Monday 3 March 2014

APA LAGI LA ALASAN KAMU

Tengok tajuk pun dah boleh agak apa ceritanya kan. Ye, sambungan kisah KC aku yang tergendala tu. Hmm.... setakat mana ye aku cerita??..... owwhhhh. Ok, ingat dah.
 
Ye, dengan baik hatinya aku mesej brader tu lagi. Sopan santun aku karang ayat mesej tu supaya tak nampak sangat yang aku ni berangin satu badan. Aku siap bagi salam lagi, moga sejahteralah dia hendaknya kaaaannnnnn..... Soalan aku mudah je, jadi ke nak install hari ni. Lama beb baru brader tu reply. Dah la lama, jawapan dia pulak memang buat aku terlukalah. Tak jadi lagi nampaknya, alasan dia pintu glass yang sekeping... ye kawan-kawan, sekeping je lagi pon......... masih belum siap. Korang try bayangkan muka aku time tu macam mana..... mujur tak keluar asap dari telinga je. Ke sebab perempuan yang berurusan dengan dia makanya dia buat sambil lewa? Come on la, macam mana orang KITA nak maju kalau terus bersikap macam ni??? Duhai hati... sakitnya kamu, aku turut merasa pedihnya.
 
Dia janji lagi... ye, JANJI nak pasang hari sabtu 01/03/2014. Tengok..... planning aku untuk tahun ni semua dah drag ke bulan berikutnya. Supposedly urusan dapur aku ni dah siap by the end of February tapi penyudahnya membawa ke bulan Mac.
 
Nak buat macam mana lagi... ujian untuk aku agaknya. Bertabahlah ibu Hadif and Mirza. Korang pon layankan jelah gambar KC aku yang tak seberapa tu ye.

Inilah rupa KC aku yang tak seberapanya tu. Finally siap juga. Korang abaikan je poster kat tingkap tu ye... hehehehe. Ni bukan sebab sesi P&P di rumah tapi sebab blind tak pasang lagi. Kreatif kan... kan....

Haaaaa... inilah yang aku tak berkenan nengoknya. Gambar ni sebelum dia orang touch up sabtu baru ni.
Yang dah touch up aku belum sempat lagi snap. Maklumlah busy mengemas dapur yang berselerak tu....

Amik... lebih seinci gap antara glass door tu ngan cabinet. Problem ni pon depa dah selesaikan.
Alhamdulillah, akhirnya selesai. Yang tak selesai lagi bab mengemas... hehehehe

 
iT's All aBout uS: Kalau aku pon bagi alasan tangguh payment
  depa ni ok tak? hehehe.........



 

2 comments:

  1. samalah dgn rumah kita org tu ... janji siap bln ni.. ni plaster pun x siap.. huhuhuhu ... kc ni fara buat dgn org rantau panjang tu ker?? ke buat dgn sapa??

    ReplyDelete
  2. Taklah... buat dengan orang Subang. Yang Rantau Panjang tu mahal skit... nak murah kan..... sudahnya jadi macam ni lah. Nasib baik tergerak hati nak amik finishing kaler gelap, so tak nampak sangatlah cacat celanya. Kalau tengok dari dekat memang sabor jelah yang tinggal.

    ReplyDelete