Wednesday 18 February 2015

BILA DIA MULA SEKOLAH

Sebenarnya post ni dah banyak kali aku pinda
tang tajuknya lah.. tang isi kandungannya lah
pendek kata semua serba tak kena
entah kenapa pun aku tak tau...
mood belum mari kot... hihihihi

Tapi bila aku fikirkan semula...
kalau tak sekarang, entah tahun bila baru aku nak post
macam rugi lak kalau aku tak kongsi moment ni kat blog
bukan nak canang kat orang sekampung bagai
tapi lebih kepada buah tangan for my 'pengarang jantung'
at least, kalau satu hari ibunya ni dah tiada
ade something yang dia boleh rujuk untuk future life dia

Ermmm... 2015 adalah tahun pertama bermulanya sesi persekolahan Abang Hadif
after looking for a few options
ayah and ibu decide untuk hantar Abang Hadif ke Tadika Tazkiroh
nama tak lah se'gah' lain-lain tadika cam Little Caliph, Smart Reader and lain-lain
tapi kami pilih sebab tadika ni because of its own history and achievements

Bab memilih sekolah pun bukan perkara yang mudah
Selain dari subjek, tenaga pengajar, kemudahan dan reputasi sekolah itu sendiri
kedudukan sekolah pun kena diambil kira di samping kemampuan 'poket' ibu bapa
maksud kemampuan tu, bukan lah bererti aku ni berkira
tapi bagi aku, apa yang abang dapat, adik perlu juga dapat hak yang sama
sebab aku tak mahu ada istilah pilih kasih
jadi kami suami isteri sepakat membuat keputusan bahawa ini yang terbaik
untuk anak-anak kami... cewaaahhhh

Hampir 2 bulan bersekolah... Alhamdulillah
banyak perubahan yang positif pada Abang Hadif
sudah semakin kurang agresif especially masa bermain dengan kawan-kawan
which sangat merisaukan hati ibunya di ofis
yelah, Abang Hadif ni kalau main memang bersungguh-sungguh
takut-takut ter'over' nanti, ada pulak yang meraung
setiap hari berbuih la mulut si Ibu ni berpesan
jangan main lawan-lawan... behave kat school, dengar cakap cikgu ... bla..blaa...blaa
phuuuuhhhhh, berpeluh gaklah nak menyudahkan ayat-ayat tu setiap pagi

Abang Hadif juga dah semakin tekun and sabar
dia dah mula kenal erti 'responsibility'
maklumbalas cikgu pun positif
kata cikgu, Hadif matured compared to his age
kurang kebergantungan pada cikgu
even baju di Day Care pun Abang Hadif simpan sendiri lepas mandi
berbaloi juga ibu pesan panjang lebar setiap pagi

setiap hari, on the way balik ke rumah dia akan report aktiviti dia sepanjang hari
but... there's always some 'krik...krik..' situation in each report
for example:

Situasi 1:
Ibu:      Abang Hadif breakfast makan apa? Lunch makan apa? Petang makan ke tak?
Hadif:  Pada suatu hari, Abang makan.....
Ibu:      ....... ok, fine

Situasi 2:
Ibu:     Abang belajar apa hari ni?
Hadif: Kejap ye... Abang fikir. Ermmm otak abang ni tak boleh fikir la ibu. Dia tido.
Ibu:    ...... hmmmm

Situasi 3:
Ibu sedang cuba membetulkan bacaan surah-surah pendek yang Abang Hadif hafal. Instead of membetulkan bacaannya, bacaan ibu pulak yang dibetulkan. Eh.... kata dia:-

Hadif:  Ibu, cikgu cakap kalau ayah ngan ibu kita tak pandai, kita boleh ajar.

......... hadoiiii laaaa anak.

Walau apa pun, doa ibu dan ayah moga Abang Hadif jadi anak yang soleh
biar tak bergelar doctor, lawyer, pilot dan sebagainya
yang paling penting jadi orang yang berguna
pada agama, pada ibu bapa, keluarga dan masyarakat
jadi anak yang berakhlak mulia, hormat orang tua, jujur dan amanah
laksanakan perintah Allah, jauhi yang dilarang dan ditegah
Insyaallah... selagi mampu dan terdaya,
ayah dan ibu akan sediakan bekalan yang secukupnya buat Abang Hadif dan Mirza
mengharungi hidup di hari kemudian
bukan harta benda tapi ilmu untuk santapan rohani dan jasmani
Insyaallah......



 


Special post from Abang Hadif 'n' friends



No comments:

Post a Comment