Monday, 2 February 2015

POST SULUNG 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
dah lama benor rasanya tak mengomel-ngomel kat sini... kaannn
lama menyepi gara-gara tuntutan yang lebih utama perlu diselesaikan
lately, penggunaan internet di opis pun mula dipantau dek management...
tak apa la... dah itu kerja dan tanggungjawab depa kannn...
so jangan nak dipersoalkan pula... hihihiihhii (ayat pasrah....T_T)

Sepanjang kita menyepi ni banyak juga aktiviti yang dibuat
Lepas je ke MAHA tempoh hari, kami bercuti-cuti ke Langkawi
Sempena cuti sekolah bulan Disember tahun lepas...
my Sis-Law dengan nekadnya organize program kami
siap dengan tentative program sekali
yang paling best tu setiap hari pasti ke Pekan Kuah....
Kalau tak ke HIG, pasti ke Idamansuri
heaven for mokcik-mokcik cam kami ni
tapi untuk yang bapak-bapak ..... hahahahaha, menjerut rasa kata mereka
3 hari 2 malam... santak kombi dan sebiji avanza dengan hasil shopping kami yang tak seberapa itu.... (kononnnya laaa...hihihihi)
tapi tu bukan mokcik tau
mokcik dah cukup sibuk melayan anak yang berdua tu berdrama tamil sepanjang tempoh percutian kami tu
Abang Hadif moody tak kira masa, yang adiknya pula time tu pula dia tumbuh gigi
siap dengan ulser sekali.... sakan yang lain memborong,
sakan pula kami suami isteri mendodoi anak.
Serik sekejap nak berjalan jauh ni

Tapi semua tu satu pengalaman yang cukup berharga
mana tak nya, satu feri kelam kabut bila budak berdua tu menangis meraung-raung dalam feri.... abang and adik masing-masing tak mau beralah
dua-dua nak berdokong ngan ayahnya
mujur ayah gagah perkasa
dan mujur masa tu sabar ibu tahap gaban...kalau tak boleh bertukar jadi The Hulk


Pengalaman itu banyak mendidik kami selaku ibu dan ayah
Kalau nak berjalan jauh, kena pastikan bekalan ubat anak-anak dibawa
standby untuk sebarang kemungkinan
bekalan susu pun perlu dibawa lebih especially bagi kes anak seperti Mirza
Mirza ni ada alahan... tak boleh minum sebarangan susu
setakat ni susu yang dia boleh minum tanpa sebarang kesan sampingan adalah KARIHOME.... tengok nama je dah tau susah nak jumpa susu ni
Nasib baik susu anak dara ni habis on the way balik ke rumah
berpeluh-peluh juga ketiak mokcik menidurkan dia sepanjang jalan
ayahnya pun tak putus-putus berdoa supaya puterinya nan satu tu tidur sepanjang jalan

Di samping itu, keselesaan anak-anak harus diambil berat
Bila bercuti ke tempat yang perlu naik feri atau lain-lain kenderaan laut or udara
jangan berkira nak ambil extra seat....
bagi kes kami bukan berkira tapi tersalah kira.... haru biru jadinya
perjalanan tu mungkin sejam
tapi bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sejam itu umpama 1 hari
dengan tempat duduk yang rapat dan pergerakan yang terbatas memang boleh bikin panas
kene pulak tiba-tiba je blackout... hadoiyaiiii, dugaan sungguh

Ini berdasarkan pengalaman mokcik la
mungkin anak-anak korang tak kisah and boleh je duduk diam-diam sejam dua... hihihi
but for me... alang-alang nak bercuti-cuti, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan diri dan keluarga....
inilah salah satu cara kita nak mengeratkan hubungan dalam keluarga....
biar percutian itu menjadi memori yang terindah
dikenang sehingga hujung usia....
serius, moment itu jauh lebih berharga buat kita and anak-anak

Lastly... walaupun agak lewat
mokcik nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat meneruskan kelansungan hidup di tahun yang baru
moga apa yang telah dilewati di tahun lalu menjadi satu pengajaran dan kenangan manis buat kita... dan semoga ujian bagi waktu-waktu nan mendatang menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dan tabah.

For Abang Hadif, ibu sangat bangga dengan abang
Abang dah buktikan yang abang bukan 'baby boy' ibu dan ayah lagi
Moga jadi anak yang gigih, kuat  semangat dan tekun dalam mencari ilmu
Insyaallah, doa dan restu dari ibu dan ayah tak pernah putus buat Abang Hadif dan Mirza
Moga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya pada kami sekeluarga... Amiinnn..


Wednesday, 24 December 2014

ALAHAI ANAK OMAK...

Seperti yang dijanjikan dalam post sebelumnya
mokcik nak sharing-sharing beberapa aktiviti jenjalan mokcik bebaru ni
tak lama lepas balik dari program ofis di Bukit Jugra
mokcik jenjalan lagi bersama officemate
kami jalan-jalan sambil shopping gitu
dah macam rombongan cik kiah gayanya
penuh satu kombi dengan ahli-ahli PUSPANITA ke MAHA di Serdang
syiokkkkk.... since 2012 mokcik belum miss lagi program ni
hihihihii...
ni antara program lawatan wajib kami
antara yang menarik untuk tahun ni adalah produk BELULANG
ha... terkujat sekejap kan
kalau belukang pernah la dengar
ye dak?
yang ni belulang boleh makan tau
jap ye... mokcik nak selongkar almari jap
kot-kot ade gambau dia
.
.
.
.
.

haaa.... minta maaf ye anak2
takdok pulak gambau produk tu
ni mesti kerja anak-anak di rumah
main henpon terus terdelete gambau

camne nak koba eh....
belulang tu nama lain dia kulit lembu
haaa... pernah dengar tak?
hehehehhee....
bagi yang tak pernah makan
agak pelik la bunyinya
bagi yang biasa makan.. teksturnya ala-ala kikil or urat keting gitu
kenyal-kenyal
sedap dimasak pedas-pedas

lain-lain sama macam tahun lepas
benih and anak pokok
orkid yang cantik-cantik... geram nengoknya
produk sejuk beku,
buah-buahan tempatan
as usual jagung madu jadi sasaran... permintaan encik suami dan anakanda Hadif
hehehehe.....

serius... sayang gambau kami di MAHA habis terdelete semuanya T___T
alahaiiii anak omak....


Tuesday, 9 December 2014

AWAK KAT MANA... ?

Menggedik iolls... hihihihi
dah lama menyepi
bolehlah menggedik-gedik tanya awak kat mana... kannnn
jangan marraaaah ye
mokcik ingat takde yang rindu kat mokcik
rupanya ade yang dah rindu dendam gitu... (layankan je tuan Tanah perasan ni ye..)

Well.. mokcik ade je
masih dengan rutin harian
plus jenjalan cari pasal and cari makan... hihihihihi
banyak yang mokcik nak share
tapi idok ler dalam satu entry ni haa
mau juling mata membacanya nanti

Cerita pasal jenjalan mesti korang suka kaaann...
haaa tepuk la tangan skit... (pasrah ye...)
boleh dikatakan ujung tahun ni memang banyak merayap
samada officially or with family

untuk permulaan mokcik nak story pasal yang oficial2 dulu ye
lama nau dah terperam entry nya
heheehhe
since bulan Oktober mokcik punya jadual memang penuh
duduk umah ujung minggu pun boleh dikira dengan tangan je
biasalah... selagi KPI tak capai, memang tak siap keje lah namanya
Antaranya program KGMR yang diadakan di Pusat Latihan Penguatkuasa, Bukit Jugra

Seronok betuiii... lama dah tak join aktiviti cenggini
al maklumlah, last year ai bersalin kan... so tak boleh nakal2 gitu
tahun ni, tak mengagak pulak
balik sukan je ai naik bukit... haaaa kelas ko
lama tak mendaki, tau2 bidan terjun naik Bukit Jugra memalam buta
apa kes?... haaa yang itu mokcik tak boleh cerita.... Private & Confidential
hahahhaha....mengada-ngada keennn...

Seronok sangat tapi part yang tak bestnya
kami diberikan password untuk perkara-perkara kecemasan
well... as person in charge untuk jaga budak-budak tu
walaupun meremang bulu roma terpaksa ku gagahkan juga minta bantuan
password nya jerit hantu sebnyak 3 kali
naya ko
mana tak naya... Bukit Jugra tu memang kawasan yang agak.... tuuutttttttt gitu
pastu ku seru2 lak, bukan sekali tapi tiga kali
kalau lain yang menyahut... aaamaaaakkkkk
mau bertaburan kami berlari jawabnya
al kisahnya one of the peserta kesemputan gitu
belum 1/3 perjalanan lagi tapi dah nya budak tu tak larat kan
so as told before, nak hint ke pengiring nightwalk tu kene la jerit hantu 3 kali
hihihi.. seram tapi kelakar pun ade

apa-apa pun akhirnya kami tiba gak dengan selamat di puncak Jugra
sayangnya pemandangan waktu malam tak berapa nak cantik
sebab gelap je... apa pun tak nampak
hihihi... walhal view dari puncak tu teramatlah cantiknya waktu siang
kalau tak, takdelah aktiviti paragliding kat situ

next time kalau ade kesempatan, mokcik ingat nak ajak family lak ke sana
bukit tu boleh dikatakan hampir ke 90 darjah tegaknya untuk naik ke puncak
memang takde tempat berpaut langsung once korang tiba ke 2/3 perjalanan
best and sangat menguji ketahanan diri
kalau ade yang berminat, google je Bukit Jugra ye...

p/s: tak bergambo kami sebab tengah malam buta. Nanti tak memasal lak 'dia' ikut tompang selfie...