Wednesday 22 January 2014

ALLERGIC

Haaa jangan allergic ye dengan blog yang tak seberapa ni... hehehhee. Isunya tak besar mana pun tapi nak juga share dengan kawan-kawan kat luar tu. Manalah tau kalau-kalau berdepan dengan situasi yang sama kan....
 
Asalnya macam malas nak share sebab kekadang ade orang allergic dengan cerita bab anak-anak ni (macam lah aku sorang je ade anak kan.... hahahahaha) tapi dah terang lagi bersuluh, nama blog aku pon dah menjelaskan hala tuju blog ni, so jalan jelah. Tompang lalu ye.....
 
Kisahnya bermula bila stok susu anak dara aku yang sorang tu mula menyusut (hadoiiiii.... sedang motivate diri ni) entah macam mane azam aku nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya bagi tempoh 2 tahun terkulai layu dihujung mekarnya... Mungkin Allah menguji aku dan aku cepat sangat putus asa, natijahnya (hahahaha... jangan gelak ye, lama tak guna perkataan tu..) malam tadi jam 12.00 malam kami berangkut ke Klinik di Shah Alam (nama klinik dirahsiakan) sebab Mirza mengalami allergic selepas minum susu formula for the first time. Allah ajelah yang tahu betapa cuaknya aku masa tu. Dari kepala membawa ke seluruh abdomen dia penuh dengan bintat-bintat merah. Aku pun tak tau nak gambarkan macam mane.... lebih kurang macam kene gigit nyamuklah tapi bintatnye besar-besar.
 
Sepanjang perjalanan aku salahkan diri sendiri... memang rasa berat hati nak bagi dia susu formula tapi mengenangkan stok untuk hari esok seakan tak cukup, aku gagahkan juga minta cik abang cari susu formula (mujur aku try bagi kat rumah.. kalau pengasuh yang bagi tak taula macam mane jadinya). En. Suami pun macam was-was juga nak bagi tapi sebab aku yang berkeras nak start kenalkan Mirza dengan susu formula, dia pun menurut aje. Lagi kuat rasa bersalah aku pada anak kecil ni. Hanya doa je yang tak putus-putus aku mohon, janganlah Mirza allergic to lactose.
 
Gelabah memang tak boleh nak cakaplah... dengan baju merah tudung kaler purple aku redah klinik malam-malam buta. Lantak pi lah orang nak cakap ape. Sampai kat klinik aku tengok ramai betul yang sedang tunggu giliran. Nombor yang tertera 179 and nombor giliran aku 211..... alaahaaaiii lagi senak perut aku dibuatnya. Puas ku pujuk anak dara supaya dia tak mula menggaru atau menangis tapi badannya dah makin panas.
 
En. suami terus ke kaunter pendaftaran, mohon diberi pengecualian bagi kes kami. Lama nurse tu termenung. Lastly, dia call doctor and doctor terus suruh kami tunggu di bilik treatment yang terletak berasingan dengan bilik rawatan biasa. Kami faham dilema mereka, nak jaga customer and dalam masa yang sama nak selamatkan nyawa. Tak sampai 5 minit menunggu doctor pon muncul. Baik and cantik orangnye. Siap minta maaf sebab terpaksa buat rawatan dibilik yang tak berapa nak selesa (siap ade gunting, jarum and macam2 equipment mostly untuk emergency cases). Takpelah doctor, janji anak kami selamat.
 
Alhamdulillah, nasib baik saluran pernafasan Mirza tak tersumbat. Allergic yang dia alami pon mungkin berpunca dari kandungan bahan yang terdapat dalam susu. Menurut doctor tu lagi kalau Mirza alah pada laktosa dia akan tunjukkan symptom muntah dan cirit-birit selain dari bengkak-bengkak. Tapi Mirza tak muntah and cirit-birit. Syukur.... doctor bekalkan kami syrup untuk redakan gatal-gatal tu. Dia juga advise kami supaya tukar susu lain. Kene try and error gitu. Aku angguk je tapi dalam hati tobat tak mau dah bagi susu formula kat Mirza. Moga Allah cukupkan susu untuk bekalan anakku nanti.
 
Masa tidurkan Mirza aku teringat. Ada satu bahan yang mungkin sebabkan Mirza allergic. Before this aku ade try bagi Mirza makan isi ikan, and unfortunately, lepas je makan ikan tu tumbuh bintik-bintik merah kecil disekeliling mulutnya. Mungkin jumlah yang diambil sedikit, so tak seteruk malam tadi. Aku check balik packaging susu formula tu. Yes, memang terdapat minyak ikan dalam susu tersebut.
 
Pagi ni, aku dapat panggilan dari mama, so aku ceritakan semuanya pada mama.
"Eh, dulu kan Hadif pernah kene macam tu"
Yelah... macam mane aku boleh lupa ya. Hadif pun pernah bengkak-bengkak satu badan. Sampai luka-luka badan dia kene garu. Masa tu umur dia pun lebih kurang Mirza. Puncanya dia makan bubur nasi yang dicampur isi ikan. Time tu juga aku teringat pesanan seorang doctor yang advise untuk elak beri scott's emulsion pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke bawah sebab memang ade segelintir kanak-kanak yang ellergic pada ikan.
 
Buat Mirza, insyaallah... selagi daya ibu akan susukan Mirza. Buat diri sendiri, you must have a checklist ape yang boleh dan tak boleh anak-anak makan. Jangan main try test cuba je.  

No comments:

Post a Comment