anak-anaknya membesar dengan sihat, jadi orang yang berjaya pulak tu. Sejuk mata memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandung.
 
Inilah yang dikatakan rezeki yang tak kelihatan sebab diberi tanpa kita sedari. So, bersyukurlah. Kalau kita tak sihat tu rezeki juga namanya... rezeki tuan doctor la jawabnya.... hahahahahhaaa

DEFINITELY 100%


jangan marrrahhhh haaaaaaa......

Saturday 1 February 2014

MOIST EGGLESS CHOC CUPCAKE

Huhuhuu.. tajuk pun dah derhaka. Ampun ye CIK MAT , saya modified sikit kejadian kek ni. Kek ni sangatlah mudah nak buatnya, tak sampai setengah jam pon godek-godek adunan, tau-tau je dah siap and boleh dibakar. Gebu and sedap... memang tak nyesal buat. Patut la ramai yang dah buat kek ni berulangkali.
 
Saje buat version cupcake sebab senang nak bagi abang Hadif deco. Seronok dia bila nampak muffin tray ngan papercup tu. Ibu nak buat kuih ye, abang nak tolong boleh? Setakat ni, assistant kecik ni sangat mendengar kata tiap kali buat kerja-kerja baking. Walaupun excited tapi dia berusaha kekal berdisiplin sebab takut ibu tak bagi dia tolong buat. Hehehhehee... gertak skit je, saja nak bagi dia mula kenal peraturan.
 
Peraturan pertama yang dia patuhi adalah basuh tangan sebelum tolong ibu. Tak payah di suruh terus dia ke sinki basuh tangan. Aku gelak dalam hati je.... abang Hadif kalau dah excited memang akur je. Tapi kalau dia dah bosan, mulalah dia bagi alasan macam-macam. Kekadang macam tak masuk akal pun ada alasannya.... nama pun budak umur 3 tahun kan.
 
Berbalik pada cupcake ni, resepinya boleh dapat di blog Cik Mat Gebu atau klik je  Dapur Tanpa Sempadan. Resepi ni dikategorikan sebagai WAJIB CUBA... hehehehe. Betul, gerenti tak nyesal buat.

Inilah hasil moist eggless choc cupcake yang dibuat dengan bantuan abang Hadif.
Makan ngan vanilla ice-cream....hmmmmm heaven tul
 
 
iT's All aBout uS: Mohon maaf, gambar tak jelas sebab snap dengan henpon murah je....hehehe