Tuesday 10 June 2014

SETAHUN TELAH BERLALU

Setahun telah berlalu
memori muncul kembali......
huhuhuuhu.... tetiba terasa pedih bekas luka operate ni
haru kalau luka lama berdarah kembali.... apekah???

Lari tajuk betul.... serius kalau luka tu berdarah balik,
memang dua orang jelah anak aku jawabnya..... hihihihii

Selepas lama menyepi, muncul lak ngan cerita yang men'cuak kan bakal-bakal ibu kan??
Tak patut betul mokcik sorang ni
As usual la.... mokcik ni memang suka merepek
Sebab tu sesuai benor dia keje kat unit kewangan
maka.... berkuranglah peluang untuk dia merapu lebih banyak lagi

Actually entry ni saje je aku peram lama skit
kengkunun cam tak excited je
kengkunun macam takde perasaan je
kengkunun tak emotional
kengkunun bajet rock gitu
walhal dah menggeletis and menggedik nak posting
pasal birthday anak dara nan satu tu

Yes dear, Nur Adriana Mirza dah setahun umurnya
Exactly on 4th June last week
Sorry ye... ibu lambat wish dalam blog... tapi kat rumah dah puas peluk cium ( ^__^)
As parents, kami memang tak biasakan wat sambutan untuk birthday anak-anak
since Hadif lagi....
cuma kami akan pastikan yang moment tu bagi kenangan indah kat dia
Most of the time kami celebrate dengan adik-beradik belah aku and belah en. Suami
Biasanya adelah sebuku kek (hadoiiii.... sebuku bukan untuk roti ke?)
buat jamahan anak-anak bersama sepupu mereka....

Tapi, macam dah jadi satu kemestian buat mama....
penat macam mana pun mama akan pastikan ada pulut kuning bersama rendang
dibuat untuk disedekahkan buat jiran tetangga dan untuk santapan kami sekeluarga bagi 1st birthday cucu-cucunya
Yang senyum lebar bukanlah orang yang diraikan
tapi mak ngan paknye laaa..... lalalalalalala
Terima kasih mama untuk pulut kuning istimewa tu .....

Hujung minggu ni pula, plan nak celebrate birthday Mirza dengan kakak Dini
Dia orang share birthday pada tarikh yang sama
Mungkin akan celebrate skali ngan mereka-mereka yang lahir di bulan Jun
Ahli keluarga kami ramai yang lahir bulan jun
termasuklah ibu ngan ayah Mirza... hehehhehehe

Buat pengarang jantung ibu... Nur Adriana Mirza
Semoga menjadi anak yang solehah
Berjaya di dunia dan di akhirat
Moga Allah lindungi dan pelihara Mirza dari azab dunia dan akhirat kelak
Amiiinnnn......


'SELAMAT HARI LAHIR NUR ADRIANA MIRZA'






2 comments:

  1. selamat hari lahir mirza .... meh nak kek sebuku jgk hihihihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua buku pon boleh ibu amir... hihihiihihihhiii. Mirza cakap tenkiu for the wish (^ __^)

      Delete