Friday 20 June 2014

BUN LEMBUT OSAKA

Kredit untuk rosmarlina jintanmanis sebab sudi share resipi dan tips meroti
Actually dah banyak kali aku nak meroti
tapi cam tak confident je
takut-takut tak jadi roti
jadi batu lak kaaannn...... kusss semangat
tu yang ku pendamkan je hasrat di hati tu

Entah macam mana.... masa pergi Baagus last 2 months aku boleh terbeli tepung roti
hamik ko... dekat dua bulan tepung tu aku peram
macam entry ni gak le... hihihihi
bukan malas... tapi mengumpul kekuatan dan keazaman gitu
hari-hari lah aku belek blog cik puan Jintanmanis kita tu
manalah tau... kot-kot aura meroti dia mengalir ke jari jemari hakak kannnn

Akhirnya berkat membelek dan menyelinap ke blog Cik Jintanmanis kita tu
mokcik sorang ni pon buat pertama kalinya meroti
dalam hati dok berharap yang ini bukan kali yang terakhir lah yeee
hakak ni student yang patuh arahan
every inch of the instructions akak ikut tau
sebab tak mau roti tu bantat.... ehhhh bantat bukan untuk kek ke?
and the result was marvelous
menjadi roti hakak.... hihihihi
super gebus dek non.... wa cakap sama lu
hahahahaha
mohon izin copy n paste resepinya di sini ye rosmarlina jintanmanis





Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam

mozzarella cheese untuk tabor atas roti - saya tambah

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.


5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.






Thursday 19 June 2014

BAGAI DURIAN DENGAN MENTIMUN

Assalamualaikum w.w

Ape kabor semua?
Hopefully sihat lah ye....
almaklumlah... cuaca sekarang panas dan kering
kena banyak minum air masak
kat opis ni pun ramai yang sakit tekak
termasuklah tuan empunya blog
dah sebulan sakit tekak
batuk and selsema memang bersilih ganti la
siap amik gas lagi
lama dah tak kena batuk yang macam ni...
hmmmm.. bila mak dah kena of coz la anak-anak pun kena... kaaannn
kesian budak dua orang tu

Oh ya...
tajuk kat atas tu takde apa sangat sebenornya
just nak share simpulan or peribahasa yang CC aku sebut
actually aku nak post semalam
tapi kekangan kerja jadi penghalang..... (>__<)
eceh....... camlah aku sorang yang banyak keje kaaaaannn?
propa je semua tu... huhuhuuhuhu

BAGAI DURIAN DENGAN MENTIMUN
kata CC aku, maksudnya lebih kurang begini;
"Yang digelek pun dia.... yang kene gelek pon dia"
haaaaa...... amacam??
korang paham tak?
dalam tul bahasa CC aku ni
katanya sastera dia dapat gred 1.... hihihihihiii
boleh jadi sasterawan
takpe.... bagi yang tak berapa nak faham tu
meh mokcik jelaskan ye anak-anak :

 1.   Korang amik sebiji durian and sebatang timun
 2.   Kemudian korang golekkan durian tadi di atas timum
 3.   Perhatikan, antara dua-dua tu mana yang 'cedera'
 4.   Pastu korang amik lak sebatang timun yang baru and sebiji durian
 5.   Korang golekkan timun tu atas durian
 6.   Perhatikan antara dua-dua tu... mana satu yang 'cedera'

haaaaa.... agak-agak tau tak jawapannya
ni bukan resepi ye... hihihihi
of coz la si Timun yang cedera.....
moral of the story.....
kalau dah tau kita ni timun...
hadap jelah durian tu....
kalau dapat elak... sebaiknya elakkan
jangan dirempuh je durian tu
tak pasal-pasal je merana badan

p/s: mokcik suka makan timun ngan sambal tempoyak.....gitu (^___^)


 

Saturday 14 June 2014

MY DEAR SWEETHEART.....

 
saya tak pandai berkata-kata
ada masa saya tak sedar ape yang saya katakan
tapi ada masa saya sedar ape yang saya katakan
selalunya.... apa yang saya katakan
bukan ape yang saya ingin katakan
katakanlah.... kata-kata saya
ade yang mengguris hati
katakanlah.... kata-kata saya
ade yang melukakan hati
katakanlah.... kata-kata saya
menyentuh jauh ke lubuk hati
katakanlah.... kata-kata saya
buat airmata menitis di pipi
katakanlah... kata-kata saya
bunyinya kosong macam tak membawa erti
.
.
.
.
itu semua kerana saya tak pandai berkata-kata
tapi
hari ini
walaupun kata-kata ini
tak semanis madu
tak seindah pelangi
tak seharum kasturi
.
.
.
.
.
saya yakin
Abang pasti memahami
ape yang tersurat dan tersirat di hati
meskipun ringkas
saya tetap akan abadikan dalam blog ni (^___^)
 


'SELAMAT MENYAMBUT
HARI LAHIR YANG KE-XX ABANG '
(bajet cam artis la tak mention umur kaaaannnnn.... hihihihi)

 
 
 
 
 

Thursday 12 June 2014

BLOGGING.... UNTUK APA YE?

Orang ade blog
ko pon nak berblog juga
Masa nak buat blog
habis ko terjah semua blog
kengkunun nak cari idea
pastu ko rasa cam 'easy peasy' je....
cam celah jari je nak maintain blog... kan..kan...kannnnnn

NOW.... hamik
berdebak berdebuk ..... berhempas pulas cari idea
struggle nak curi masa
stress bila separuh page yang dikarang terpaksa di 'delete'
gara-gara suka benor merapunya

EXCUSE ME
bukan korang ye... and bukan itu orang or orang lain
but... it's ME
ME MYSELF...... hahahaharubiru tul

Serius.... aku jenis x rajin jalan
so nak story pasal jenjalan pon agak limited la bahannya
nak citer pasal foods and recipe...
memang hari-hari aku makan...
and mostly tiap hari aku masak
cuma takde effort nak amik gambar bagai
dasar MALAS kaaaannnnnn.....
hahahaharubiru....

Aku sebenarnya baru sangat pas membelek blog aku
tu yang mula sedar diri tu
bayangkan... entry untuk MEI boleh dikatakan hampir takdo
ko bayangkan....
serius.... banyak event sebenarnya pada bulan tu
so sepatutnya banyak la bahan untuk entry aku kan....
tapi yang banyak tu lah ku peram

NOW.... aku mula fikir balik
aku blogging untuk ape ye
untuk kejar entry ke atau untuk kepuasan diri sendiri?

Helloooooo.... wake up please
no need la stress2 bagai
kan tujuan asal blog ni untuk tatapan aku di masa hadapan
untuk tatapan anak-anak and 'my sweetheart'
buat atas dasar minat.... and bukan paksaan
baru semuanya smooth je
betul tak?

Hoyehhhh.... baru rasa tenang skit jiwa ni... hehehehehe










Wednesday 11 June 2014

GIVEAWAY BEADS & PEARLS JUNE 2014

Waaaaa.... cam tak caya je
mokcik sorang ni pon join GA gak
kira hari ni dalam sejarah la
since start bloging memang tak pernah lagi mokcik join GA ni
selama ni dok perati je.... huhuhuhuhu

Tapi bila baca entry Masya ......
macam menarik je GA kali ni
macam best je GA ni
macam nak try test cuba je...
hihihihihihii
mana tau tahun ni baraan keluarga
sama-sama kita melaram shawl BEADS & PEARLS
kan cik puan Masya.....




kepada geng blogger sekalian...
jom kita sama-sama support and meriahkan GA Beads & Pearls June 2014 ni.
caranya mudah je
korang klik je link kat bawah ni yer.... (^___^)

http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/2014/06/giveaway-shawls-lace-beads-pearls-june.html

Tuesday 10 June 2014

SETAHUN TELAH BERLALU

Setahun telah berlalu
memori muncul kembali......
huhuhuuhu.... tetiba terasa pedih bekas luka operate ni
haru kalau luka lama berdarah kembali.... apekah???

Lari tajuk betul.... serius kalau luka tu berdarah balik,
memang dua orang jelah anak aku jawabnya..... hihihihii

Selepas lama menyepi, muncul lak ngan cerita yang men'cuak kan bakal-bakal ibu kan??
Tak patut betul mokcik sorang ni
As usual la.... mokcik ni memang suka merepek
Sebab tu sesuai benor dia keje kat unit kewangan
maka.... berkuranglah peluang untuk dia merapu lebih banyak lagi

Actually entry ni saje je aku peram lama skit
kengkunun cam tak excited je
kengkunun macam takde perasaan je
kengkunun tak emotional
kengkunun bajet rock gitu
walhal dah menggeletis and menggedik nak posting
pasal birthday anak dara nan satu tu

Yes dear, Nur Adriana Mirza dah setahun umurnya
Exactly on 4th June last week
Sorry ye... ibu lambat wish dalam blog... tapi kat rumah dah puas peluk cium ( ^__^)
As parents, kami memang tak biasakan wat sambutan untuk birthday anak-anak
since Hadif lagi....
cuma kami akan pastikan yang moment tu bagi kenangan indah kat dia
Most of the time kami celebrate dengan adik-beradik belah aku and belah en. Suami
Biasanya adelah sebuku kek (hadoiiii.... sebuku bukan untuk roti ke?)
buat jamahan anak-anak bersama sepupu mereka....

Tapi, macam dah jadi satu kemestian buat mama....
penat macam mana pun mama akan pastikan ada pulut kuning bersama rendang
dibuat untuk disedekahkan buat jiran tetangga dan untuk santapan kami sekeluarga bagi 1st birthday cucu-cucunya
Yang senyum lebar bukanlah orang yang diraikan
tapi mak ngan paknye laaa..... lalalalalalala
Terima kasih mama untuk pulut kuning istimewa tu .....

Hujung minggu ni pula, plan nak celebrate birthday Mirza dengan kakak Dini
Dia orang share birthday pada tarikh yang sama
Mungkin akan celebrate skali ngan mereka-mereka yang lahir di bulan Jun
Ahli keluarga kami ramai yang lahir bulan jun
termasuklah ibu ngan ayah Mirza... hehehhehehe

Buat pengarang jantung ibu... Nur Adriana Mirza
Semoga menjadi anak yang solehah
Berjaya di dunia dan di akhirat
Moga Allah lindungi dan pelihara Mirza dari azab dunia dan akhirat kelak
Amiiinnnn......


'SELAMAT HARI LAHIR NUR ADRIANA MIRZA'