Wednesday 24 December 2014

ALAHAI ANAK OMAK...

Seperti yang dijanjikan dalam post sebelumnya
mokcik nak sharing-sharing beberapa aktiviti jenjalan mokcik bebaru ni
tak lama lepas balik dari program ofis di Bukit Jugra
mokcik jenjalan lagi bersama officemate
kami jalan-jalan sambil shopping gitu
dah macam rombongan cik kiah gayanya
penuh satu kombi dengan ahli-ahli PUSPANITA ke MAHA di Serdang
syiokkkkk.... since 2012 mokcik belum miss lagi program ni
hihihihii...
ni antara program lawatan wajib kami
antara yang menarik untuk tahun ni adalah produk BELULANG
ha... terkujat sekejap kan
kalau belukang pernah la dengar
ye dak?
yang ni belulang boleh makan tau
jap ye... mokcik nak selongkar almari jap
kot-kot ade gambau dia
.
.
.
.
.

haaa.... minta maaf ye anak2
takdok pulak gambau produk tu
ni mesti kerja anak-anak di rumah
main henpon terus terdelete gambau

camne nak koba eh....
belulang tu nama lain dia kulit lembu
haaa... pernah dengar tak?
hehehehhee....
bagi yang tak pernah makan
agak pelik la bunyinya
bagi yang biasa makan.. teksturnya ala-ala kikil or urat keting gitu
kenyal-kenyal
sedap dimasak pedas-pedas

lain-lain sama macam tahun lepas
benih and anak pokok
orkid yang cantik-cantik... geram nengoknya
produk sejuk beku,
buah-buahan tempatan
as usual jagung madu jadi sasaran... permintaan encik suami dan anakanda Hadif
hehehehe.....

serius... sayang gambau kami di MAHA habis terdelete semuanya T___T
alahaiiii anak omak....


Tuesday 9 December 2014

AWAK KAT MANA... ?

Menggedik iolls... hihihihi
dah lama menyepi
bolehlah menggedik-gedik tanya awak kat mana... kannnn
jangan marraaaah ye
mokcik ingat takde yang rindu kat mokcik
rupanya ade yang dah rindu dendam gitu... (layankan je tuan Tanah perasan ni ye..)

Well.. mokcik ade je
masih dengan rutin harian
plus jenjalan cari pasal and cari makan... hihihihihi
banyak yang mokcik nak share
tapi idok ler dalam satu entry ni haa
mau juling mata membacanya nanti

Cerita pasal jenjalan mesti korang suka kaaann...
haaa tepuk la tangan skit... (pasrah ye...)
boleh dikatakan ujung tahun ni memang banyak merayap
samada officially or with family

untuk permulaan mokcik nak story pasal yang oficial2 dulu ye
lama nau dah terperam entry nya
heheehhe
since bulan Oktober mokcik punya jadual memang penuh
duduk umah ujung minggu pun boleh dikira dengan tangan je
biasalah... selagi KPI tak capai, memang tak siap keje lah namanya
Antaranya program KGMR yang diadakan di Pusat Latihan Penguatkuasa, Bukit Jugra

Seronok betuiii... lama dah tak join aktiviti cenggini
al maklumlah, last year ai bersalin kan... so tak boleh nakal2 gitu
tahun ni, tak mengagak pulak
balik sukan je ai naik bukit... haaaa kelas ko
lama tak mendaki, tau2 bidan terjun naik Bukit Jugra memalam buta
apa kes?... haaa yang itu mokcik tak boleh cerita.... Private & Confidential
hahahhaha....mengada-ngada keennn...

Seronok sangat tapi part yang tak bestnya
kami diberikan password untuk perkara-perkara kecemasan
well... as person in charge untuk jaga budak-budak tu
walaupun meremang bulu roma terpaksa ku gagahkan juga minta bantuan
password nya jerit hantu sebnyak 3 kali
naya ko
mana tak naya... Bukit Jugra tu memang kawasan yang agak.... tuuutttttttt gitu
pastu ku seru2 lak, bukan sekali tapi tiga kali
kalau lain yang menyahut... aaamaaaakkkkk
mau bertaburan kami berlari jawabnya
al kisahnya one of the peserta kesemputan gitu
belum 1/3 perjalanan lagi tapi dah nya budak tu tak larat kan
so as told before, nak hint ke pengiring nightwalk tu kene la jerit hantu 3 kali
hihihi.. seram tapi kelakar pun ade

apa-apa pun akhirnya kami tiba gak dengan selamat di puncak Jugra
sayangnya pemandangan waktu malam tak berapa nak cantik
sebab gelap je... apa pun tak nampak
hihihi... walhal view dari puncak tu teramatlah cantiknya waktu siang
kalau tak, takdelah aktiviti paragliding kat situ

next time kalau ade kesempatan, mokcik ingat nak ajak family lak ke sana
bukit tu boleh dikatakan hampir ke 90 darjah tegaknya untuk naik ke puncak
memang takde tempat berpaut langsung once korang tiba ke 2/3 perjalanan
best and sangat menguji ketahanan diri
kalau ade yang berminat, google je Bukit Jugra ye...

p/s: tak bergambo kami sebab tengah malam buta. Nanti tak memasal lak 'dia' ikut tompang selfie...

Wednesday 15 October 2014

SUP TULANG YANG TERLAMPAU

 

Melampau-lampau bunyinya kan
hihihiihihi
mana tak melampau
siap orang dapur pon boleh tak perasan sup di periuk lesap
hahahahhahaa
gara-gara terlampau sedap gitu
tapi .....
post kali ni bukan nak khabor yang mokcik buat sup tulang terlampau sedap
mokcik tak pandai bab masa-masak ni
takat masak untuk keluarga sendiri boleh la

SUP TERLAMPAU sedap ni
dimasak oleh mak kepada salah seorang pegawai di opis kami
masa majlis korban tempohari
serius sedap.... menjilat jari gitew
meh mokcik belanja  SUP TERLAMPAU tu
tapi gambo jelah yang tinggal... hehe



Thursday 9 October 2014

BILA LEMBU DAH DIKORBANKAN

Alhamdulillah.... umat Islam dah pun selesai menunaikan ibadah haji dan korban
tinggal menanti Jemaah Haji kembali ke Tanah air
Entah bila la agaknya giliran aku ke Tanah Suci Makkah
Kalau ikut daftar di Tabung Haji.. tahun 2063 baru tiba turn
80 tahun umur aku time tu
hahahahhaa.... lagi 49 tahun nak menunggu tu
moga Allah kurniakan aku kesihatan and kemampuan
untuk melaksanakan ibadah haji kelak....

Bagi yang tak menunaikan ibadah haji
rata-ratanya menyertai ibadah korban
macam-macam cerita yang aku dengar
lembu bunting dikorbankan tanpa sedar la.... lembu lari la
yang penting semuanya dijalankan secara berjemaah
saat-saat macam ni la terasa eratnya jalinan ukhuwwah yang terbina

Baik di kampung mahupun di Bandar
semua sanggup beratur panjang nak ambil daging korban
bukan tak mampu nak beli sendiri
tapi manisnya daging yang disembelih atas niat kerana Allah ni
masyaAllah.....tak sama dengan beli di pasar
tak dapat banyak... merasa sedikit pun jadilah...
nikmat sebab turut sama meraikan niat orang yang berkorban

Alhamdulillah
tahun ni jabatan kami sekali lagi berjaya
menganjurkan majlis korban di peringkat negeri Selangor
majlis bermula seawal jam 8 pagi
masing-masing dengan tugas yang telah diagihkan sejak awal-awal lagi
meriah.....dah macam kenduri kahwin gayanya
moga berterusan sampai bila-bila.... aminn

Barisan hero yang baru selesai menumbangkan 3 ekor lembu

Timbang daging ke menyembang yang lebih ni?... hihihihi

tekun senior kita buat kerja...

'hah... dok jauh-jauh, takut melayang kapak ni nanti'

Alhamdulillah, siap membungkus daging korban untuk diagihkan kepada kakitangan

Team rewang dapur yang super duper cekap...
menu of the day: sup tulang, daging masak kicap, telor dadar n sayur campur
menu simple tapi sangat sedap


Wednesday 1 October 2014

Sunday 28 September 2014

BEST OF THE BEST

 


Sebenarnya takde ape yang best sangat pun
hihihiihihiii
just nak share a few picture yang mokcik sangat suka
this pictures mostly taken by Cik Win and Atam


 
 









 

Friday 26 September 2014

SAMBUT MERDEKA DI TANAH TINGGI PART 3



Ayah's pincess
 
Abang Hadif and his pose

 
 


The one and only princess for the moment.... waiting for Angah's next baby





Thursday 25 September 2014

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

 
Inilah antara desert kegemaran mokcik
lagi-lagi kalau dah disejukkan kat peti ais... nyaman je tekak dibuatnya
mama pun selalu buat agar-agar ni
yelah... mama cakap dia tak pandai buat pudding-pudding moden tu
kalau kuih kaswi ke... kuaih lapis ke... karipap ke... agar-agar cenggini ke
tau lah mama.... hehehhee
walaupun simple tapi rasa dia memang sedap
 
sebab teringat mama lah baru-baru ni mokcik gagahkan diri buat sendiri
hahahahaa....
selama ni mama buat mokcik ngap je
kebetulan tengok barang kat pantry
ternampak gula kabung and stok agar-agar serbuk pun ada
mokcik pon searching dalam kepala mokcik ni ha
kot lah ado lai gambaran-gambaran mama buat agar-agar ni... hihihihi
 
tak susah pun buat dia
yang buat jadi susah tu sebab ade penyakit MALAS
hehehhehee
sabau jelah
 
ok... untuk mereka yang teringin nak makan and buat sendiri
nie mokcik share kan resepi dia ye
 
 
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
 
Bahan A:
Gula Melaka (dihiris bagi mempercepatkan proses masak)
1 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
 
 
Bahan B:
10g Serbuk agar-agar 
1 cawan Gula pasir
4 cawan air
250ml Santan @ 200ml santan + 50ml air
secubit garam
 
 
Cara Penyediaan:
1. Didihkan bahan-bahan A sehingga gula Melaka larut.
2. Didihkan Bahan B kecuali santan sehingga gula pasir tadi larut.
3. Tapis bahan A dan masukkan ke dalam Bahan B tadi. Diikuti dengan santan.
    Masak seketika sehingga agar-agar mendidih.
4. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sebaiknya, basahkan bekas tersebut
    dengan sedikit air. Tuang adunan tadi dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Bila dah mengeras bolehlah dihidang terus atau sejukkan dalam peti ais
 
Selamat mencuba ye kawan-kawan

Wednesday 24 September 2014

SHHHHH....... CERITA PANASSSS

hot story ko....
ini cerita exclusive tau... rancangan melodi pon belum dapat info ni lagi
hanya kenalan rapat artis ni je yang tau
seperti yang dikhabarkan,  'SI ARJUNA' (nama dirahsiakan....)
melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati
pada 20/09/2014 bertempat di Jalan Hj Musran, Klang

haaa.... jangan tak tau
mokcik and En. Husband adalah antara yang dijemput untuk menyaksikan
hari bersejarah kedua teruna and dara ni
antara yang dijemput sama adalah cik puan MASYA empunya blog masyaamiraaimie, seorang blogger yang sedang meningkat naik namanya....
di samping ahli keluarga and sahabat karib beliau

Perkenalan yang asalnya bermula sebagai teman maya
akhirnya membuahkan bibit-bibit kasih dan sayang antara keduanya
berkat restu dan izin keluarga
akhirnya janji dimetrai... kasih diikat... cincin disarung ke jari manis
maka berakhirlah zaman pencarian 'SI TERUNA'

siapa artis yang dimaksudkan?
kelaaaassssss ko
bab-bab macam ni memang feveret kaaannn
hahahahhaa
bukan retis top pun
tapi bagi kami sekeluarga, beliau dah macam artis
hehehhehee... jangan marah ye CIK MIE

haaa.... Cik Mie kesayangan Abang Hadif dah berpunya
lepas ni tak boleh nakal-nakal ye Cik Mie
tahniah pada Cik Mie and tunangnya
In shaa Allah.... kalau takde aral melintang patah membujur lalu
next year mereka akan disatukan sebagai suami isteri


tengoklah Abang Hadif tu, tak berenggang dengan Cik Mie dia



iT's All aBout uS: Abang Hadif cakap Cik Mie dapat ayah ngan ibu baru.... hihihihi



Tuesday 23 September 2014

SAMBUT MERDEKA DI TANAH TINGGI PART 2

As promised before
meh mokcik belanja korang gambau kami sekeluarga bercuti-cuti di CH
tak mau cerita panjang lebar... hihihihihi

View exactly dari balkoni apartment yang kami sewa
 

Cantik kan bunga ni... spesies orkid juga ke?



mula-mula ku sangkakan buah... rupa-rupa nya bunga...
hahahhaaa

part of Lavender Garden yang sangat ohseemmm
menggila kami bergambau kat sini

Nak selit gak view dari atas bukit Lavender Garden
mujur kami gerak ke CH lebih awal, kalau idak masak sangkut dalam jem

Kalau namanya dah ke CH.. haruslah ade stroberi, kaktus and ladang teh kaaannn... 
wait haaa...
mokcik post kat next entry ye...
hihihihi


 

Saturday 20 September 2014

APA YANG HADIF TAK SUKA

I'm struggling to go straight to the point
hahahhaaa...
for those yang dah biasa ngan blog aku ni
boleh paham dah camne menggigilnya tangan aku masa menaip ni
dalam kepala macam-macam ayat yang bersusun
tunggu dizahirkan ke dalam blog ni je ha
tapi ada masa kita patut pendekkan je cerita
ada masa kita tak boleh merapu sangat
so this is the right time for me

Mungkin tak berapa penting untuk aku catatkan disini
tapi aku tak punya diari untuk tatapan anak-anak ku nanti
hanya ini yang dapat ku titipkan buat mereka
sebagai kenang-kenangan dari Ibu buat anak-anaknya



Abang Hadif sebenarnya anak yang baik
tak banyak kerenah... senang nak jaga
cuma biasalah... budak baru nak belajar itu ini
ada je yang kengkadang tak berkenan di mata ibunya ni
hihihihi.... ibunya ni cerewet sangat...

Sebelum ni ibu pernah cerita tentang ape yang abang Hadif suka
kali ni ibu nak share ape yang abang Hadif tak suka
Abang Hadif memang suka makan
tapi Abang Hadif ade kriteria yang tersendiri bab-bab makan ni
Abang Hadif pantang sangat kalau ade benda hitam-hitam pada makanan dia
Contohnya satay.... part rentung yang orang dok berebut tu lah dia tak akan makan
cekodok pisang pantang tergaring sikit... kompem tak disentuhnya

Itu bab makan
Kalau jalan-jalan pun Abang Hadif suka
memang tak sabar-sabar nak keluar rumah
tapi abang Hadif tak suka
kalau ayah ngan ibu bawak gi jalan-jalan kat tempat sesak
kompem abang Hadif soh dokong.... hadoiiii
tak larat ibu kamu nak dokong nak...

Abang Hadif pun suka bersukan
tapi sangat pantang kalau berpeluh
mulalah ade je yang tak kena
puncanya sebab gatal-gatal satu badan....

Semua tu tak berapa mencabar untuk ayah ngan ibu nak hadap
yang paling worst dalam banyak-banyak hal ialah gunting rambut
istighfar panjang ayah ngan ibu dibuatnya
punyalah Abang Hadif tak suka
menangis siap meronta-ronta bagai
sampai muntah-muntah pon pernah
semua gara-gara potong rambut

but as the times pass by
all those things that you hate
will be erased one by one
because slowly you'll be a big boy
big enough to handle all this.... right?


sekarang pon abang Hadif dah mula matang
matang dalam istilah umurnya
he's not a crybaby anymore
masuk kedai gunting rambut pun pasrah je
dah takde scene nangis-nangis... rentap-rentap baju ayah lagi
moga perubahan positif abang Hadif ni berterusan sampai bila-bila


bertabah walau mata sudah berkaca...

Thursday 18 September 2014

DARI KERANA MATA

Dari mana datangnya cinta
dari mata turun ke hati
ewaaahhhhh.... bercinta-cinta bagai
mentang-mentang lah kerja yang menimbun tu dah selesai
laju ko meng'up date' keennnnn....
seminggu punya kerja
ku balun siapkan dalam 2 hari
kellllaaaassssss mokcik ni kan..... hihihiihhiiii

Bukan mengharapkan APC ke
tak menagih pon title staff cemerlang gemilang terbilang tu
cumanya dah jadi habit aku
cukup menyampah kalau kerja atas meja menimbun
boleh bikin streesssssssss
aku suka kerja hari ni siap hari ni
tak mau tapau ke esok hari
mana la tau...
kot-kot esok lusa kita sakit ke
arwah ke..... haaa tak memasal je menyusahkan urusan orang lain
dah masuk kubur pon kene cemuh ngan orang...
issshhhhh.... tak mau la
dosa yang ade pon dah tak tertanggung
hihihihihi
kalau ade yang perli-perli
kengkonon cam memuji .... padahal ayat tak hengat....
aku buat dek je
dah cara kerja aku cenggitu kannn
bukan nak mengampu bos pun
kalau nak mengampu... lama dah aku je yang dapat APC tiap tahun
hahahahhaa... ini sekali pon tak pernah dek non
sebab aku ni kaki menjawab kot
kalau aku rasa tak betul... tak betul lah
nasib la... bos ke...hape ke
aku cakap je
tapi idaklah aku biadap
aku bidas cara berhemah la.... cukup ngan supporting dokumen
haaaa.... gitu

APC tu hape???
it's stand for Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ...
ramai yang bermasam muka pasal anugerah ni
tak mendatangkan faedah pon rasanya
mungkin tujuan diperkenalkan supaya motivasi staf meningkat kot
entah la.... ikut orang juga rasanya
kengkadang lepas dah dapat makin turun lak motivasi
haaa... acaner tu?
tepuk dada tanya selera
konsep aku mudah je
aku dibayar gaji untuk selesaikan kerja aku
so... buat jelah kerja tu
kalau diberi penghargaan oleh jabatan tu
aku anggap bonus la

Berbalik pada tajuk utama
hihihihi... sabor jelah ye, banyak melalut mokcik ni
Keje yang menimbun seminggu tu
semua berpunca dari SAKIT MATA
haaa... hati atak sakit ye
Abang Hadif la ni.... tak pasal-pasal satu rumah kene
(eh.... Abang Hadif lak jadi sasaran yer... walhal tu dah ketentuan ALLAH) ... hehehehe
Seminggu aku MC
seminggu aku dok umah
seminggu aku and En. Husband on and off jaga anak
hehehheee....seksa weeeyyy
rasa nak terkeluar biji mata ni
tapi Alhamdulillah
mujur anakanda berdua tu kene dua hari je
cepat pulak baiknya budak berdua tu
mak and pak dia je yang liat nau nak baik

Disebalik ujian yang menimpa kami anak beranak
Allah kurniakan kami dengan sesuatu yang cukup indah
masa kami MC tulah juga Nur Adriana Mirza mula langkah pertamanya
tanpa bantuan ibu and ayah
sebak weehhhh..... masa Abang Hadif aku tak dapat tengok moment tu
orang pertama yang jadi saksi adalah mama... yakni nenek Abang Hadif
so... sangatlah excitednya kami berdua
sebagai catatan bersejarah buat NUR ADRIANA MIRZA
pada 09/09/2014 bersamaan hari Selasa
kamu mula berjalan tanpa bantuan ibu dan ayah
pada detik inilah kamu mula berdikari
dengan izin Allah... langkah yang bertatih itu, satu hari bakal berlari
moga setiap langkah mu dilindungi dan diberkati oleh Yang Maha Pencipta
























iT's All aBout uS: Tak salah untuk si Ibu berbangga dengan kejayaan anaknya... kan?





Wednesday 17 September 2014

SAMBUT MERDEKA DI TANAH TINGGI

Menuju puncak.... haaa kununnya lah kan
sambut merdeka pun menjulang tinggi tempatnya
sambut bukan sebarang sambut tau
sambutan besar-besaran seisi keluarga
hahahhaaa
besar la sangat kaaaannn...

Actually memang dah lama plan nak bercoti-coti
bukan senang kami adik beradik nak berkumpul
yang ni ade yang itu pulak takde.... macam-macam ragam
alang-alang cuti panjang 31 Ogos hari tu
so kami pun pakat-pakat organize percutian ke Cameron Highland
sebab dah tau date tu public holiday
aku pon booked apartment dua bulan awal
Nampak nau excited nya mokcik nan sorang ni... hihihii

Kami stay kat Desa Anthurium Apartment
located in between Brinchang and Tanah Rata
tapi kalau based on kilometer... dekat lagi ke Tanah Rata la
owner apartment berapa kali mesej aku nak confirm kan booking
dahla booking dua bulan awal... pas bayar deposit terus aku senyap
seriau gamaknye En. Mukhtar owner apartment tu
hihihihi
seronok berurusan dengan En. Mukhtar ni
orangnya tak cerewet and yang penting peak time macam tu pun dia bagi rate murah lagi
aku survey gak tempat lain
mostly cecah RM300 ke RM350 satu malam
dengan En. Mukhtar kami dapat RM250 semalam
dua malam la kami tidur kesejukan.... hahahaha
but for abang Hadif... sempoi je dia
selamba je pakai seluar pendek.... kebal betul

Pandangan luar apartment.....

Ini kawasan dapur basah.. walaupun kecil tapi susunatur dia praktikal

Ini bilik tidur pertama
Bilik tidur kedua.... merangkap master bedroom
Ini bilik belakang sekali.... space masih luas
 
ruang tamu... abaikan gambar cik puan kecik tu ye


Dapur kering merangkap ruang makan. Toaster, rice cooker, pinggan mangkuk,
peti ais and even periuk belanga pon hado...
paling best bukan takat pisau ngan papan pemotong je disediakan
peeler pon ade tau... berbaloi-baloi
 

tip top rumah En. Mukhtar ni
bersih dan fasiliti yang disediakan pun complete
Next time tak payah nak bawa pinggan mangkuk or 'narita' extra
for those yang planning nak bercuti-cuti cara kami
boleh contact En Mukhtar 013-420 0522
ade 8 biji apartment dia... masyukkk

Seperti yang dirancang, malam pertama kami tiba di CH kami berBBQ
as usual, Angah Hadif la incharge untuk BBQ menu
kami tinggal ngap.... hehehe
dari marinate sampaila ke proses membakar
adik-adik laki aku yang uruskan
kata En. Husband... untung adik ipaq rajin-rajin
hehehhee... tu kredit ke hakak dia ni haaa
bab merancang and mengarah
serah je kat aku... merbeles ko
ade ayam, burger, sosej and kambing
plan nak bakar jagung tak menjadi
sebab lupa nak singgah beli...
hehehehe

On the second night... kami bersteambot lak
yang ini aku and En. Husband yang incharge
my sis Cik Win tolong prepare...and again the macho boys gak tolong setup periuk
hehehehe.... bagus-bagus
macam ni memang gumuk la hakak kamu
eh... aku tak goyang kaki tau
bab cleaning the dish semua tala ke hakak
depa surrender sebab tak tahan sejuk ayaq pili
hihihihi

mesti korang ingat kami ke CH just lepak2 and makan-makan je kan
ehhh.... idaklaaa
rugi kalau masa abis dok dalam umah je
of coz ade sesi jalan-jalan.... selfie-selfie... wefie-wefie
nak tengok aksi kami terkinja-kinja?
ok... see you guys in the next post key....








Tuesday 2 September 2014

WELL DONE 'SOUTHERIAN' DARTERS!!

Hoyeeehhhhhh!!!
Berbaloi-baloi dengan perjalanan yang berliku-liku tu
pendek kata penat di jalan terbayar sudah
Alhamdulillah... kami Darters Zon Selatan
berjaya bawa balik medal
hihihihi

Ho laaaah.. tak sempat-sempat nak bagi salam ke hape ke kaaannn....
bikin orang sakit mata je yerk... hihihihihi
excited you!!
tambah lagi koleksi medal mokcik
walaupun naib johan
hahahhaaa
darters wanita meraih naib johan
but for the guys... sauk gold medal tuuu
seronok depa
since dulu-dulu depa tak pernah dapat johan
Alhamdulillah... rezeki dari Allah

Haaa.. korang ape cer?
Ade yang nakal-nakal tak time mokcik takde?
hihihihii
Ape pon seronok pi sukan ni
sambil-sambil bersukan... dapat eratkan silaturrahim
sambil-sambil bersukan... dapat gak jenjalan cuci mato... hihihiihh

Sukan kali ni diadakan kat USM Kubang Kerian, Kelantan
hapo lai... time ni lah dapat makan nasi kerabu 'pior'... laksam yang memang mengancam
hahahhaaa... gomok mokcik balik sukan ni
ape???? buah tangan??
hehehehehe... maap lah ye
bukan menyombong atau kedekut
tapi memang tak dan nak menyoping

but don't worry ye...
mokcik ade bawa buah mata untuk korang...
hihihihi
enjoy the pic ya!!
smart kan logo dia??
 

Kasut free... baju free... makan free.... free size... hohohohoho

Jangan jeles ye... next 2 years aim johan lak!!
 

Ni laa dia team Juara tu..... jeleesssss tul.
Takpe, next time kita sama-sama jadi juara ye

Ceria gitu.... pasrah je jurulatih kami... hahahhaa
maap ye bos, jangan serik latih kami ye

Moga ukhwah yang terbina berkekalan hingga akhir hayat.....

oh ye, thanks to our manager MR. NASIR
dia tunaikan janji dia untuk botakkan kepala andai kami dapat johan
luckily the boys johan kan... hihihihi
cayalah En. Nasir!!!