Showing posts with label my games. Show all posts
Showing posts with label my games. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

WELL DONE 'SOUTHERIAN' DARTERS!!

Hoyeeehhhhhh!!!
Berbaloi-baloi dengan perjalanan yang berliku-liku tu
pendek kata penat di jalan terbayar sudah
Alhamdulillah... kami Darters Zon Selatan
berjaya bawa balik medal
hihihihi

Ho laaaah.. tak sempat-sempat nak bagi salam ke hape ke kaaannn....
bikin orang sakit mata je yerk... hihihihihi
excited you!!
tambah lagi koleksi medal mokcik
walaupun naib johan
hahahhaaa
darters wanita meraih naib johan
but for the guys... sauk gold medal tuuu
seronok depa
since dulu-dulu depa tak pernah dapat johan
Alhamdulillah... rezeki dari Allah

Haaa.. korang ape cer?
Ade yang nakal-nakal tak time mokcik takde?
hihihihii
Ape pon seronok pi sukan ni
sambil-sambil bersukan... dapat eratkan silaturrahim
sambil-sambil bersukan... dapat gak jenjalan cuci mato... hihihiihh

Sukan kali ni diadakan kat USM Kubang Kerian, Kelantan
hapo lai... time ni lah dapat makan nasi kerabu 'pior'... laksam yang memang mengancam
hahahhaaa... gomok mokcik balik sukan ni
ape???? buah tangan??
hehehehehe... maap lah ye
bukan menyombong atau kedekut
tapi memang tak dan nak menyoping

but don't worry ye...
mokcik ade bawa buah mata untuk korang...
hihihihi
enjoy the pic ya!!
smart kan logo dia??
 

Kasut free... baju free... makan free.... free size... hohohohoho

Jangan jeles ye... next 2 years aim johan lak!!
 

Ni laa dia team Juara tu..... jeleesssss tul.
Takpe, next time kita sama-sama jadi juara ye

Ceria gitu.... pasrah je jurulatih kami... hahahhaa
maap ye bos, jangan serik latih kami ye

Moga ukhwah yang terbina berkekalan hingga akhir hayat.....

oh ye, thanks to our manager MR. NASIR
dia tunaikan janji dia untuk botakkan kepala andai kami dapat johan
luckily the boys johan kan... hihihihi
cayalah En. Nasir!!!


Saturday, 26 April 2014

GOOD DART!!

Hari yang agak tenang buat aku
amik kesempatan untuk blogwalking ke rumah kawan-kawan
daripada tak bersemangat nak mengemas and memasak
terus mencurah-curah idea dalam kepala
tapi tak tau la bila nak buat... hehehehhehe

Buat masa ni dart training dibekukan untuk sementara waktu
Yelah... kerja adalah priority bagi orang makan gaji cam kita ni
al maklumlah.... ahkak ni bukan penjawat jawatan besar pon
kiranya kategori ikan bilis je
so, kalau keje tak siap.... ahkak la yang kene bersiap-siap kaaaaannnn
ehhhhh.... tak caya ke?
sape cakap orang keje gomen takde keje
tell me... tell meeee....
meh datang tempat ahkak ni......
yang buat ade and takde keje tu kita sendiri
kalau dah bangsa suka lepas tangan and cuci tangan
memanglah mendabik dada cakap tak banyak keje
haaaa..... dah mula nak membebel lah ni

stress tau berdepan ngan bangsa jenis ni
tu pasal bila ada peluang beriadah dengan kebenaran big bos ni kami suka
rasa lega and boleh mengeratkan silaturrahim antara teman sepejabat
nama je satu bumbung
tapi kekangan keje kekadang tak bagi peluang kita gather2 ngan member

cerita pasal good dart ni actually kene consistent dalam training
tak boleh culas atau cepat putus asa
sebab game ni perlu focus yang tinggi
ingat ye... main dart ni bukan orang yang menjadi lawan kita
lawan sebenar kita adalah papan dart tu sendiri


 
tangan memainkan peranan penting masa buat balingan
korang kene make sure posisi tangan macam rajah kat atas tu
proper alignment bak kata orang kampong aku
Pastikan bahu, siku dan pergelangan tangan berada dalam kedudukan yang lurus
dan tiga point tu menghala ke arah papan dart
 
Gerakan semasa membaling adalah lebih kurang macam korang swing a hammer
Gunakan kuasa dari siku, lengan dan pergelangan tangan untuk speed
dan bahu dijadikan sebagai penyokong
Pada masa korang extand tangan untuk balingan, siku akan menaik dan create the force
yang diperlukan bagi balingan dart.
 
Cara memegang dart pun perlu diambil kira
Dart hendaklah selaras dan pointed directly pada sasaran             
Selain dari tu, imbangan badan juga penting untuk pastikan balingan korang tak goyang
                    
Jarak dan ukuran standard yang digunapakai

Berat dart juga berbeza mengikut keserasian pemain.
Setakat ni aku selesa dengan dart 23gm dan 25gm

 



Tuesday, 22 April 2014

DART AND IT'S RULES

Hadaplah ye kengkawan
sepanjang minggu ni rasanya aku memang plan nak cerita pasal dart je
kalau semalam kita dah review sejarah awal permainan ni
hari ni aku nak reveal (cittt... nak nampak canggih je kaaannnnn) tentang rules dan komponen dia pulak

Dart ni dikatakan satu permainan yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan 'nasib'
Terdiri daripada papan dart itu sendiri yang bertindak sebagai target dan anak panah
 

Papan Dart


anak panah


Papan dart tersebut ditanda dengan nombor-nombor iaitu dari nombor 1 hinggalah ke nombor 20. Bukan sekadar nombor, sebaliknya ia disertai dengan rumusan tertentu yang menjadikan permainan dart ini bukan sekadar permainan baling-baling, sebaliknya ia juga mampu menajamkan fikiran dah tumpuan pemainnya.
 
 
 
Triple ring
Bagi setiap balingan yang mengenai triple ring ini, nombor berkenaan akan digandakan sebanyak 3 kali. Contoh triple ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan berganda kepada 60 mata.
 
 
Double ring
 
Seperti juga triple ring cuma balingan mata akan berganda sebanyak dua kali. Contohnya, duble ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan 40 mata
 
 
Single area
 
Jumlah mata bagi balingan pada ruangan ini adalah sebagaimana mata asal. Contohnya balingan yang mengenai mata 20 pada ruangan 'single area' adalah berjumlah 20 mata
 
 
Inner Bullseye & Outer Bullseye
 
Bagi inner bullseye, mata yang dicatatkan adalah 50 manakala outer bullseye adalah sebanyak 25 mata.
 
 
 
Istilah out of bounds pula membawa maksud balingan anda tidak mempunyai sebarang mata. Setiap pusingan, pemain hanya dibenarkan membuat 3 balingan iaitu 3 dart. Jumlah mata sasaran pula bergantung kepada jenis permainan samada single, double atau foursome. Kebiasaannya, mata sasaran bagi permainan single adalah 301, double 501 dan foursome 701 mata.
 


Monday, 21 April 2014

DART AND IT'S HISTORY



Dart dikatakan bermula sejak zaman pembentukan Kerajaan Inggeris lagi
Diperkenalkan oleh tentera yang pada mulanya berasa bosan lalu saling mencabar
sesama mereka melempar tombak ke dasar tong
Permainan ini kemudiannya terus berkembang di mana mereka mula menjadikan batang pokok yang dipotong sebagai sasaran, manakala tombak digantikan dengan anak panah yang lebih pendek
Pada waktu ini juga beberapa peraturan mula dicipta dan dijadikan sebagai asas permainan
Kewujudan permainan ini berjaya mempertahankan hubungan baik diantara tentera-tentera tersebut.

 
Apabila permainan ini mula menjadi hobi universal, permainan ini diubahsuai dan diperkemaskan lagi dengan menggunakan panah yang mana larasnya ditetapkan iaitu
sepotong batang kayu yang mempunyai panjang empat inci dengan bulu pada salah satu hujung dan logam pada hujung yang lain digunakan menggantikan tombak.

Pada tahun 1898, target 'melipat kertas' telah diperkenalkan oleh Amerika dan laras yang diperbuat dari logam kemudiannya diperkenalkan oleh orang Inggeris pada tahun 1906.
Ketika inilah system nombor pada papan dart dirumuskan dan diterima pakai.

Peraturan bagi jarak melempar panah juga ditetapkan pada masa yang sama.
Walaubagaimana pun terdapat pelbagai standard telah digunakan.
Jarak untuk melempar diukur dengan cara tiga buah peti ditempatkan dari hujung ke hujung meja tempat pembuatan bir bernama 'Hoki & Sons' yang menyediakan bir bagi bekalan bahagian barat daya Inggeris.
Peti tersebut mempunyai panjang lebih kurang 3 kaki lalu menjadikan jarak garis papan dart tersebut 9 meter.

Saiz peti akhirnya dikurangkan menjadi 2 kaki dan 4 buah peti digunakan sebagai pengukur untuk jarak 8 kaki panjangnya. Ukuran ini menjadi pola standard untuk beberapa tahun.

Pada tahun 1900, permainan dart dan peraturan yang ditentukan telah diperakui dan diterima pakai pada hari ini. Begitu juga dengan saiz papan, jarak melempar dan saiz panah yang digunakan.

 

Sunday, 20 April 2014

DART

sumber: Mr. Google


Entry kali ni untuk melengkapkan teaser sebelum ni
terlajak perahu boleh diundur
 
haaaa laaaahhhh........
teaser bagaikan.... hehehehhe
padahal main dart je ponnnn....
huk alooohhhhhhh......

Sebenarnya setiap 2 tahun sekali
jabatan aku memang anjurkan sukan kebangsaan
kami dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara & Zon Selatan
since dulu-dulu lagi, pejabat aku di Selangor akan join Ibu Pejabat di Kuala Lumpur
sebagai Zon Tengah...
entah macam mana, tahun ni kami bertukar ke zon Selatan yang terdiri dari cawangan Johor, Melaka, Negeri Sembilan and for the first time Selangor
tu yang makin berkobar-kobar kami training
sebab lawan di Ibu Pejabat memang dah faham benar ngan kemampuan kami
di Selangor bermain
yela... kot iye pon kami tak maulah kalah berdepan dengan pasukan lama.. kaaannn

tu yang memanjang training, persediaan untuk selection bulan lima nanti
pemain dari keempat-empat cawangan untuk semua acara sukan akan dikumpulkan
di situ, kami akan ditapis dan hanya yang berkemampuan untuk menyumbangkan kemenangan je yang akan dipilih

macam mana pon, aku sebenarnya masih berat hati nak join selection kali ni
al maklumlah... aku masih lagi bf Mirza
Mirza pon belum pernah berpisah tidur dengan ibu dia
kalau aku pergi selection kompem dua malam juga tinggalkan anak dara tu
memandangkan aku masih tak decide lagi
samada nak join game tahun ni atau tidak
aku amik langkah selamat je
training diteruskan walau apa pun keputusannya
hehehehhehe

main dart ni tak susah sebenarnya
nampak je macam rumit... tapi game ni ajar korang untuk lebih berdisiplin
bagi mereka-mereka yang dah agak berkarat system mencongak matematik tu
amat dianjurkan bermain game ni
hala tuju game ni berbeza dengan permainan lain
orang dok sibuk kejar point paling tinggi
tapi untuk dart, our aim is zero
ye... cam tak caya je kan
kejar point untuk potong point
haaaaa.... camno tu

takpe... next entry kita sembang detail skit pasal dart ni ye



Monday, 14 April 2014

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR....

Menangis ko baca tajuk entry aku hari ni.
Dah la lama menyepi...
Sekali muncul bawa perahu..... kahkahkah
Betul ke perahu boleh main undur-undur gitu je?
Cam susah je.... cam rumit je..... cam leceh jeee......kaaannnn

Tapi tu istilah je.
Yelah walau sesukar mana pon masih lagi boleh diundurkan
tak kira la ape cara sekali pon
tapi kalau manusia terlajak kata atau perbuatan... haaaa cano tu
tak dapek la den nak nolong yo..

eh... 'akak' tak memaksudkan sesapa pon dalam entry kali ni
entry kali teaser je sebonar eh....
yang terlajak tu.. 'akak' la orang eh
terlajak baling.... mau tembus kepalo dek....
huhuhuhuuuuu

inilah punca kenapa aku lama menyepi
antara kemaruk, ketagih and nafsu yang membuak2
choiiiiii.... ko jangan laser ye
bukan benda-benda tak baik yang aku dok sorong ke hulu ke hilir ni
.
.
.
.
.
.
krik....krikkkkk.......

.
.
.
.
.

iye... aku tak nipunya
benda ni pon aku tak jual
aku wat main je... aku wat baling-baling je
main ngan kengkawan opis gitu
..... issshhhh
idaklah membahayakan dan merosakkan
percayalah.... ko try main skali
kompem ketagih and kemaruk nak main lagi
siyesss.... sangat mengujakan...... pffftttttttt

tak mau story banyak
nama pon teaser je
untuk entry sepenuhnya... korang sabarlah menanti ye
sebelum aku blah....(gi main baling-baling... hihihi) aku titipkan kat korang sekeping gambo
sebagai pelengkap teaser aku (cittttt.... blog cenonet pon main teaser-teaser bagai...)

terlajak perahu boleh ku undur... terlajak baling, sendiri mau ingat.... hhihihiihihiii
 
amacam.... ade berani mau join?