Friday 21 March 2014

ASYIK ABANG JE... ADIK MANA?

Entry kali ni nak memenuhi permintaan seseorang... you know who you are.....hihihi
Katanya asyik posting pasal abang je... adik ape citer?
OOOooooooooo..... adik ye?
Hmmmm... sebab banyak citer la pasal si adik ni yang menyebabkan ibu dia jem kepala... tak tau nak mula dari mana..... hihuhihuhihu

 
Ok... si adik yang pemalu and manja-manja meow ni nama dia Nur Adriana Mirza. Dilahirkan pada 4 Jun 2013, hari Selasa... di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Lahir secara cesarean operation.....macam abangnya juga. Suspected macrosomia....dengan jangkaan berat 3.8kg (minimum.........sigh) but unfortunately selepas kelahiran, berat dia cuma 3.4kg, kurang dari abangnya. At first rasa ralat gak kene belah perut lagi for the second baby... tapi ada hikmah yang Allah tentukan di sebaliknya. Mujur aku and En. Suami setuju nak operate sebab masa doktor nak keluarkan baby, baru nampak tali pusatnya membelit leher anak dara ni.
 
Just bayangkan macam mana cuaknya aku masa tu. Yes, aku memang kene bius tapi aku sangat sedar untuk faham semua yang berlaku masa tu. Forceps gak sudahnya anak dara tu keluar, Aku tunggu je suara tangisan dia tapi tak dengar apa-apa. Suasana macam tegang sikit kat dalam labor room tu... again... aku panic. Lebih kurang 10 minit kemudian baru dengar tangisan baby yang aku tunggu-tunggu. Serius beb, aku rasa syukur sangat walaupun masa tu aku memang tak tau lagi jantinanya. Memang masa mengandung ada scan tapi doctor tak dapat nak confirmkan jantina dia. That's why aku cakap adiknya ni pemalu... hihihii

 
Masa di unit rawatan rapi NICU... di pantau dalam setengah hari juga.
 
 
Once nurse tunjuk kat aku budak comel ni... rasa macam tak percaya je yang second baby ni girl... Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan aku. Walaupun aku tak kisah tapi cita-cita nakkan anak pompuan tu tetap ade... hehehhee. The happiest person of coz la ayah dia. Seronok sebab anak dah sepasang.
 
 

 
 


Sebelum di cukur rambut dia... sangat lebat


Selepas dicukur.... 3 hari sebelum raya.
Menangis Cik Win dia tengok anak buah takde rambut dah
 


anak dara dan gadget-gadget nya


 
Her latest picture.... masa sedang comel-comel cepat-cepat snap gambo dia
Kalau lambat skit lagi.... memang comot-momot la jawabnya


 Doa ibu moga Nur Adriana Mirza membesar sebagai anak yang solehah....amiinnnnnnn
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. akhirnya ada entry psl adik.. ada hikmah jugak bila setuju operatekan

    ReplyDelete
  2. hehehehe... dah lama nak update tapi tak berkesempatan je

    ReplyDelete