Wednesday, 30 April 2014

FENOMENA BARU DUNIA TANPA SEMPADAN

Assalamualaikum w.w

Haaaa... tajuk entry tak menahan kan?
Hehehehehhehee.....
Fenomena ape tu ye?
jeng... jeng...jeng...... (kengkunun ade sound effect la)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
Fenomena lah sangat kaaannnn.....
Biskut je dek.... ape lah sangat fenomenanya kannnn
Tapi serius beb....
takat tengok je memang macam takde benda
tapi cer try test and cuba skali
macam sedap je.... macam beshhhh je
hmmmmmm...... memang nak lagi... lagi... dan lagi
 
 
Mula-mula masa En. Suami cakap nak beli biskut oat
ahkak wat tak reti je (eksen ko....)
apelah sangat biskut oat tu... bersepah-sepah kat pasaraya nu (nampak nau tak up to date)
sekali cik abang bawa balik and soh cuba
haduuuiiiiiiii.... JATUH CINTA kat sekut ni
siap promote kat member lagi
hehehhee...
honestly... sekut ni bukan takat sedap je
tapi mengenyangkan and tak manis sangat
sedang-sedang je rasa dia
tekstur dia crunchy.... memang leka kalau makan
 
 
takat ni ahkak tak jumpa lagi sekut ni kat kedai or pasaraya luar
kalau nak beli kene beli online dek non
sebab tu ahkak cakap fenomena baru dunia tanpa sempadan
bagi yang berminat nak dapatkan sekut ni
boleh order ngan Pn. Masya kat blog dia http://masyaamiraaimie.blogspot.com 
jangan lupe mention dapat info dari blog ahkak ye... hehehehe
 
 


Saturday, 26 April 2014

GOOD DART!!

Hari yang agak tenang buat aku
amik kesempatan untuk blogwalking ke rumah kawan-kawan
daripada tak bersemangat nak mengemas and memasak
terus mencurah-curah idea dalam kepala
tapi tak tau la bila nak buat... hehehehhehe

Buat masa ni dart training dibekukan untuk sementara waktu
Yelah... kerja adalah priority bagi orang makan gaji cam kita ni
al maklumlah.... ahkak ni bukan penjawat jawatan besar pon
kiranya kategori ikan bilis je
so, kalau keje tak siap.... ahkak la yang kene bersiap-siap kaaaaannnn
ehhhhh.... tak caya ke?
sape cakap orang keje gomen takde keje
tell me... tell meeee....
meh datang tempat ahkak ni......
yang buat ade and takde keje tu kita sendiri
kalau dah bangsa suka lepas tangan and cuci tangan
memanglah mendabik dada cakap tak banyak keje
haaaa..... dah mula nak membebel lah ni

stress tau berdepan ngan bangsa jenis ni
tu pasal bila ada peluang beriadah dengan kebenaran big bos ni kami suka
rasa lega and boleh mengeratkan silaturrahim antara teman sepejabat
nama je satu bumbung
tapi kekangan keje kekadang tak bagi peluang kita gather2 ngan member

cerita pasal good dart ni actually kene consistent dalam training
tak boleh culas atau cepat putus asa
sebab game ni perlu focus yang tinggi
ingat ye... main dart ni bukan orang yang menjadi lawan kita
lawan sebenar kita adalah papan dart tu sendiri


 
tangan memainkan peranan penting masa buat balingan
korang kene make sure posisi tangan macam rajah kat atas tu
proper alignment bak kata orang kampong aku
Pastikan bahu, siku dan pergelangan tangan berada dalam kedudukan yang lurus
dan tiga point tu menghala ke arah papan dart
 
Gerakan semasa membaling adalah lebih kurang macam korang swing a hammer
Gunakan kuasa dari siku, lengan dan pergelangan tangan untuk speed
dan bahu dijadikan sebagai penyokong
Pada masa korang extand tangan untuk balingan, siku akan menaik dan create the force
yang diperlukan bagi balingan dart.
 
Cara memegang dart pun perlu diambil kira
Dart hendaklah selaras dan pointed directly pada sasaran             
Selain dari tu, imbangan badan juga penting untuk pastikan balingan korang tak goyang
                    
Jarak dan ukuran standard yang digunapakai

Berat dart juga berbeza mengikut keserasian pemain.
Setakat ni aku selesa dengan dart 23gm dan 25gm

 



Tuesday, 22 April 2014

DART AND IT'S RULES

Hadaplah ye kengkawan
sepanjang minggu ni rasanya aku memang plan nak cerita pasal dart je
kalau semalam kita dah review sejarah awal permainan ni
hari ni aku nak reveal (cittt... nak nampak canggih je kaaannnnn) tentang rules dan komponen dia pulak

Dart ni dikatakan satu permainan yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan 'nasib'
Terdiri daripada papan dart itu sendiri yang bertindak sebagai target dan anak panah
 

Papan Dart


anak panah


Papan dart tersebut ditanda dengan nombor-nombor iaitu dari nombor 1 hinggalah ke nombor 20. Bukan sekadar nombor, sebaliknya ia disertai dengan rumusan tertentu yang menjadikan permainan dart ini bukan sekadar permainan baling-baling, sebaliknya ia juga mampu menajamkan fikiran dah tumpuan pemainnya.
 
 
 
Triple ring
Bagi setiap balingan yang mengenai triple ring ini, nombor berkenaan akan digandakan sebanyak 3 kali. Contoh triple ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan berganda kepada 60 mata.
 
 
Double ring
 
Seperti juga triple ring cuma balingan mata akan berganda sebanyak dua kali. Contohnya, duble ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan 40 mata
 
 
Single area
 
Jumlah mata bagi balingan pada ruangan ini adalah sebagaimana mata asal. Contohnya balingan yang mengenai mata 20 pada ruangan 'single area' adalah berjumlah 20 mata
 
 
Inner Bullseye & Outer Bullseye
 
Bagi inner bullseye, mata yang dicatatkan adalah 50 manakala outer bullseye adalah sebanyak 25 mata.
 
 
 
Istilah out of bounds pula membawa maksud balingan anda tidak mempunyai sebarang mata. Setiap pusingan, pemain hanya dibenarkan membuat 3 balingan iaitu 3 dart. Jumlah mata sasaran pula bergantung kepada jenis permainan samada single, double atau foursome. Kebiasaannya, mata sasaran bagi permainan single adalah 301, double 501 dan foursome 701 mata.