Friday 20 June 2014

BUN LEMBUT OSAKA

Kredit untuk rosmarlina jintanmanis sebab sudi share resipi dan tips meroti
Actually dah banyak kali aku nak meroti
tapi cam tak confident je
takut-takut tak jadi roti
jadi batu lak kaaannn...... kusss semangat
tu yang ku pendamkan je hasrat di hati tu

Entah macam mana.... masa pergi Baagus last 2 months aku boleh terbeli tepung roti
hamik ko... dekat dua bulan tepung tu aku peram
macam entry ni gak le... hihihihi
bukan malas... tapi mengumpul kekuatan dan keazaman gitu
hari-hari lah aku belek blog cik puan Jintanmanis kita tu
manalah tau... kot-kot aura meroti dia mengalir ke jari jemari hakak kannnn

Akhirnya berkat membelek dan menyelinap ke blog Cik Jintanmanis kita tu
mokcik sorang ni pon buat pertama kalinya meroti
dalam hati dok berharap yang ini bukan kali yang terakhir lah yeee
hakak ni student yang patuh arahan
every inch of the instructions akak ikut tau
sebab tak mau roti tu bantat.... ehhhh bantat bukan untuk kek ke?
and the result was marvelous
menjadi roti hakak.... hihihihi
super gebus dek non.... wa cakap sama lu
hahahahaha
mohon izin copy n paste resepinya di sini ye rosmarlina jintanmanis





Bun Lembut Osaka
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam

mozzarella cheese untuk tabor atas roti - saya tambah

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.


5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.






No comments:

Post a Comment