Friday 14 March 2014

PENCARIAN MASIH DITERUSKAN

Masih lagi menunggu perkhabaran MH370
Masih lagi berharap agar selamat hendaknya MH370
Masih lagi berdoa untuk MH 370

Masih banyak lagi spekulasi berkisar tentang MH370
Masih ramai lagi yang ambil kesempatan atas kehilangan MH370
Masih bersisa lagi tomahan dan fitnah tentang MH370

MH370 masih lagi belum ditemui
tetapi berbagai isu, gambar dan video yang mengaibkan semakin tersebar
di mana kewarasan akal fikir manusia?
di mana sensitiviti kamu yang bergelar manusia?

Saat ada yang meratab hiba
mengenang untung nasib sanak saudaranya
bukan usaha dan doa yang dipanjatkan untuk mereka
tapi menjadi bahan tawa dan kerakusan kebodohan bagi yang tidak merasa

Yang angkuh dan taksub pada dunia
sana sini mengecam, sana sini menikam
bukan bantu cari penyelesaian
bukan bantu ringankan bebanan
bukan bantu mencerahkan kekeruhan
jari dituding bagai engkaulah cendiakawan
jari dituding bagai engkaulah mahkamah keadilan
jari dituding bagai engkaulah yang paling sempurna
bercakaran sesama sendiri bagai anjing dengan kucing

Emosi... ya aku memang beremosi
semakin tidak stabil kerana menghitung hari-hari yang berlalu
ya... ramai yang butuh informasi
ramai yang butuh populariti
dan aku semakin beremosi

Kita seharusnya ambil iktibar
bukan ambil bakul, ambil bubu dan ambil tikar
Kita seharusnya berusaha dan bertawakkal
bukan melawak sampai mati akal

Pencarian masih diteruskan
Jangan sampai ada yang terlupa tujuan pencarian kita
MH370 yang jadi sasaran... duhai teman
bukan maharaja lawak mahupun 'artis' popular yang diinginkan....

Pencarian masih diteruskan...
Bagi yang waras... berdoalah, moga ada pengakhiran
Bagi yang cerdik... waspadalah menyebar khabaran
Bagi yang punya masa, baik dekatkan diri dengan Tuhan
Bagi yang punya wang ringgit, sedekah jariah kau perbanyakkan
Kerana kita tak tau lagi untung nasib kita.
Moga rahmat dan kasih-sayangNYA terus bersama insan-insan yang bertaqwa.


it's all about us: DARI LUBUK HATI INI



No comments:

Post a Comment