Saturday 15 February 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PART 2

Assalamualaikum w.w

Haisshhhhh.... penat betul bersihkan habuk kat blog ni. Siap bersin-bersin lagi... hamik ko. Kena rajin lah empunya blog. Tak boleh malas-malas. Dah berazam kena la usaha untuk tunaikan... kan..kan...
 
Apa sajalah aku merapukan ni? Penangan kene habuk tu kot... hahahhahaa. Ok guys, lupakan je bebelan mak budak ni ye. Seperti yang dah dijanjikan dalam entry  sebelum ni, inilah perkongsian hasil dari ketekunan aku mendengar ceramah Ustaz Tarmizi tanpa sangap walau sekali pun.... (kagum jap dengan diri sendiri..... hehehehhe)
 
Tajuk ceramah kalau tak silap akulah,  Bagaimana Mencintai Rasulullah S.A.W (ehem...ehem, yeke aku tak sangap??? macam iye je.. macam idak je....)
 
Ayat pertama yang Ustaz tu lafazkan (as my note) yang menunjukkan bukti betapa Allah S.W.T amat mencintai rasulNya itu berbunyi (lebih kurang gini lah maksudnya, lama tak amik nota sampai terkejar-kejar menyalin ceramah ustaz... momentum dah lari.. hihihi)
 
"Jika kau cinta kepada AKU (yakni Allah) maka ikutlah akan Muhammad bin Abdullah, maka akan AKU (ALLAH) hapuskan dosa-dosa kamu yang telah lalu" (maaf kawan-kawan, tak sempat salin ayat and surah ape untuk rujukan)
 
Sabda Rasulullah S.A.W, "Beruntunglah umatku yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku"
 
Secara jelasnya disini, sangat beruntung bagi kita umat Islam yang beriman dengan Nabi Muhammad kerana sudah ada janji yang jelas di situ bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu. So, bagi orang yang tidak terdetik dihati mereka rasa cinta dan kasih kepada rasul junjungan kita ini, sangatlah berada dalam kerugian yang amat besar.......
 
Menurut Ustaz lagi, yang paling menyayangi Nabi Muhammad S.A.W terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
 
       a) ALLAH (yang paling menyayangi kekasih-NYA)
       b) Malaikat
       c) Haiwan - Unta (yang ni ada kisahnya. Ramai yang dah tau tapi takpe, lain kali kita
                          kongsikan ye)
       d) Pokok - Tamar (yang ini pun sama....)
 
Mulianya haiwan dan pokok kerana menyayangi Rasulullah, kalau kita umat akhir zaman ni tak sayang pada Rasulullah, gamaknya kita lagi hina dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
 
Nak menunjukkan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W tu tak susah pun kawan-kawan. Ada 3 cara iaitu :
 
      a) Dengan lafaz - kalau kita cinta and sayang kat suami kita mesti kita cakap I love You
                                  ke (contoh ye kawan-kawan... I tak cakap sebab malu tapi I sms je kat
                                  cik abang I tu.. hihihihi). Jadi kita boleh menunjukkan rasa cinta kita itu
                                  dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda. Boleh juga
                                  dikirimkan bacaan Al-Fatihah untuk baginda dan ahli kelurga baginda.
 
      b) Ikrar yakni mempertahankan kesucian rasul kita. Jangan sesekali kita
          memperlekehkan baginda especially tindakan kaum laknatullah yang selalu
          mempersendakan baginda. Wajib untuk kita perangi mereka itu dan kita pelihara
          martabat serta kesucian kekasih Allah ini.
 
      c) Dengan mengikut sunnah baginda. Yang inilah perkara paling asas yang boleh kita
          terapkan di rumah samada dengan suami atau isteri, dengan ibu bapa and
          mertua, dengan adik beradik / ipar duai dan dengan anak-anak serta ahli keluarga
          yang lain. Contoh paling mudah adalah dengan memberikan salam serta senyuman.
          Masyaallah, begitu mudah nak dapat pahala and syafaat dari nabi kita. Betapa
          pemurahnya baginda sedangkan kita tak pernah pun berjumpa dengannya.
 
 
Oh ya, bercerita tentang bab memberi salam, kita perlu tau adab-adabnya juga. Mungkin ramai yang dah tau tapi tetap nak kongsikan disini... manalah tau terlupa.. kan..kan...
 
Salam yang tidak boleh dijawab:
 
1. Salam orang kafir. Jika diberi salam oleh golongan ini, memadai menjawab alaikum. Tak
    jawab pun tak menjadi kesalahan.
 
2. Salam orang yang mempermainkan salam. Hah, yang ni teringat zaman-zaman anak
    dara dulu. Selalu dengar orang bagi salam tapi ade sambungan dihujung salam tu "tak
    jawab dosa, kalau jawab gatal" Istighfar panjang dibuatnya tapi orang tu tak bagi salam
    kat 'akak' salam tu untuk member 'akak' (I tak glamer you... serius tau... jujur dari hati
    kecil aku....huhuhuhu). Kata ustaz, salam-salam sebegini tidak wajib jawab and boleh
    diabaikan. Sekali lagi aku ulang DIABAIKAN.... hamik, siap bold lagi. So, abang-abang
    kat luar tu tak reti-reti lagi ke? Bagi salam elok-elok, orang yang menjawab pun
   (walaupun dalam hati je) mesti sejuk je hati dia.... rasa syok je.... gituuu.
 
3. Salam orang yang berkata-kata dahulu kemudian baru beri salam. Ini pun dikategorikan
    tidak wajib jawab. Contohnya seperti yang kita selalu dengar especially bila jawab phone
    call. Dialog biasa berbunyi .... tutttt..tutttt (bunyi tepon) "hello, assalamualaikum...." camtu
    lah lebih kurang. Tak pun time taklimat ke " Yang berbahagia, puan seri, datuk seri, cucu
    cicit.....assalamualaikum w.w diucapkan"...... Yang ini pon salah ye kawan-kawan. Pasni
    kene tukar kepada " Assalamualaikum w.w dan selamat sejahtera diucapkan kepada
    yang berbahagia...." Gitu caranya. Boleh?
 
4. Yang terakhir ni memang tak boleh jawab langsung. Kalau dijawab juga memang cari
    pasal namanya. Salam tok imam dalam solat. Jangan ye kawan-kawan, jangan rosakkan
    Jemaah..... jangan pandai-pandai jawab salam ni. Upin-ipin pon tak jawab salam ni...hihi
 
 
Banyak lagi perkongsian dalam ceramah tu tapi tak bestla cerita abis kat entry ni... Nanti tuan punya blog abis modal lak nak membebel. So, rajin-rajin singgah blog aku yang tak seberapanya ni, insyaallah akan aku kongsikan ceramah ustaz Tarmizi dalam entry yang lain ye.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment