Tuesday 31 December 2013

IBU SAYANG KAMU

Marah tanda sayang? Setuju atau tidak? Let see... urrmmm, yes. Kamu yang angguk-anguk tadi, please explain why you agree with this statement. (macam iye je kan.... hehehehe)
 
Ceritanya begini. Satu masa dulu kunun aku pernah rasa macam terbuang dan kurang kasih sayang gara-gara sering dimarah atau dikongkong. At that time memang aku tak agree dengan statement tu. Marah tu marah lah.... sayang tu sayangla. Mane buleh marah tu disama ertikan dengan sayang. Nonsense!! (hamboiiiiii... siap tanda seru lagi). Jiwa dok memberontak tapi jenis tak pandai nak zahirkan... hihihihi. Mujur aku bukan jenis yang keras hati sangat orangnya tapi susah nak lupa especially kalau benda-benda tu menyakitkan hati. Apa yang aku mampu buat masa tu menangis jelah sebab terlalu frust ngan kehidupan yang ada (itu pon nangis curi-curi... hahahhaa). Aku lupa yang pada masa aku merasakan diri aku serba kekurangan sebenarnya aku telah dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat dariNYA.
 
Kini, bila aku menginjak dewasa (hahhahaa... apekah???) aku semakin memahami apa yang diperkatakan oleh mama. Especially sejak ada anak ni. Kalau dulu mama tegur dan marah aku bila aku melompat macam lupa diri yang awak tu pompuan , hari ini juga aku yang bergelar ibu telah memarahi Hadif atas kesalahan yang sama. Kalau dulu mama marah bila aku buat sepah dan tak reti kemas, hari ini aku juga memarahi Hadif atas kesalahan yang sama. Jika dulu mama marah-marah bila aku dan adik-adik makan sambil bermain atau tengok tv, hari ini juga Hadif dimarahi atas kesalahan yang serupa. Pendek kata apa saja teguran yang pernah ku terima dari mama satu ketika dulu, Hadif juga terima nasib yang sama.

  
 
 
Kesian Hadif... ibu bukan marah, ibu sayang kamu. Sebab sayang lah ibu marah. Kalau tak sayang ibu dah biarkan je kamu buat ini buat itu. Percayalah, tiap kali ibu tegur atau marah and denda kamu, detik itu juga ibu menangis dalam hati. Setiap kata-kata yang lahir dari mulut ibu sangat ibu kesalkan. Kalau boleh ibu nak peluk Hadif erat-erat and nekad takkan marah-marah lagi. Tapi ibu tak boleh buat macam tu. Sebab, ibu tak boleh abaikan kamu. Ibu marah sebab ibu mahu Hadif belajar bertanggungjawab, berdisiplin, berakhlak mulia, dan jadi anak yang baik. Ibu mahu kamu belajar berdikari dalam meneruskan kelansungan hidup kelak. Ibu mahu Hadif jadi seorang muslim yang berbakti di bumi Allah. Besar harapan ibu pada kamu, walaupun kamu masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Tapi percayalah... ibu sayang kamu.
 
Berat tanggungan hati ni, seberat ini jugalah beratnya tanggungan hati mama dulu. Kasih tak terzahirkan, sayang tak terucapkan. Bukan semua orang boleh faham, and Hadif pun mungkin belum boleh nak faham. Tapi percayalah ibu sayang kamu.
 
Mama sayang kamu......yang terukir di hati mama hanya dapat ku fahami selepas aku bergelar ibu. Ku mohon pengampunan dari mu dan doakan anak mu ini agar terus teguh berdiri untuk mendidik dan menyayangi cucu-cucu mu kelak. Terima kasih mama.

 
 
 Buat Hadif teruna ibu yang tersayang, buat Mirza yang masih belum mengerti sebait pun kata-kata ibu.... IBU SAYANG KAMU (huwaaaaa..... nak nagis dah ni)
 
   
 
 

Monday 30 December 2013

MEE MAGIE DI KALA BUMI SHAH ALAM DIBASAHI HUJAN

Hahahahaha.... macam nak tergelak pun ada bila baca tajuk post ni. Tak ada apa yang istimewa pun. Berbekalkan 4 bungkus megi kari dan 4 butir telur ayam, kami yang tinggal di pejabat meneruskan hari yang sunyi dan dingin ini (macam gua dah kat opis ni..... semua pakat cuti).
 
Tanpa sebarang resepi, dengan tulang 4 kerat kami rebus je megi tu dalam rice cooker. Hasilnya........ sluuuuuuuuuuuuuuurrrrrrrrrrrpppppppp!!!!
 
Biarlah hujan turun lebat sekalipun, yang penting perut sudah kenyang. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini.
 


 

BREAD PUDDING



Actually, pemilik blog ni bukanlah peminat kepada pudding roti and kuih-muih yang seangkatan dengannya especially yang agak lembik-lembik gitu... hahahahhaa. Tapi lepas memberanikan diri, dengan azam dan tekad yang waja (walllahhh... beriya benor bunyinya) akhirnya roti yang hampir tamat riwayatnya itu ku pudingkan juga.
 
Hasilnya........ marbeles, delicious, scrumptious and sampai berebut-rebut la My Other Half and The Teruna pujaan hati tu menghabiskan the last bites. Yang bestnya resepi ni, pudingnya gebu and cair dimulut. Manisnya pun sedang-sedang je. Nak pula disejukkan dulu dalam peti sejuk sebelum dihidang..... (mak aihhhh, kecur dah ni).
 
Credits to blogger kak hana yang rajin share resipi best-best. Resipi ni pun rasanya dah ramai blogger yang buat, so asal keturunannya tak dapat nak dipastikan. Mohon dihalalkan berkongsi resipinya (ampun ye.. sedikit menderhaka di situ)
 
Mohon izin share disini ye kak hana:


Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus  
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon (saya tak letak sebab takde stok)
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
  • 3 sudu besar coklat cip (saya tambah)

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara

1.   Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.

2.   Masukkan separuh kismis, coklat cip dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis dan coklat cip diatas adunan.

3.   Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

4.   Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

5.   Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.


The Teruna siap request suruh buat lagi, "Ibu beli roti lagi ye, Hadif nak kek macam ni lagi"
Hahahaha... nak pecah perut tergelak, bukan kek la sayang. Puding roti namanya. Aku rasa sedap juga kalau serve dengan vanilla ice cream as a substitute to the custard sauce.... (ohhhh my, derhaka lagi). You guys out there should try this recipe sebab stepnya sangat mudah and hasilnya sangat membanggakan diri sendiri.... hehehehe


Note: Gambar tak sempat snap, yang tinggal hanya bayangan dan kenangan je...huhuhu


Friday 27 December 2013

DILEMA IBU BEKERJA

Pagi-pagi, belum pun masuk ke pejabat handphone dah berbunyi. Siapa pulak yang mesej awal-awal pagi ni. Rupa-rupanya pengasuh anak yang mesej. Si Ibu mula menggelabah. Mesej dari pengasuh anak membuatkan kepalanya berserabut.
 
"Akak dah pening nak jaga budak-budak. Orang berkira, akak pun dah fed up. Nak jaga budak bukan senang. Tapi orang tak faham," macam tulah lebih kurang bunyi mesej cik pengasuh. Semuanya berpunca dari salah sorang parent di tempat pengasuh minta kurangkan bayaran. Cik pengasuh nie kira dah ambil murah, yang parent tu pulak mohon half price sebab anaknya dah start sekolah tadika tahun depan. So pengasuh akan start jaga dalam pukul 1.00 tengahari hingga maknya balik dalam pukul 6 petang. Kalau minta kurang pun, kompromilah cara yang betul. Kita bekerja nak bantu keluarga, cik pengasuh pun kerja nak bantu keluarga,  kena sama-sama faham (hmmmmm..........)
 
Puasla si Ibu yang sorang ni memujuk cik pengasuh agar jangan berhenti jaga budak-budak ni. Zaman sekarang bukan senang nak cari orang macam cik pengasuh kami ni. Hantar awal ke, ambil lewat ke dia tak kisah. Anak pun dijaga dengan baik, rumahnya pun bersih. Kalau pun dia rekemen member dia nak jaga budak-budak ni nanti pun tak tentu lagi boleh jaga sebaik dia. Lagipun, si kecil masih lagi breastfeeding. Mujur cik pengasuh kami pandai kendalikan susu yang dipam si Ibu. Pengasuh lain tak tentu lagi nak buat macam dia. Aduiiiii.....
 
Baru-baru ni di ofis, ada rakan sepejabat mengadu anaknya yang masih belum setahun di cubit sampai lebam dan kakaknya pula pernah satu masa dibadannya ada kesan gigitan. Fobia betul si Ibu mendengarnya. Makin bertambah susah hati si Ibu. 
 
Ya Allah, Kau lembutkan lah hati cik pengasuh kami ni. Lapangkanlah dadanya dan permudahkanlah urusannya... amiiiinnnnnnn.
 
 
 
 
 
 

Thursday 26 December 2013

BUAH PELAGA , CARDAMOM




    
 
 
  
(Sumber: Mr. Google)
 
 

Nama Tempatan: Buah Pelaga
Nama Saintifik: Elettaria Cardamomum/ Amomum Cardamomum
Nama Lain: Cardamom, green cardamom, true cardamom, kapulaga, chhoti elachi,
ts’ao-k ou, elam, grawahn, black cardamom dan kravan
Famili: Zingiberaceae


Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari hutan barat Ghats di selatan India, di mana ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Ia sering digunakan sebagai perisa dalam masakan.
 
Masyarakat India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu dan hampir di keseluruhan kepulauan nusantara. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis. Di Timur Tengah, buah pelaga digunakan dalam minuman teh.
 
Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.
 
Jika durian dikenali sebagai Raja Buah, buah pelaga juga tak kurang hebatnya. Digelar  sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ kerana ia adalah di antara rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat pelbagai pengganti yang lebih rendah kualitinya daripada buah pelaga, seperti buah pelaga Siam, buah pelaga Nepal, buah pelaga Jawa (kumpulan amomum cardamomum) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya spesies Elettaria cardamomum yang dikatakan sebagai buah pelaga sebenar. Di India buah pelaga dikenali dengan 2 nama utama: Buah pelaga  Malabar dan buah pelaga Mysore.
 
Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.

 
KHASIAT BUAH PELAGA

Biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Biji buah pelaga juga amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut. Selain itu, ia dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan.

Kegunaan lain ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas..

Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

UNTUK MENGATASI LENGUH-LENGUH BADAN

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obesiti.

Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen, zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah.
 
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.
 
(Sumber rujukan: Pelbagai)
 
 
 
 

KULIT KAYU MANIS, CINNAMON

 

Nama Tempatan: kayu manis
Nama Saintifik: cinnamomum zeylanicum
Nama Lain: cinnamon, ceylon cinnamon, gui, gui zhi(china), cassia , sweet wood
Famili: lauraceae
 
 
Kulit kayu manis atau lebih dikenal dengan nama kayu manis (Cinnamomum verum, sin. C. zeylanicum) ialah sejenis pohon penghasil rempah. Termasuk ke dalam jenis rempah-rempah yang amat beraroma, manis, dan pedas. Kebanyakan orang menggunakan bahan ini di dalam masakan atau minuman samada sebagai penambah perasa ataupun wangian.
 
Ia merupakan salah satu rempah ratus tertua yang digunakan manusia. Bahan ini digunakan di Mesir Kuno sekitar 5000 tahun yang lalu, dan disebutkan beberapa kali di dalam kitab-kitab perjanjian lama.
 
Pokoknya biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok  teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan.

Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi. Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu.Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.

 
 
Beberapa spesies kayu manis yang dijual dipasaran diantaranya ;
          Cinnamomum verum'(True cinnamon, Sri Lanka cinnamon atau Ceylon cinnamon).
   C. burmannii (korintje, kasiavera, atau Indonesian cinnamon).
   C. loureiroi (Saigon cinnamon atau Vietnamese cinnamon).
   C. aromaticum (Cassia atau Chinese cinnamon).
Kulit manis Ceylon yang dihasilkan melalui kulit bahagian dalam yang lebih nipis, memiliki lebih kesegaran,kurang padat, lebih beraroma, dan mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding Kasiavera. Kasiavera pula mempunyai rasa yang lebih kuat (lebih pedas) daripada kulit manis Sri Langka dan umumnya berwarna merah kecoklatan, sederhana ringan, keras dan bertekstur kayu, serta lebih tebal (2–3 mm (0.079–0.12 inch) dan menggunakan seluruh lapisan kulitnya.
 
 
Khasiat kayu manis
 
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar ataupun diproses menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit. Ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
 

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia  juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
 
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes. Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.

Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.
 
Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.

Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.
 
Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya. Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.

 (Sumber: Pelbagai)

Succulent Plant

Mini Succulent Jungle!
 
 

Awesome right? Kenapa lah tak pernah terfikir nak buat macam ni walhal kat rumah my mother- in-law tu punyalah banyak succulent plant ni.
 
Before this masa my other half bagi tau dia nak buat mini garden untuk koleksi kaktus dia, dalam hati ni dok berkata-kata, habislah satu laman penuh dengan tumbuhan berduri ni. Rasa macam tak berseni je laman penuh ngan kaktus. Nak buat mini garden pun tak terbayang layout nya kat kepala. Ape yang tergambar, padang pasir and gurun sahara je... (hahahaha... gurun sahara ye??)
 
Actually ini lah projek terbaru yang bakal dibuat untuk cuti akan datang (entah bila la nak cuti nya tu...) and dah pun dapat approval from my other half.
 
Dalam pada dia dah approve tu sempat gak la dia kabor, "Nanti amik pokok kat umah mak ye," (maknanya tak boleh usiklah koleksi kat umah tu... huhuhuhu)
 
 
Pada yang tertanya-tanya ape dia succulent plant tu, ni dia info yang dipetik dari makcik Wiki;
 
In botany, succulent plants, also known as succulents or sometimes fat plants, are plants having some parts that are more than normally thickened and fleshy, usually to retain water in arid climates or soil conditions. Succulent plants may store water in various structures, such as leaves and stems. Some definitions also include roots, so that that survive unfavourable periods by dying back to underground storage organs may be regarded as succulents. In horticultural use, the term "succulent" is often used in a way which excludes plants that botanists would regard as succulents, such as cacti. Succulents are grown as ornamental plants because of their striking and unusual appearance."
 
 
Ha, tu dia. Tumbuhan jenis kaktus adalah succulent tapi tak semua succulent adalah tumbuhan jenis kaktus (oh my... kepala ada sedikit fenin.... hahahaha). Maksudnya semua jenis kaktus adalah tergolong dalam kumpulan tumbuhan succulent. Walaubagaimanapun tidak semua tumbuhan succulent tergolong dari jenis kaktus. Sebagai contoh, pokok Asparagaceae: Beaucarnea recurvate,  juga dikelaskan sebagai tumbuhan succulent jenis batang (stem succulent)
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 


Tuesday 24 December 2013

THE CREEPIEST KITCHEN

Baru je selesai baca buku yang dipinjam dari member adik (baca lompat-lompat je) and tertarik dengan tajuk ni, "The Creepiest Kitchen" (al-maklumlah, orang tu sedang addicted to kitchen deco.. huhuhu)

Ceritanya pendek je, so sambil-sambil tu wat la searching kat mr.google and ni la story yang ade dalam buku tu. Kalau nak citer yang lebih detail, klik House of Faces

'Thirty-three years ago, in a house in Bélmez de la Moraleda, Spain, a lady called Maria Gomez claimed she saw a face in the floor of her kitchen. Surprised, she chipped away at the floor to get rid of it and as she did even more faces appeared.

Scientists tried to prove that Maria Gomez must have either been mistaken or that she had painted these faces on the floor herself. The kitchen was closed for three moths while they did some tests on the floor, but nothing was discovered and the faces remained. They then dug a trench in the kitchen and discovered bones from a 13th century graveyard. The odd thing was, that althought they found the skeletons of bodies buried there long ago, none of them had a head.' (Source:The World's Best Book, publish by Buster Books)

Ini lah sebahagian imej yang berjaya di Google berkaitan dengan rumah berkenaan,







(Sumber: Mr. Google)


Saturday 21 December 2013

RUMAH OH RUMAH

Cuaca hari ni agak sayu je sampai mata pun sayup2 gak nak tunggu lelap.
Elok lak lepas pekena talapia goreng garing cicah air asam bertemankan ulam timun... simple tapi dah cukup wat kecur ayaq liur (mabeelessssss!!!)

Actually aku baru saja selesai menemankan Cik Win (my one n only sister) booking rumah kat Jalan Kebun Baru, Klang. Projek ni bawah pemaju Upaya Park Development Sdn Bhd. Modus operandi dia orang ni memang berpusat di sekitar Klang.

Menurut Mr. Alex, (project executive company tu) before this dia orang cover area Banting cuma lately banyak dapat peluang wat rumah area Klang. Seronok berurusan  dengan orang yang profesional macam Mr. Alex nie. Walaupun office tak buka hari sabtu or ahad tapi kalau client ade keperluan dia orang sanggup tunggu kat ofis.

Tapi aku bukan nak cerita pasal Mr. Alex @ developer sebaliknya aku nak kongsi pasal isu memiliki rumah sendiri.

Haaaa... bunyi macam seronok je nak beli rumah and berkobar2 je jiwa nak beli rumah bila tengok orang lain ade rumah sendiri kan...kan...kannnnnn

Aku faham and aku pun dah melalui fasa tu. Cuma ape yang membimbangkan aku adalah mampu ke anak cucu aku nanti nak memiliki rumah mereka sendiri?

Masa aku and the other half decide nak beli rumah dulu (macam lame sangat dah bunyi nye.. hehehe) kita orang rasa macam dah mahal sangat harga rumah kami (yelah... gaji gred sokongan je kan). But now, bila my sis cakap rumah yang dia survey rata-rata dah cecah 
RM 200k, terus aku rasa cam nak sujud syukur on the spot. Dengan keluasan yang tak reasonable dibanding dengan harga yang sebegitu, memanglah anak-anak generasi Y to Z tak punya banyak pilihan.

Memiliki rumah sendiri yang pada satu masa dulu hanya sebagai satu kehendak namun kini adalah satu keperluan. So... my advice to my sissy, take it now or you won't get any for the future. With all the spec given aku rasa dah cukup berbaloi untuk dia proceed je book rumah tu.

Aku bisik perlahan-perlahan kat telinga the other half, "bang, tq sebab sediakan rumah untuk ayang and anak-anak kita meneruskan kesinambungan hidup di bumi Allah ni"

Moga Allah memudahkan urusan Cik Win dalam urusannya nanti... amiiiinnnnnn...

 
Sumber pakcik google