Wednesday 12 March 2014

5S DIRUMAH???

Sisih, Susun , Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal... alaaaa, sape tak tau pasal 5S ni kan? Budak sekolah pun dah expert... yang bekerja lagi la.... Tapi yang dok kat umah je pon, ade gak mengamalkan 5S. Senang cerita, since zaman tok n nenek kita dulu lagi dah ada benda-benda ni cuma tak diseragamkan je.
 
Aku pernah baca pasal amalan 5S dirumah ni dalam majalah feveret aku iaitu 'DAPUR'. Serius... majalah tu sangat memberi ilham pada aku. Walaupun tajuknya dapur tapi pengisiannya pelbagai... bergantung pada bagaimana pembaca mengolah pengisiannya agar sesuai dengan keperluan rumah.
 
Kenapa aku sangat mementingkan dapur? Bahagian lain di rumah pun aku jaga juga cuma aku sensitive skit bab dapur and bilik air. Kat dapur lah bagi aku bermulanya hari kita. Dapurlah tempat kita masak makanan kegemaran keluarga, dapurlah tempat kita simpan bahan-bahan makanan kita, dapurlah juga tempat kita simpan serving dish kita.... and kekadang kat dapurlah kita duduk makan anak-beranak. Kalau tempat sepenting itu tak dijaga, mau cik lipas, cik tikus bergelimpangan dalam dapur. Semut saja pun dah buat aku pening, apa lagi kalau anasir-anasir lain yang menyinggah. Mak aku pernah bagi tau aku satu masa dulu... orang pompuan kalau setakat cantik rupa je tapi dapur berkecah, suami mau cari lain. Sedangkan yang cantik pon kene tinggal... ape lagi aku yang seada-adanya ni je....So aku amik pendekatan yang paling selamat... dapur kasi bersih ye puan-puan.
 
Rentetan dari kisah dapur aku tempoh hari, akhirnya aku dah boleh tarik nafas lega. Dah kemas dapur aku (cittt.... yelah tuuuuu). Sekurang-kurangnya dah bersusun semua peralatan memasak and segala macam tok nenek dalam dapur tu. Kalau tak, serabut kepala aku dibuatnya. Barulah mood nak memasak tu ada... hihihihi (alasan lagi la tuuu).
 
Bukan nak show off, sekadar berkongsi idea. Rasa puas beb kalau buat benda yang kita suka. Walaupun tak complete 100% tapi yang wajib-wajib tu dah selesai. Bak kata En. Suami 'Ibu muka ada manyak senyummm'....... Yang paling penting sekarang nak maintain ape yang dibuat. Moga aku diberi kekuatan itu... aminnnnnnn.
 
 
 
SEBELUM
Ni cabinet pertama yang aku beli masa mula-mula masuk rumah.
Sebelum gambar ni, cabinet ni aku gunakan untuk letak dapur masak and kelengkapan
memasak yang lain. Bila dapur dah siap baru fungsi di tukar.. hehehhee.


Haaa... nilah rupanya kat dalam cabinet tu... tempat aku simpan semua bahan kering. Serabut kan?
Payah nak cari barang. Ni gambar sebelum aku punggah semua keluar
Ni pulak tempat aku simpan semua stok minuman... macam gula, kopi, the and ribena Hadif

Lagi satu bahagian aku simpan semua peralatan pinggan mangkuk aku.
Pendek kata memang fully utilized la cabinet comel ni

Yang ni drawer dia... puas aku susun tapi akhirnya ghupe ini juga jadinya

Yang ni, cabinet pemberian my mama. Masa nak pindah rumah sewa dulu mama bagi kat aku.
Korang abaikan je blender yang banyak tu ye... ade 3 set kat umah aku ni. Macam orang nak berniaga. Kat cabinet ni jugalah aku simpan hadiah-hadiah kawen aku... hehehehhe


SELEPAS


Dah hilang blender-blender tu and yang bergayutan kat cabinet ni.
Baru aku nampak barang yang ada dalam cabinet ... hehehhe
 

Kat dalam cabinet comel la aku sembunyikan blender2 aku...
Ni bahagian yang aku simpan bahan-bahan kering untuk memasak sebelum ni

Tempat aku simpan kopi and teh pun dah bertukar rupa

Drawer yang berserabut tu aku gantikan dengan bekas-bekas rempah ratus and bahan-bahan baking

Drawer yang sebelah lagi, aku susunkan kain lap dan paper bag



Yang ni tempat aku simpan pinggan mangkuk...
now dah tukar jadi tempat simpan kelengkapan baking & steamer


Ape susun atur untuk cabinet baru??? Next entry ye










 
 
 

3 comments:

  1. takot nak masuk dapur sekarang hahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  2. kemasnya dapur dia.. kalau ade label lg mudah nak carikan .. buat pakai sticker senang sikit tampal, bukan apa ... nanti kalau suami msk lain dicari.. lain dibukak mau serabut blk huhuhuhu

    ReplyDelete