Monday 21 April 2014

DART AND IT'S HISTORY



Dart dikatakan bermula sejak zaman pembentukan Kerajaan Inggeris lagi
Diperkenalkan oleh tentera yang pada mulanya berasa bosan lalu saling mencabar
sesama mereka melempar tombak ke dasar tong
Permainan ini kemudiannya terus berkembang di mana mereka mula menjadikan batang pokok yang dipotong sebagai sasaran, manakala tombak digantikan dengan anak panah yang lebih pendek
Pada waktu ini juga beberapa peraturan mula dicipta dan dijadikan sebagai asas permainan
Kewujudan permainan ini berjaya mempertahankan hubungan baik diantara tentera-tentera tersebut.

 
Apabila permainan ini mula menjadi hobi universal, permainan ini diubahsuai dan diperkemaskan lagi dengan menggunakan panah yang mana larasnya ditetapkan iaitu
sepotong batang kayu yang mempunyai panjang empat inci dengan bulu pada salah satu hujung dan logam pada hujung yang lain digunakan menggantikan tombak.

Pada tahun 1898, target 'melipat kertas' telah diperkenalkan oleh Amerika dan laras yang diperbuat dari logam kemudiannya diperkenalkan oleh orang Inggeris pada tahun 1906.
Ketika inilah system nombor pada papan dart dirumuskan dan diterima pakai.

Peraturan bagi jarak melempar panah juga ditetapkan pada masa yang sama.
Walaubagaimana pun terdapat pelbagai standard telah digunakan.
Jarak untuk melempar diukur dengan cara tiga buah peti ditempatkan dari hujung ke hujung meja tempat pembuatan bir bernama 'Hoki & Sons' yang menyediakan bir bagi bekalan bahagian barat daya Inggeris.
Peti tersebut mempunyai panjang lebih kurang 3 kaki lalu menjadikan jarak garis papan dart tersebut 9 meter.

Saiz peti akhirnya dikurangkan menjadi 2 kaki dan 4 buah peti digunakan sebagai pengukur untuk jarak 8 kaki panjangnya. Ukuran ini menjadi pola standard untuk beberapa tahun.

Pada tahun 1900, permainan dart dan peraturan yang ditentukan telah diperakui dan diterima pakai pada hari ini. Begitu juga dengan saiz papan, jarak melempar dan saiz panah yang digunakan.

 

No comments:

Post a Comment