Saturday 8 March 2014

DI PERSIMPANGAN DILEMA

Situasi Pertama:

Kapal yang korang naiki dilanda rebut yang amat dahsyat ala-ala Titanic gitu. Setiap penumpang diberikan 2 buah pelampung sedangkan waktu itu korang sekeluarga ada 3 orang. Korang dikehendaki membuat keputusan yang mana korang cuma boleh selamatkan seorang sahaja. Antara anak atau suami/isteri, mane jadi pilihan? Atau korang sendiri yang sanggup berkorban?


Situasi Kedua:

Korang sekeluarga dalam perjalanan balik ke rumah ibu bapa korang sebab korang dapat panggilan yang mengatakan bapa korang sedang nazak. Di pertengahan jalan, suami/ isteri korang dapat panggilan dari keluarganya yang mengatakan bahawa ibu mertua korang baru menghembuskan nafas yang terakhir. Teruskan perjalanan atau balik ke rumah mertua?


Situasi Ketiga:
 
Korang dalam bilik mesyuarat, membincangkan isu kewangan syarikat. Tiba-tiba berlaku perbalahan antara sahabat baik korang dengan pegawai atasan korang. Semua memang sedia maklum yang mereka memang ada konflik sebelum mesyuarat itu lagi. Berlaku perdebatan yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Disebabkan pergaduhan itu berlanjutan sehingga diketahui oleh Pengurus Besar, maka semua yang terlibat dengan mesyuarat berkenaan dipanggil untuk siasatan. Korang diminta untuk memberi keterangan sebagai saksi utama. Pengurus juga minta korang jelaskan siapa yang memulakan pergaduhan sedangkan waktu itu kedua-duanya berada di hadapan korang. Antara sahabat dan pegawai atasan... siapa yang korang backing?
 
 
Ada banyak lagi situasi-situasi yang menyebabkan korang berada dalam dilemma macam situasi di atas. Jawapan korang sedikit-sebanyak membantu aku yang sedang dalam kekusutan ni... tapi takde ape-ape hadiah ye kawan-kawan. Sekadar nak minta pendapat.

3 comments:

  1. YG MANA NAK JAWAB ....

    SOALAN PERTAMA MESTILAH ANAK... SBB BLH KAWIN LAIN KOHKOHKOHKOH...

    SOALAN KEDUA.. MESTILAH PERGI RUMAH BAPAK SBB BAPA NAZAK KAN.. KENA TENANGKAN DAN MINTAK MAAF.. YG MERTUA PUN KT BLH PG JUGAK .. TP KAN DAH MENINGGALDUNIA.. CAMNE TU ... URUSKAN LAH SAMPAI SEMUANYA SELSAI...

    YG KETIGA ... SIAPA YG BETUL DIALAH YG TETAP BTL X KIRALAH KWN KE, BOS KE .. SAPA SEKALI PUN CKP YG BETUL SEBAGAI SAKSI.. TKT² AKHIRAT NANTI KITA PULAK YG DI SOAL MENIPU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... cayalah masya. Boleh kawin lain eh?? kikikiki
      Yang ketiga tu kalau ikutkan dua-dua pon salah.... puncanya misscommunication je

      Delete
  2. hai fara...
    aku nak cube jawab...
    soalan 1st... klo aku ade anak aku tumpang ngan pelampung anak aku...klo tak bole jgk biar aku yg terkorban..

    soalan 2nd...balik rumah mertua

    soalan 3....aku tengok saper yang betul....tapi klo kawan aku yang betul aku backing habis2an....

    ReplyDelete