Thursday 30 January 2014

PERANCANGAN SUKU TAHUN PERTAMA

Di kala rakan-rakan kita yang menganut agama Buddha sibuk membuat persiapan terakhir adelah sorang kawan kita ni pun turut sama menyibukkan diri buat persiapan gak (sibuk macam raya dia je...) Dalam kepala ligat plan nak buat ini, nak buat itu, sarat sampai tak tau dah nak buat yang mana dulu walhal kederat tu bukan kuat mana pun... hihihihihihiii. Kononnya azam baru di awal tahun kan.... (azamlah sangat yer...) masa sedang berkobar-kobar semangat tu baik kita buat, betul tak? Harap-harapnya semangat tu tak lah suam-suam kuku....
 
So, sebagai peringatan dan pencetus semangat untuk diri sendiri, kusenaraikan di sini aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang suku tahun pertama bagi tahun 2014. Hopefully, tercapailah semua yang aku plan untuk tahun ni.
 
 
Januari 2014:
 
 - plan nak siapkan projek dapur such as kitchen cabinet installation, cooker hood and hub,
   blind and lain-lain finishing. Memandangkan sekarang dah pun penghujung bulan Januari,
   progress projek setakat ni dah capai 60%. Mostly barang-barang yang aku nak dah ada.
   Installation of KC akan dibuat selepas Tahun Baru Cina. So kene tunggu habis major
   installation baru boleh organize barang-barang and deco sikit-sikit.

- awal tahun hari tu dah berazam nak buatkan abang Hadif kudapan homemade 
  Alhamdulillah, setakat ni dah buat 2 jenis cupcake kat dia, bread pudding pun dah 2 kali
  buat. Ada juga dia request soh buat karipap.... cuti Raya Cina ni ibu buat ye sayang.

- aktiviti yang wajib dibuat setiap bulan ialah mengemas kebun cenonet and taman mini
  di depan rumah. Yang ni kene jadi program wajib bulanan....sebab ni program
  usahasama dengan AJK Rumah (ahlijawatankuasa dalam rumah aku je hehehehe)

Febuari 2014:

 - Sambung projek dapur

 - Start projek ruang rehat family

 - spend more time dengan family (wajib...sebab sejak kebelakangan ni rasa macam kurang
   bagi tumpuan kat abang Hadif. Kesian anak ibu.....)  


Mac 2014:

 - Projek SOHO

 - update semua aktiviti dalam blog (termasuk entry terperam.... hehehe)

 - family trip (dekat pun ok kan... janji ade. Trip naik tren pun menarik gak. Macam
   SIS MASYA punya trip. Budak-budak kan suka trip macam tu)


Setakat ini itu sajalah main project for this first three months. Lain-lain aktiviti harian berjalan macam biasa. Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan supaya ape yang dirancang jadi kenyataan... amiiiinnnn...

2 comments: