Monday 6 January 2014

THE TERUNA, MR. B'ROCK AND TAMAN ALAM

Cuba baca title entry ni.... hehehehehe. Cam suspen je kan? Siapa The Teruna and Mr. B'rock? Ape kaitan keduanya dengan Taman Alam? Taman Alam tu hape?
 
Tak ada apa yang suspen pun pasal entry ni. Just nak story pasal pengalaman Abang Hadif a.k.a The Teruna yang first time tengok encik berok je (walhal dah pernah bawa ke zoo pun...)
 
Entry ni sebenarnya adalah kesinambungan entry yang lepas (klik sini ye). Sepertimana yang tertera pada entry yang lalu, kami sekeluarga pun singgah ke Bukit Malawati on the way balik dari Pasir Penambang. Sampai je kat kaki Bukit Malawati, my other half pun dengan konfidennya nak 'drive thru' ke bukit tersebut. Sila hayati perbualan di bawah:
 
'Eh bang, kereta tak boleh masuk la. Kene jalan kaki ni.'
'Yeke? Habis camne? Nak balik ke nak turun?' Tanya En. Suami.
'Balik jelah. Mirza pun macam nak lelap je ni.' (Ceh, menggunakan alasan anak nak tido, padahal malas nak jalan.... hihihihihiik)
Dengan wajah yang tergambar kecewanya, encik suami tadi pun buat pusingan U. Tidak semena-mena si isteri tadi menjerit.
 
'Eh bang, sana kereta boleh masuk la,' ujarnya sambil menuding ke arah sebatang jalan.
'Jalan tu masuk ke mana?'
'Bukit tu la kot sebab tren pelancong tu keluar dari jalan tu.'
'Sure?'
'Sure bang.'
 
Mengenangkan dah berjanji dengan anak bujangnya nak pergi jalan-jalan kononnya, encik suami tadi pun buat pusingan U berbalas (istilah untuk buat U-turn after a U-turn... suke hati je kan....). Dalam pada kepalanya sarat dengan tanda Tanya (cewah....), pedal minyak ditekan lalu kereta Myvi pun meluncur ke depan.
 
'Jalan mati ni Yang'
'Ha'ahla ibu. Jalan mati.' Si bujang yang dari tadi menyepi akhirnya bersuara.
'Kita nak pegi mana lagi ni ayah?'
En. suami dan isterinya saling berpandangan. Di hadapan mereka tertera signboard 'Taman Alam, Kuala Selangor'
 
hehehhehee... itu je ceritanya. Kerana malas nak turun mendaki bukit, I pon bagi lah alternative lain kat my other half. Tapi kami tak masuk pun Taman Alam tu. Just parking kat luar je sambil perati gelagat berok-berok yang berkeliaran. The Teruna punya la excited nengok berok-berok tu jaga parking. Mana idaknye, habis kereta di parking lot tu dipanjatnya. Asal ade je kereta masuk, dia yang dulu mengekor kereta masuk parking.
 
Ade jugalah 2 ke 3 buah kereta yang penumpangnya tak jadi turun termasuklah kami. Sebabnya mungkin sama dengan I (takut la beb....). Lebih kurang setengah jam juga kami spend masa kat parking tu. Sepanjang sight viewing tu, The Teruna asyik la ketawa melihat gelagat Mr. B'rock. Dalam pada tu sempat juga la dia request pada my other half, 'Nanti kita datang lagi ye ayah.'





  
(Seronok memang seronok tapi dah sampai rumah baru perasan yang selipar kesayangan Hadif tertinggal di Pasir Penambang... hahahahhaa. Tak senonoh betul ibu Hadif ni - macam mane boleh tertinggal ekkk?)
 
  
 
 

No comments:

Post a Comment