Friday 28 March 2014

BILA APA YANG NAK DIKATAKAN TAK TERLUAH....

Apa lagi yang boleh dikatakan kalau apa yang nak dikatakan tak terluah... kaaannnn???
So tutup jelah hasrat yang bersarang di hati tu.....
 
Apa lagi yang boleh dikatakan kalau apa yang nak dikatakan tak terluah.......kaaannn???
Kalau dah cenggitu... ko pandang jelah. Dah itu yang termampu.
 
Apa lagi yang boleh dikatakan kalau apa yang nak dikatakan tak terluah......kaaannnn???
Tak mampu pandang ko tutup jelah mata tu....
 
 Apa lagi yang boleh dikatakan kalau apa yang nak dikatakan tak terluah......kaaannnn???
Kalau dah tutup mata pon masih bersarang and berserabut gak, ko tutup je telinga tu....
 
Agak-agak kalau dah tak boleh nak bertahan juga..... ko tutup je computer tu. Cabut skali ngan wayar-wayarnya. Pastu campak jauh-jauh. Samalah juga dengan henpon yang kononnya canggih tu...... campakkan sekali, pakej ngan computer tu. Ko campak sampai kat tempat aku duduk ni..... untung-untung sempat aku sambut.... huhuhuhu
 
Itu kalau bermasalah dengan gossip-gossip sebaran media elektronik, tapi kalau bermasalah ngan sebaran gossip dari mulut ke mulut ...... camne lak gayanya.
Takkan nak campak orang yang menyebarkannya.....??
 
Rasa macam nak sound direct je tapi tak terluah....
Yelah, nak sound tapi member kita gak..... nanti kecik ati payahlah nak pujuk
 
Nak sound direct tapi tak terluah....
Yelah, yang nak ditegur tu bukan kakitangan cikai-cikai cam aku ni... tapi pegawai ATASAN
jauh sangat aku yang kat BAWAH ni nak menegurnya.
 
Rasa macam nak sound direct je tapi tak terluah....
Yelah.... nasib kita sendiri pon tak tau lagi macam mana
nanti dikatakan pulak paku dulang paku serpih....mengata orang tapi AKU lak yang lebih
 
Rasa macam nak sound direct je tapi tak terluah....
Yelah... bajet cam dah cukup bagus je nak sound-sound orang... kaaannnnn
 
Simpan jelah ape yang dirasakan tu ye....
Mana tau simpan banyak dapat dividen... hehehehehhe
 
Selemah-lemah iman, tanamlah rasa benci di hati terhadap perkara mungkar yang dilakukan itu.... kata ustaz macam tu.
Nampak....... lemah benor iman aku ni ..... kan???
 
 
Sila abaikan entry yang satu ni ye kawan-kawan. Ini namanya entry orang sedang meroyan.
 
 
 

No comments:

Post a Comment