Friday 4 July 2014

RAMADHAN YANG PENUH DENGAN UJIAN

Assalamualaikum w.w
Alahai... ralatnya rasa hati ni
Ni first year blog ni bersiaran dalam bulan ramadhan
tapi tak sempat tuan Tanah kedaung ni nak wish Marhaban Ya Ramadhan
di awal Ramadhan....
sangat menguji diri Ramadhan tahun ni
diuji dengan kerja di pejabat
diuji dengan sakit di awal ramadhan
diuji lagi dengan kekangan waktu berbuka bersama keluarga tercinta
moga ujian ini dapat mokcik manfaatkan untuk kehidupan di hari muka

Eh eh eh... haruslah dimanfaatkan
Ujian itu samada sukar atau tak sukar tapi ia datang dengan hikmah yang tersendiri
bergantung kepada kita
bagaimana kita berdepan dengan ujian itu
dan bagaimana kita menghadapinya
kalau kita positif... insyaallah... ujian tadi akan menambahkan nilai
dalam diri kita sendiri
haaaa.... itu yang kita nak cari sebenarnya
cewaaahhhhh... ayat propa je ko ni kan fara
hehehehehhehee

Tapi serius
kalau bulan Ramadhan yang lepas-lepas
since aku bergelar isteri dan ibu lah kan.... ini lah ramadhan pertama
yang aku tak amik kisah langsung nak masak ape untuk sahur and berbuka puasa
seadanya aku menapau je kat bazar
walhal aku ni bukan jenis kaki tapau
bukan bangga diri tapi memang aku jenis tak suka makan luar
setakat nak tukar-tukar selera sekali sekala tu adalah
yelah.... walaupun aku masak simple-simple je
tapi banyak jimatnya
nak sahur pon tak payah pening nak masak lain
aku lebihkan je lauk berbuka
Abang Hadif pon boleh bawa bekal ke rumah pengasuh
Cuma tahun ni terbalik pulak kejadiannya
tak puas sebenarnya makan lauk bungkus bazar ramadhan
tapi nak buat macam mana kan
dah tuan dapur kebizian... puffftttt

Yang buzy sangat tu
pasal tuntutan kerja dipejabat
al maklumlah.... PM kesayangan kita dah umumkan
yang penoreh getah and pengusaha getah
dapat duit raya RM 500.00
berdebak debuk la kami di opis menyiapkan bayaran
semua kene settle sebelum raya ni
nama pon duit raya
mujur PM umum yang penjawat awam pun dapat duit raya
terubat jugalah letih berdebak-debuk tadi
hihihihihihi
moga Allah mudahkan urusan kami
membantu pengusaha getah dan penoreh getah
beraya dengan gembira tahun ni
sikit sama rasa.... kan kawan-kawan

No comments:

Post a Comment