Wednesday 30 April 2014

FENOMENA BARU DUNIA TANPA SEMPADAN

Assalamualaikum w.w

Haaaa... tajuk entry tak menahan kan?
Hehehehehhehee.....
Fenomena ape tu ye?
jeng... jeng...jeng...... (kengkunun ade sound effect la)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
Fenomena lah sangat kaaannnn.....
Biskut je dek.... ape lah sangat fenomenanya kannnn
Tapi serius beb....
takat tengok je memang macam takde benda
tapi cer try test and cuba skali
macam sedap je.... macam beshhhh je
hmmmmmm...... memang nak lagi... lagi... dan lagi
 
 
Mula-mula masa En. Suami cakap nak beli biskut oat
ahkak wat tak reti je (eksen ko....)
apelah sangat biskut oat tu... bersepah-sepah kat pasaraya nu (nampak nau tak up to date)
sekali cik abang bawa balik and soh cuba
haduuuiiiiiiii.... JATUH CINTA kat sekut ni
siap promote kat member lagi
hehehhee...
honestly... sekut ni bukan takat sedap je
tapi mengenyangkan and tak manis sangat
sedang-sedang je rasa dia
tekstur dia crunchy.... memang leka kalau makan
 
 
takat ni ahkak tak jumpa lagi sekut ni kat kedai or pasaraya luar
kalau nak beli kene beli online dek non
sebab tu ahkak cakap fenomena baru dunia tanpa sempadan
bagi yang berminat nak dapatkan sekut ni
boleh order ngan Pn. Masya kat blog dia http://masyaamiraaimie.blogspot.com 
jangan lupe mention dapat info dari blog ahkak ye... hehehehe
 
 


Saturday 26 April 2014

GOOD DART!!

Hari yang agak tenang buat aku
amik kesempatan untuk blogwalking ke rumah kawan-kawan
daripada tak bersemangat nak mengemas and memasak
terus mencurah-curah idea dalam kepala
tapi tak tau la bila nak buat... hehehehhehe

Buat masa ni dart training dibekukan untuk sementara waktu
Yelah... kerja adalah priority bagi orang makan gaji cam kita ni
al maklumlah.... ahkak ni bukan penjawat jawatan besar pon
kiranya kategori ikan bilis je
so, kalau keje tak siap.... ahkak la yang kene bersiap-siap kaaaaannnn
ehhhhh.... tak caya ke?
sape cakap orang keje gomen takde keje
tell me... tell meeee....
meh datang tempat ahkak ni......
yang buat ade and takde keje tu kita sendiri
kalau dah bangsa suka lepas tangan and cuci tangan
memanglah mendabik dada cakap tak banyak keje
haaaa..... dah mula nak membebel lah ni

stress tau berdepan ngan bangsa jenis ni
tu pasal bila ada peluang beriadah dengan kebenaran big bos ni kami suka
rasa lega and boleh mengeratkan silaturrahim antara teman sepejabat
nama je satu bumbung
tapi kekangan keje kekadang tak bagi peluang kita gather2 ngan member

cerita pasal good dart ni actually kene consistent dalam training
tak boleh culas atau cepat putus asa
sebab game ni perlu focus yang tinggi
ingat ye... main dart ni bukan orang yang menjadi lawan kita
lawan sebenar kita adalah papan dart tu sendiri


 
tangan memainkan peranan penting masa buat balingan
korang kene make sure posisi tangan macam rajah kat atas tu
proper alignment bak kata orang kampong aku
Pastikan bahu, siku dan pergelangan tangan berada dalam kedudukan yang lurus
dan tiga point tu menghala ke arah papan dart
 
Gerakan semasa membaling adalah lebih kurang macam korang swing a hammer
Gunakan kuasa dari siku, lengan dan pergelangan tangan untuk speed
dan bahu dijadikan sebagai penyokong
Pada masa korang extand tangan untuk balingan, siku akan menaik dan create the force
yang diperlukan bagi balingan dart.
 
Cara memegang dart pun perlu diambil kira
Dart hendaklah selaras dan pointed directly pada sasaran             
Selain dari tu, imbangan badan juga penting untuk pastikan balingan korang tak goyang
                    
Jarak dan ukuran standard yang digunapakai

Berat dart juga berbeza mengikut keserasian pemain.
Setakat ni aku selesa dengan dart 23gm dan 25gm

 



Tuesday 22 April 2014

DART AND IT'S RULES

Hadaplah ye kengkawan
sepanjang minggu ni rasanya aku memang plan nak cerita pasal dart je
kalau semalam kita dah review sejarah awal permainan ni
hari ni aku nak reveal (cittt... nak nampak canggih je kaaannnnn) tentang rules dan komponen dia pulak

Dart ni dikatakan satu permainan yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan 'nasib'
Terdiri daripada papan dart itu sendiri yang bertindak sebagai target dan anak panah
 

Papan Dart


anak panah


Papan dart tersebut ditanda dengan nombor-nombor iaitu dari nombor 1 hinggalah ke nombor 20. Bukan sekadar nombor, sebaliknya ia disertai dengan rumusan tertentu yang menjadikan permainan dart ini bukan sekadar permainan baling-baling, sebaliknya ia juga mampu menajamkan fikiran dah tumpuan pemainnya.
 
 
 
Triple ring
Bagi setiap balingan yang mengenai triple ring ini, nombor berkenaan akan digandakan sebanyak 3 kali. Contoh triple ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan berganda kepada 60 mata.
 
 
Double ring
 
Seperti juga triple ring cuma balingan mata akan berganda sebanyak dua kali. Contohnya, duble ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan 40 mata
 
 
Single area
 
Jumlah mata bagi balingan pada ruangan ini adalah sebagaimana mata asal. Contohnya balingan yang mengenai mata 20 pada ruangan 'single area' adalah berjumlah 20 mata
 
 
Inner Bullseye & Outer Bullseye
 
Bagi inner bullseye, mata yang dicatatkan adalah 50 manakala outer bullseye adalah sebanyak 25 mata.
 
 
 
Istilah out of bounds pula membawa maksud balingan anda tidak mempunyai sebarang mata. Setiap pusingan, pemain hanya dibenarkan membuat 3 balingan iaitu 3 dart. Jumlah mata sasaran pula bergantung kepada jenis permainan samada single, double atau foursome. Kebiasaannya, mata sasaran bagi permainan single adalah 301, double 501 dan foursome 701 mata.
 


Monday 21 April 2014

DART AND IT'S HISTORY



Dart dikatakan bermula sejak zaman pembentukan Kerajaan Inggeris lagi
Diperkenalkan oleh tentera yang pada mulanya berasa bosan lalu saling mencabar
sesama mereka melempar tombak ke dasar tong
Permainan ini kemudiannya terus berkembang di mana mereka mula menjadikan batang pokok yang dipotong sebagai sasaran, manakala tombak digantikan dengan anak panah yang lebih pendek
Pada waktu ini juga beberapa peraturan mula dicipta dan dijadikan sebagai asas permainan
Kewujudan permainan ini berjaya mempertahankan hubungan baik diantara tentera-tentera tersebut.

 
Apabila permainan ini mula menjadi hobi universal, permainan ini diubahsuai dan diperkemaskan lagi dengan menggunakan panah yang mana larasnya ditetapkan iaitu
sepotong batang kayu yang mempunyai panjang empat inci dengan bulu pada salah satu hujung dan logam pada hujung yang lain digunakan menggantikan tombak.

Pada tahun 1898, target 'melipat kertas' telah diperkenalkan oleh Amerika dan laras yang diperbuat dari logam kemudiannya diperkenalkan oleh orang Inggeris pada tahun 1906.
Ketika inilah system nombor pada papan dart dirumuskan dan diterima pakai.

Peraturan bagi jarak melempar panah juga ditetapkan pada masa yang sama.
Walaubagaimana pun terdapat pelbagai standard telah digunakan.
Jarak untuk melempar diukur dengan cara tiga buah peti ditempatkan dari hujung ke hujung meja tempat pembuatan bir bernama 'Hoki & Sons' yang menyediakan bir bagi bekalan bahagian barat daya Inggeris.
Peti tersebut mempunyai panjang lebih kurang 3 kaki lalu menjadikan jarak garis papan dart tersebut 9 meter.

Saiz peti akhirnya dikurangkan menjadi 2 kaki dan 4 buah peti digunakan sebagai pengukur untuk jarak 8 kaki panjangnya. Ukuran ini menjadi pola standard untuk beberapa tahun.

Pada tahun 1900, permainan dart dan peraturan yang ditentukan telah diperakui dan diterima pakai pada hari ini. Begitu juga dengan saiz papan, jarak melempar dan saiz panah yang digunakan.

 

Sunday 20 April 2014

DART

sumber: Mr. Google


Entry kali ni untuk melengkapkan teaser sebelum ni
terlajak perahu boleh diundur
 
haaaa laaaahhhh........
teaser bagaikan.... hehehehhe
padahal main dart je ponnnn....
huk alooohhhhhhh......

Sebenarnya setiap 2 tahun sekali
jabatan aku memang anjurkan sukan kebangsaan
kami dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara & Zon Selatan
since dulu-dulu lagi, pejabat aku di Selangor akan join Ibu Pejabat di Kuala Lumpur
sebagai Zon Tengah...
entah macam mana, tahun ni kami bertukar ke zon Selatan yang terdiri dari cawangan Johor, Melaka, Negeri Sembilan and for the first time Selangor
tu yang makin berkobar-kobar kami training
sebab lawan di Ibu Pejabat memang dah faham benar ngan kemampuan kami
di Selangor bermain
yela... kot iye pon kami tak maulah kalah berdepan dengan pasukan lama.. kaaannn

tu yang memanjang training, persediaan untuk selection bulan lima nanti
pemain dari keempat-empat cawangan untuk semua acara sukan akan dikumpulkan
di situ, kami akan ditapis dan hanya yang berkemampuan untuk menyumbangkan kemenangan je yang akan dipilih

macam mana pon, aku sebenarnya masih berat hati nak join selection kali ni
al maklumlah... aku masih lagi bf Mirza
Mirza pon belum pernah berpisah tidur dengan ibu dia
kalau aku pergi selection kompem dua malam juga tinggalkan anak dara tu
memandangkan aku masih tak decide lagi
samada nak join game tahun ni atau tidak
aku amik langkah selamat je
training diteruskan walau apa pun keputusannya
hehehehhehe

main dart ni tak susah sebenarnya
nampak je macam rumit... tapi game ni ajar korang untuk lebih berdisiplin
bagi mereka-mereka yang dah agak berkarat system mencongak matematik tu
amat dianjurkan bermain game ni
hala tuju game ni berbeza dengan permainan lain
orang dok sibuk kejar point paling tinggi
tapi untuk dart, our aim is zero
ye... cam tak caya je kan
kejar point untuk potong point
haaaaa.... camno tu

takpe... next entry kita sembang detail skit pasal dart ni ye



Saturday 19 April 2014

RENDANG IKAN TONGKOL DENGAN PUCUK UBI

Pelik ke?
Tak laaaa.... pelik bagi yang pertama kali dengar
Tapi ce korang gugel skit.... konfem korang jumpa banyak version rendang ikan tongkol ni
Instead merendang ayam or daging, why not korang try wat rendang ikan pulak
hihihiihihihiii... jangan susah hati
tak hancur nye ikan tu.

For this kind of cooking... of course la kene guna ikan tongkol kayu
itu nama yang aku and my mom panggil la
aku tak tau korang panggil ape ngan ikan tu
bagi sesapa yang tak berapa arif ngan ikan tongkol ni...
actually depa ni ade jenis-jenis gak
kalau ikan tongkol yang wat gulai makan ngan nasi dagang tu aku panggil tongkol kayu
and yang sejenis lagi.... ikan tongkol hitam
ikan tongkol hitam ni isinya seakan-akan ikan tenggiri
kalau jenis yang hitam ni aku prefer buat goreng sambal je

Mudah je nak buat rendang ikan ni
korang lebur je.....
tak yah nak menumis bagai
ini resepi warisan my mom
yelah... lain orang lain cara memasaknya

another thing yang buat rendang ni special skit ialah pucuk ubi
ye.... aku memang jenis suka masak satu dish tapi variety isi kandungannya
hehehheheeee.....
ibu bekerja memang nak hidangan yang lengkap, nutritious, sedap and cepat dimasak 
so...no more membebel
tak larat member nak baca panjang-panjang... kaannnn.... hikhihkihik
jom try dish ni... kompem korang suka


RENDANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

Ikan tongkol
Pucuk ubi
Santan pekat secukupnya
Serai - dititik
Daun kunyit (nak simpul boleh, nak siat2 boleh, nak hiris pon boleh)
Daun limau purut
asam keeping - sekeping je ye...
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Cili padi - ikut tahap kepedasan yang korang suka
Halia
Lengkuas

(maaf.. aku memang tak reti nak bagi sukatan sebab biasa masak main agak-agak je...)


Cara Memasak:

1. Kisar semua rempah tadi. Masukkan ke dalam kuali bersama serai, daun kunyit, daun
    limau purut dan pucuk ubi.

2. Hidupkan api dan biar masak seketika atau sehingga pucuk ubi tadi kelihatan layu.
    Bila pucuk ubi tadi dah lembut/ empuk, masukkan santan dan asam keeping.

3. Biar menggelegak. Bila santan dah menggelegak, korang masukkan ikan tongkol
    tadi.

4. Bila santan atau kuah dah mula memekat, korang masukkan garam. Adjust ikut rasa ye.
    Jangan sampai termasin lak.... hehehehe. Biar rendang ni merenih sampai pecah minyak
    (make sure pucuk ubinya lembut ye....)

5. Kalau suka kering, korang boleh masak terus dengan api yang kecil. Kalau aku, aku suka
    rendang ni sedang-sedang je keringnya. Boleh serve ngan nasi putih panas-panas...

Selamat mencuba ye.




Friday 18 April 2014

ANAK DARA TAKE OVER IBU

Orang kata..... (orang yang kata tau, bukan aku kata) ade anak dara ni untung.
Yelah, ade yang boleh tolong-tolong kat umah
Ade yang boleh teman kat dapur
Ade yang boleh teman ke pasar
Ade yang boleh teman window shopping
Ade yang boleh teman ke SPA
Pendekkan cerita, jadi best friend ibu dia la

Yeke???
Hmmm.... yelah kot
Aku ngan mama.... ok je
ke dapur sama-sama
lipat kain baju sama-sama
masak sama-sama
ermmmm sembang sama-sama (sembang ke ngumpat??? hihihihihi)

.........so betullah kot

Aku pun ade anak dara juga


anak dara aku kecik lagi..... belum boleh dipinang orang.... hahahahaha
tapi dalam kecik-kecik dia tu dah nampak potensinya
sangat rapat dengan ibu
sangat 'kamcing' dengan ibu
kalau ko biarkan dia melekat ngan ibu dia ni..... memang bahagia la hidup dia
sampaikan aku berdiri pun dia sempat lagi berpaut kat kaki aku.....

........so betullah kot


 

Anak dara aku yang baru belajar berdiri ni pon
dah mula menampakkan kredibiliti dia dalam membantu ibu di rumah....
Aku lipat kain baju.... dia bongkar kain baju
Aku susun kain baju..... dia teraburkan kain baju
Aku masak kat dapur.... masak dia nangis dalam walker
Aku bersihkan bilik air... dia bersihkan lantai depan pintu bilik air ngan baju dia
(pakej ngan air mata berjurai-jurai)

........so betullah kot

Baru-baru ni kebetulan Mirza tidur,
aku ambil kesempatan spend masa lebih skit ngan abang Hadif
sambil suap abang Hadif makan
aku slow-slow tarbiah kan si abang (bahasa aku memang bombastic skit ye)
al-maklumlah, lately si abang ni agak keras skit jiwanya, protest barangkali
sambil sembang-sembang manja gitu... si abang pon cakap kat ibunya

'sedap ibu masak...'
aku senyum sampai telinga
memang bersungguh dia makan

'dah lama ibu tak suap abang'......
terdiam aku beb...
kesiannya abang hadif

'ibu asyik suap mirza je... abang ibu tak suap pon'

'abang kan dah besar, dah nak school..... abang anak hebatkan?
 kene la blaja suap sendiri'
pujuk aku (sentap beb ibu dia ni..)

'ibu tak payah la work....'
aku diam lagi

tragis kan?
inilah yang berlaku bila anak dara take over ibu dia
si abang mula rasa macam di abaikan
tu pasal dia asyik buat perangai
hmmmmmm......
lagu mana nak buat
anak dara kecik tu kene bagi full attention sebab sedang ligat
yang abang pon kene bagi perhatian gak.... takut merajuk bawa diri
waktu-waktu macam nilah kita kene bijak melayan kerenah anak
silap teknik.... boleh huru hara kita dibuatnya
moga ibu diberi kekuatan, kesabaran dan ilmu untuk mendidik kamu berdua...





it's all about us:
Ibu ingatkan abang Hadif tak kisah sangat ngan ibu sebab selalu berkepit ngan ayah je, rupanya jauh disudut hati.....ibu ni best friend abang juga ye......
 love both of you









Thursday 17 April 2014

KARPAL SINGH PERGI UNTUK SELAMANYA

 


Berita sedih buat dunia politik Malaysia. Akhirnya, dikala umur beliau memasuki 74 tahun,
beliau telah disahkan mati di dalam satu kemalangan jalan raya di KM306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung pada jam 12.40 pagi tadi. Moga keluarga mendiang diberi kekuatan untuk menerima pemergian beliau itu.
 
Meskipun banyak statement beliau yang mengguris dan mencabar umat Islam di Malaysia khususnya, namun pemergian beliau ini pasti menjadi satu kehilangan besar dalam politik tanah air
 
Terkenal dengan sikap yang berani dan lantang bersuara.... beliau merupakan seorang peguam yang berpengalaman dan bermula sebagai wakil rakyat Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Lebih 20 tahun beliau memegang kerusi tersebut sehinggalah beliau kalah pada tahun 1999.
 
Tokoh politik yang terkenal dengan jolokan Harimau Jelutong ini meninggalkan seorang balu, 5 orang anak dan empat orang cucu.

Wednesday 16 April 2014

BILA TIBA CUTI SEKOLAH

Pejam celik... pejam celik
dah suku tahun berlalu
tak lama lagi musim cuti sekolah pun tiba
time tulah juga musim kenduri-kendara....
berkhatan la... bernikah laa..... nak bercuti-cuti ngan family pon time ni jugalah
seronok.... yelah semua dapat kumpul ramai-ramai
balik kampong pon meriah je
anak-anak la yang paling sakan seronoknya
masa ni la nak berjumpa dengan sepupu sepapat mereka
yang emak-emak pon time ni la paling meriah
buat kuih sesame... masak sesame... wat ketupat sesame....
.
.
.
.
eeeeehhhh ape da ketupat??
jauh lagi nak raya... posa pon ade yang tak abis ganti lagi
hikhikhikihikkkk....

jangan konpius ye kengkawan
'ketupat' tu tak boleh makan.... tapi nikmatnya mengalahkan KFC
hahahhahahaaa.....
betul pe... kalau tak, masakan ade aje bahan nak digosipkan
Si Anu pakai tudung macam tudung saji la
Si Anu laki dia tak balik-balik la (laki orang bailk tak balik pon ko tau bedah???)
Si Anu gelang emasnya sampai ke siku la..... haaaa ko hado?
ni la antara contoh-contoh skrip sesi anyam ketupat tu
tak faham lagi???......... hahahaha... spesis lurus cam tiang la kamu ni
'anyam ketupat' tu sama erti dengan mengumpat....

choiiiiiiii
bukan 'akak' ye
definitely bukan aktiviti feveret 'akak'
I prefer eating than talking
I prefer sleeping than talking
I prefer typing than talking
huhuhuhuhuhu...... that's why I love blogging
Nampak macam aku ni talkative kan?
yelah.... bila menaip pon cam tak reti nak stop
tapi aku tak gitu orangnya
sangat sweet and pemalu gitu...... uhuuuuukkkkkkkk

see.... banyak tul persimpangan yang aku menyinggah tiap kali nak ke satu-satu tujuan
itu pasal la kalau aku jawab exam banyak guna kertas
bajet cam hebat and bijak je kan?
walhal banyak merapu.... hohohhoooo

aku nak kongsi gambo kemeriahan aktiviti tatkala berkumpul bersama di kampong
tapi yang tersurat lagi panjang dari yang tersirat...
ehhhh... ke yang tersirat lagi panjang dari tersurat??
hmmmmm.... layankan je lah ye.








haaaa.... ini antara aktiviti kami bila balik ke kampung En. Suami
suasana kampong memang berbeza la kalau kami balik ke rumah mama
kalau tiba turn balik rumah mama
kami banyak abiskan masa kat luar
maklumlah... dok pekan takde laman luas camni
untung kawen ngan orang ade kampong... hiihihihihii
tang aktiviti berkampung di pekan... next entry aku story ye


Monday 14 April 2014

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR....

Menangis ko baca tajuk entry aku hari ni.
Dah la lama menyepi...
Sekali muncul bawa perahu..... kahkahkah
Betul ke perahu boleh main undur-undur gitu je?
Cam susah je.... cam rumit je..... cam leceh jeee......kaaannnn

Tapi tu istilah je.
Yelah walau sesukar mana pon masih lagi boleh diundurkan
tak kira la ape cara sekali pon
tapi kalau manusia terlajak kata atau perbuatan... haaaa cano tu
tak dapek la den nak nolong yo..

eh... 'akak' tak memaksudkan sesapa pon dalam entry kali ni
entry kali teaser je sebonar eh....
yang terlajak tu.. 'akak' la orang eh
terlajak baling.... mau tembus kepalo dek....
huhuhuhuuuuu

inilah punca kenapa aku lama menyepi
antara kemaruk, ketagih and nafsu yang membuak2
choiiiiii.... ko jangan laser ye
bukan benda-benda tak baik yang aku dok sorong ke hulu ke hilir ni
.
.
.
.
.
.
krik....krikkkkk.......

.
.
.
.
.

iye... aku tak nipunya
benda ni pon aku tak jual
aku wat main je... aku wat baling-baling je
main ngan kengkawan opis gitu
..... issshhhh
idaklah membahayakan dan merosakkan
percayalah.... ko try main skali
kompem ketagih and kemaruk nak main lagi
siyesss.... sangat mengujakan...... pffftttttttt

tak mau story banyak
nama pon teaser je
untuk entry sepenuhnya... korang sabarlah menanti ye
sebelum aku blah....(gi main baling-baling... hihihi) aku titipkan kat korang sekeping gambo
sebagai pelengkap teaser aku (cittttt.... blog cenonet pon main teaser-teaser bagai...)

terlajak perahu boleh ku undur... terlajak baling, sendiri mau ingat.... hhihihiihihiii
 
amacam.... ade berani mau join?
 
 
 
 





Monday 7 April 2014

RUTIN KAMI DIHUJUNG MINGGU

Dalam sebulan ada lebih kurang 4 atau 5 minggu kan?
Setiap hujung minggu tu mesti ada macam-macam benda yang nak dibuat
Especially bagi kaum ibu yang berkerjaya ...... (bagi yang kena masuk opis)
yang berkerjaya di rumah tu, tahniah aku ucapkan.... seronok tengok waktu kerja orang yang bekerja sendiri ni.... 3 kerja jalan serentak 
KERJA RUMAH + KERJA 'CARI MAKAN' + KERJA DIDIK/ JAGA ANAK

Aku nak buat cenggitu.... tah bila la mampunya.
Aku ni tak cukup berani lagi nak main-main ngan risiko ni... so makan gaji jelah ngan gomen..... huhuhuhuu

Berbalik pada tajuk entry aku kat atas nu.....
errmmmmm...... krik....krikkkk.....krikkkkkkk
alamak, hilang pulak idea aku... banyak benor menyimpang, tu yang menyasau tu
adehhhhh

Haaaa..... rutin ujung minggu aku sekeluarga boleh dikatakan sama je tiap bulan
laaaa..... dah namanya rutin, of coz la berulang kaaannn
Tapi rutin kami ni agak memenatkan mental and fizikal especially bagi 'akak' yang jenis bukan kaki jalan ni
I prefer dok umah dari merayap merata-rata...... cam busut kata adik I
Yelah.... 5 hari bekerja and dikerjakan..... hujung minggu tulah masanya I nak manja-manjakan diri ngan keluarga kecil I tu.....
cam gediks je bunyinya kan??
Tapi takpe, biarpon 'akak' rasa penat tapi yang penting family 'akak' hepi (ayat tak hengat)

Dalam sebulan, ade 2 minggu (paling kurang) kami sekeluarga akan spend di rumah mama and mertuaku. Yang ini wajib and dibuat mengikut giliran secara berselang-seli dengan aktiviti keluarga kecil aku.

Contohnya, kalau hujung minggu ni balik rumah mertua, minggu depannya kami dirumah kami sendiri. Minggu yang seterusnya pulak balik ke rumah mama and minggu yang berikutnya di rumah sendiri.

Taaaapppiiiiiiiiii.......... bagi minggu yang di rumah sendiri tu bukan mandatory tau. Andai kata ada jemputan kawen ke, kami keluar rumah juga. Andai kata ada urusan keluarga ke, kami balik juga ke rumah mama atau mertua (mana yang berkenaan). Tu tak masuk kira lagi aktiviti-aktiviti anak-anak. Haaaaaruuussss semput aku dibuatnya. Bila pulak masa untuk aku selesaikan urusan-urusan aku? Sebab tu aku rasa jeles ngan ibu-ibu yang bekerja dengan waktu yang bebas.

Taaapppiiiiiii..... Alhamdulillah, setakat ni aku masih mampu lagi bertahan dengan bantuan dan dorongan suami and keluarga tercinta. Mujur keluarga aku and keluarga mertua masing-masing sangat understanding. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan buat kami sekeluarga.....amiiiinnnnnn.

oh ya, ape pulak rutin korang dihujung minggu? Takde G.A ye kengkawan... sekadar berkongsi cerita.