Showing posts with label Yang Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Yang Pelik Tapi Benar. Show all posts

Monday, 27 January 2014

MATAHARI MENYEJUK, PART 2

 
Masih lagi tak jemu searching pasal fenomena perubahan kutub bumi dan hubungkaitnya dengan dakwaan matahari menyejuk... (sabar jelah ye... tunggu sampai aku boringlah baru tak posting benda-benda ni.. hehehhee)
 
Actually, bagus sebenarnya bila kita study dulu satu-satu berita, kalau tak habislah kita percaya je bulat-bulat semua berita yang kita dengar walhal, zaman serba canggih ni macam-macam benda orang boleh eksploitasikan... tu tak masuk lagi isu kangkung yang dah mula suam-suam kuku....
 
Kesimpulannya, apa saja berita yang kita dengar, baca atau terima dari mana-mana sumber kena dipastikan dulu kebenarannya sebelum forward pada orang lain.
 
Berbalik pada tajuk entry ni, (masih bersumberkan akhbar Sinar) inilah antara rentetan berita atau desas desus yang kita dengar kebelakangan ini.
 

 
 


CUACA tidak menentu sejak akhir-akhir ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut menjadi topik hangat yang sering diperkatakan oleh pengguna laman sosial.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyebarkan mesej berantai berhubung pelbagai teori perubahan cuaca ekstrem pada masa ini hingga menyebabkan masyarakat mudah percaya tanpa mengambil kira fakta sains.

Dakwaan salji turun di negara beriklim tropika, Indonesia juga adalah satu lagi laporan berita palsu pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemaskan masyarakat selepas insiden penurunan salji di Vietnam dan Mesir.

Fenomena salji di Malaysia juga adalah satu perkara mustahil walaupun cuaca sejuk luar biasa sedang melanda negara ini.

Hal ini kerana, Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang mempunyai dua musim sepanjang tahun.

Sebelum ini, isu anjakan kutub bumi yang dikaitkan dengan hari kiamat juga heboh di kebanyakan blog, namun wujud pertikaian berhubung kebenaran perkara itu.

Bagaimanapun, teori sains yang dijelaskan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) ini diharap dapat merungkai kekeliruan paparan sebelum ini.
 
 
 

Medan magnet bumi pernah menyongsang

Menurut saintis, medan magnet bumi sebenarnya menyongsang beberapa kali sejak beribu tahun lalu.

Dalam kata lain, jika manusia hidup kira-kira 800,000 tahun lalu dan memegang kompas di tangan mereka, ia akan menunjuk ke arah selatan.

Ini kerana, kedudukan kompas magnetik ditentukan berdasarkan kutub bumi dan arah Utara-Selatan akan berubah 180 darjah jika kutub medan magnet terbalik.

Persoalannya kini adalah, adakah keadaan tersebut akan memberi kesan dramatik?

Hasil daripada rekod fosil dan geologi diperoleh daripada ratusan tahun ketika berlakunya penyongsangan kutub menunjukkan ia sebenarnya tidak memberi kesan dahsyat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Proses penyongsangan kutub adalah satu peraturan alam yang tidak dapat dielakkan sejak 20 juta tahun lalu dan ia berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

Bagaimanapun, kutub tidak menyongsang sepenuhnya kerana medan magnet saling menarik dan menolak antara satu sama lain, di mana beberapa kutub turut muncul pada latitud pelik ketika proses tersebut.

Saintis meramalkan proses pembalikan terbabit telah berlaku beratus kali sejak lebih tiga bilion tahun lalu, namun ia dikatakan berlaku lebih kerap atau setiap sejuta tahun sekali selepas Zaman Dinosaur.     
       

Tiada perubahan drastik pada flora, fauna

Kajian ke atas aktiviti medan magnet dan rekod fosil diperoleh dari endapan teras pada permukaan laut dalam dikatakan boleh memberi penjelasan kepada saintis berhubung perubahan kutub magnetik.

Medan magnet bumi ditentukan berdasarkan pemagnetan lava kerana ia berada di dasar laut di Rabung Tengah Atlantik, di mana benua Amerika Utara dan Eropah berpecah.

Difahamkan, lava membeku itu sebenarnya mampu mewujudkan rekod orientasi medan magnet pada masa lalu seperti bunyi rekod pita rakaman.

Kali terakhir kutub bumi menyongsang adalah kira-kira 780,000 tahun lalu yang turut digelar saintis sebagai pembalikan Brunhes-Matuyama.

Rekod fosil menunjukkan proses tersebut tidak memberi perubahan drastik terhadap flora dan fauna.

Selain itu, endapan teras pada zaman terbabit juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam aktiviti glasier berdasarkan jumlah isotop oksigen pada permukaan tersebut.

Keadaan itu membuktikan proses penyongsangan kutub tidak akan menjejaskan putaran paksi bumi walaupun kecondongan paksi bumi memberi kesan besar kepada iklim dan pengglasieran.    
  
Proses penyongsangan kutub juga sebenarnya tidak tetap dan ahli geofizik agak pasti bumi mempunyai medan magnet kerana teras besi padunya dikelilingi lautan cecair logam panas.

Aliran cecair besi di dalam teras bumi mencipta arus elektrik yang seterusnya mewujudkan medan magnet.
   
Saintis dapat mengukur pergerakan dalam teras dengan memerhatikan perubahan di dalam medan magnet,

Menurut kajian mereka, kutub magnet bumi telah berganjak pada jarak lebih 1,100 kilometer (km) sejak awal abad ke-19.

Bagaimanapun, anjakan tersebut didakwa berlaku lebih cepat pada masa ini dengan anggaran jarak kira-kira 64 km setahun berbanding kira-kira 16 km setahun pada awal abad ke-20.


Medan magnet tidak hilang

Satu lagi hipotesis mengenai penyongsangan kutub mengandaikan proses itu akan menyebabkan bumi kehilangan medan magnet yang berfungsi sebagai pelindung daripada ribut solar.

Saintis mendakwa medan magnet sememangnya boleh berubah-ubah tetapi tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan hilang sepenuhnya.

Medan magnet yang lemah akan menyebabkan peningkatan jumlah kecil radiasi solar tetapi kesan itu tidak membawa maut kerana atmosfera tebal bumi mampu memberi perlindungan terhadap kemasukan zarah matahari secara terus.   

Kajian sains menunjukkan penyongsangan kutub magnet dari skala masa geologi adalah satu fenomena yang biasa berlaku sejak ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan yang menyebabkan proses itu berlaku tidak dapat diramalkan sepenuhnya kerana sebagai contoh gerakan kutub utara mungkin boleh bertukar haluan.

Rekod geologi berusia jutaan tahun juga menunjukkan pembalikan kutub tiada kaitan dengan senario hari kiamat seperti yang dihebohkan banyak pihak dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat pada ketika ini.

Sumber: http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012-poleReversal.html


INFO

- Berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

- Kutub magnet bumi berganjak kira-kira 64km setahun pada masa ini.

- Pembalikan Brunhes- Matuyama berlaku kira-kira 780,000 tahun lalu.
 
 
Oh ya, for the next entry, kita akan selongkar pula peristiwa Pembalikan Brunhes-Matuyama.

MATAHARI MENYEJUK, YEKE???

 
 
Baru-baru ni aku ade terbaca satu artikel di dalam akhbar Metro, kecil je kolumnye tapi besar isunya. Pembacaan aku tu diteruskan lagi dengan sesi gugel-menggugel di Internet sebab kurang puas hati dengan info yang ada.... (bukan kolum tu tak lengkap cumanya keinginan aku nak tau tu melampau-lampau.... hehehe). Walaupun cerita nie dah beberapa hari lepas tapi aku nak share juga. Manalah tau ade lagi insan-insan yang terlepas macam aku ni kan..kan..... hikhikhikkk
 
Berita ni aku copy paste dari akhbar Sinar.....
 
 
 
"KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku"