Friday 7 March 2014

DAPUR BOCOR BANG??

Pesanan penaja: Entri ini adalah entri tertangguh.

Termenung seketika aku dengan En. Suami sebaik je sampai kat rumah. Masa kat ofis, punya lah happy sebab setelah sekian lama tak hujan akhirnya bumi Selangor disirami hujan yang sangat lebat. Tak tahan ko.... dengan jerebunya, dengan habuknya.... dengan keringnya... dengan nak catu airnya... so of coz la hujan yang turun itu menjadi rahmat yang amat disyukuri oleh kami di Selangor ni. Sebaliknya apa yang terjadi di kediaman kami..... hujan bukan setakat membasahi halaman rumah, tapi turut membasahi dapur yang  telah di extend ke belakang.
 
Mula-mula tu aku tak perasan sebab sibuk menguruskan anak yang berdua tu tapi tetiba En. Suami menjerit dari dapur. Aku gabra sekejap. Masa tu aku terus angkat dak Mirza and berlari-lari anak ke dapur (bajet comel la lari macam tu kan... hihihihi). En. Suami tanya kenapa lapik kaki basah. Aku pulak blur je masa tu, yelah mana aku nak tau sebab aku pon sama-sama baru sampai ngan dia... ngeeee. Aku mendongak ke atas (mendongak mestilah ke atas kan... hahahahharu biru betullah). Rupa-rupanya bumbung dapur kami bocor. Bocornya bukan setakat di tepi-tepi je, tapi membawa ke tengah. Pendek kata keseluruhan bumbung dapur tu bocor membawa ke bilik yang berhampiran dan ruang makan.
 
Mujur plaster siling tu masih mampu bertahan... kalau idak, uisshhhh tak tergamak aku menyambung ayat tu. Ko bayangkan, KC aku belum sampai seminggu siapnya. Barang-barang pun belum habis bersusun lagi. Kalau rebah lah siling tu.... mau pengsan kami suami isteri.
 
Ujian lagi buat kami agaknya. Pada hal sebelum ni dah berapa kali minta adik ipar betulkan yang bocor-bocor sikit tu. Mungkin juga hujan dan angin yang kuat menyebabkan air masuk melalui celah-celah kerangka bumbung dan atap genting. Moga Allah jauhkan kami dari musibah itu..... amiinnnnnn

2 comments:

  1. sekarang dah oke ke belum, pasal bumbung ni macam tu lah dah hujan baru tau .. mana yg bocorkan. kalau tak hujan xtau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... last time Ujang dah tampal tapi makin teruk lak bocornya. Takut punca angin kuat je sebab klu hujan lebat biasa tak bocor pun... cobaaaaannnnnn......

      Delete