Tuesday 22 April 2014

DART AND IT'S RULES

Hadaplah ye kengkawan
sepanjang minggu ni rasanya aku memang plan nak cerita pasal dart je
kalau semalam kita dah review sejarah awal permainan ni
hari ni aku nak reveal (cittt... nak nampak canggih je kaaannnnn) tentang rules dan komponen dia pulak

Dart ni dikatakan satu permainan yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan 'nasib'
Terdiri daripada papan dart itu sendiri yang bertindak sebagai target dan anak panah
 

Papan Dart


anak panah


Papan dart tersebut ditanda dengan nombor-nombor iaitu dari nombor 1 hinggalah ke nombor 20. Bukan sekadar nombor, sebaliknya ia disertai dengan rumusan tertentu yang menjadikan permainan dart ini bukan sekadar permainan baling-baling, sebaliknya ia juga mampu menajamkan fikiran dah tumpuan pemainnya.
 
 
 
Triple ring
Bagi setiap balingan yang mengenai triple ring ini, nombor berkenaan akan digandakan sebanyak 3 kali. Contoh triple ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan berganda kepada 60 mata.
 
 
Double ring
 
Seperti juga triple ring cuma balingan mata akan berganda sebanyak dua kali. Contohnya, duble ring pada papan dart mata 20 menjadikan jumlah mata balingan 40 mata
 
 
Single area
 
Jumlah mata bagi balingan pada ruangan ini adalah sebagaimana mata asal. Contohnya balingan yang mengenai mata 20 pada ruangan 'single area' adalah berjumlah 20 mata
 
 
Inner Bullseye & Outer Bullseye
 
Bagi inner bullseye, mata yang dicatatkan adalah 50 manakala outer bullseye adalah sebanyak 25 mata.
 
 
 
Istilah out of bounds pula membawa maksud balingan anda tidak mempunyai sebarang mata. Setiap pusingan, pemain hanya dibenarkan membuat 3 balingan iaitu 3 dart. Jumlah mata sasaran pula bergantung kepada jenis permainan samada single, double atau foursome. Kebiasaannya, mata sasaran bagi permainan single adalah 301, double 501 dan foursome 701 mata.
 


No comments:

Post a Comment