Tuesday 31 December 2013

IBU SAYANG KAMU

Marah tanda sayang? Setuju atau tidak? Let see... urrmmm, yes. Kamu yang angguk-anguk tadi, please explain why you agree with this statement. (macam iye je kan.... hehehehe)
 
Ceritanya begini. Satu masa dulu kunun aku pernah rasa macam terbuang dan kurang kasih sayang gara-gara sering dimarah atau dikongkong. At that time memang aku tak agree dengan statement tu. Marah tu marah lah.... sayang tu sayangla. Mane buleh marah tu disama ertikan dengan sayang. Nonsense!! (hamboiiiiii... siap tanda seru lagi). Jiwa dok memberontak tapi jenis tak pandai nak zahirkan... hihihihi. Mujur aku bukan jenis yang keras hati sangat orangnya tapi susah nak lupa especially kalau benda-benda tu menyakitkan hati. Apa yang aku mampu buat masa tu menangis jelah sebab terlalu frust ngan kehidupan yang ada (itu pon nangis curi-curi... hahahhaa). Aku lupa yang pada masa aku merasakan diri aku serba kekurangan sebenarnya aku telah dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat dariNYA.
 
Kini, bila aku menginjak dewasa (hahhahaa... apekah???) aku semakin memahami apa yang diperkatakan oleh mama. Especially sejak ada anak ni. Kalau dulu mama tegur dan marah aku bila aku melompat macam lupa diri yang awak tu pompuan , hari ini juga aku yang bergelar ibu telah memarahi Hadif atas kesalahan yang sama. Kalau dulu mama marah bila aku buat sepah dan tak reti kemas, hari ini aku juga memarahi Hadif atas kesalahan yang sama. Jika dulu mama marah-marah bila aku dan adik-adik makan sambil bermain atau tengok tv, hari ini juga Hadif dimarahi atas kesalahan yang serupa. Pendek kata apa saja teguran yang pernah ku terima dari mama satu ketika dulu, Hadif juga terima nasib yang sama.

  
 
 
Kesian Hadif... ibu bukan marah, ibu sayang kamu. Sebab sayang lah ibu marah. Kalau tak sayang ibu dah biarkan je kamu buat ini buat itu. Percayalah, tiap kali ibu tegur atau marah and denda kamu, detik itu juga ibu menangis dalam hati. Setiap kata-kata yang lahir dari mulut ibu sangat ibu kesalkan. Kalau boleh ibu nak peluk Hadif erat-erat and nekad takkan marah-marah lagi. Tapi ibu tak boleh buat macam tu. Sebab, ibu tak boleh abaikan kamu. Ibu marah sebab ibu mahu Hadif belajar bertanggungjawab, berdisiplin, berakhlak mulia, dan jadi anak yang baik. Ibu mahu kamu belajar berdikari dalam meneruskan kelansungan hidup kelak. Ibu mahu Hadif jadi seorang muslim yang berbakti di bumi Allah. Besar harapan ibu pada kamu, walaupun kamu masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Tapi percayalah... ibu sayang kamu.
 
Berat tanggungan hati ni, seberat ini jugalah beratnya tanggungan hati mama dulu. Kasih tak terzahirkan, sayang tak terucapkan. Bukan semua orang boleh faham, and Hadif pun mungkin belum boleh nak faham. Tapi percayalah ibu sayang kamu.
 
Mama sayang kamu......yang terukir di hati mama hanya dapat ku fahami selepas aku bergelar ibu. Ku mohon pengampunan dari mu dan doakan anak mu ini agar terus teguh berdiri untuk mendidik dan menyayangi cucu-cucu mu kelak. Terima kasih mama.

 
 
 Buat Hadif teruna ibu yang tersayang, buat Mirza yang masih belum mengerti sebait pun kata-kata ibu.... IBU SAYANG KAMU (huwaaaaa..... nak nagis dah ni)
 
   
 
 

2 comments:

  1. kalau buat entry bab anak mesti rasa sayu kan ... mesti nak sebakkan ... samelah kdg kt marahkan mereka sbb kt syg .. tp anak² skrg bnyk kene saikologi sbb dia org lg bijak ...

    ReplyDelete
  2. tulah pasal... ade je jawapan dia orang. Hadoiiiyaaaiiiiii

    ReplyDelete