Showing posts with label My Herbs. Show all posts
Showing posts with label My Herbs. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

BUAH PELAGA , CARDAMOM




    
 
 
  
(Sumber: Mr. Google)
 
 

Nama Tempatan: Buah Pelaga
Nama Saintifik: Elettaria Cardamomum/ Amomum Cardamomum
Nama Lain: Cardamom, green cardamom, true cardamom, kapulaga, chhoti elachi,
ts’ao-k ou, elam, grawahn, black cardamom dan kravan
Famili: Zingiberaceae


Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari hutan barat Ghats di selatan India, di mana ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Ia sering digunakan sebagai perisa dalam masakan.
 
Masyarakat India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu dan hampir di keseluruhan kepulauan nusantara. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis. Di Timur Tengah, buah pelaga digunakan dalam minuman teh.
 
Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.
 
Jika durian dikenali sebagai Raja Buah, buah pelaga juga tak kurang hebatnya. Digelar  sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ kerana ia adalah di antara rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat pelbagai pengganti yang lebih rendah kualitinya daripada buah pelaga, seperti buah pelaga Siam, buah pelaga Nepal, buah pelaga Jawa (kumpulan amomum cardamomum) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya spesies Elettaria cardamomum yang dikatakan sebagai buah pelaga sebenar. Di India buah pelaga dikenali dengan 2 nama utama: Buah pelaga  Malabar dan buah pelaga Mysore.
 
Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.

 
KHASIAT BUAH PELAGA

Biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Biji buah pelaga juga amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut. Selain itu, ia dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan.

Kegunaan lain ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas..

Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

UNTUK MENGATASI LENGUH-LENGUH BADAN

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obesiti.

Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen, zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah.
 
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.
 
(Sumber rujukan: Pelbagai)
 
 
 
 

KULIT KAYU MANIS, CINNAMON

 

Nama Tempatan: kayu manis
Nama Saintifik: cinnamomum zeylanicum
Nama Lain: cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood
Famili: lauraceae
 
 
Kulit kayu manis atau lebih dikenal dengan nama kayu manis (Cinnamomum verum, sin. C. zeylanicum) ialah sejenis pohon penghasil rempah. Termasuk ke dalam jenis rempah-rempah yang amat beraroma, manis, dan pedas. Kebanyakan orang menggunakan bahan ini di dalam masakan atau minuman samada sebagai penambah perasa ataupun wangian.
 
Ia merupakan salah satu rempah ratus tertua yang digunakan manusia. Bahan ini digunakan di Mesir Kuno sekitar 5000 tahun yang lalu, dan disebutkan beberapa kali di dalam kitab-kitab perjanjian lama.
 
Pokoknya biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok  teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan.

Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi. Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu.Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.

 
 
Beberapa spesies kayu manis yang dijual dipasaran diantaranya ;
          Cinnamomum verum'(True cinnamon, Sri Lanka cinnamon atau Ceylon cinnamon).
   C. burmannii (korintje, kasiavera, atau Indonesian cinnamon).
   C. loureiroi (Saigon cinnamon atau Vietnamese cinnamon).
   C. aromaticum (Cassia atau Chinese cinnamon).
Kulit manis Ceylon yang dihasilkan melalui kulit bahagian dalam yang lebih nipis, memiliki lebih kesegaran,kurang padat, lebih beraroma, dan mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding Kasiavera. Kasiavera pula mempunyai rasa yang lebih kuat (lebih pedas) daripada kulit manis Sri Langka dan umumnya berwarna merah kecoklatan, sederhana ringan, keras dan bertekstur kayu, serta lebih tebal (2–3 mm (0.079–0.12 inch) dan menggunakan seluruh lapisan kulitnya.
 
 
Khasiat kayu manis
 
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar ataupun diproses menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit. Ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
 

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia  juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
 
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes. Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.

Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.
 
Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.

Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.
 
Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya. Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.

 (Sumber: Pelbagai)